Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.gi] | سلاݢي

Definisi : 1. selama atau sementara (belum dll):~ dia ada di sini, aku tidak mahu pergi; 2. pd masa atau ketika: ~ ayah tidur janganlah kamu bising; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.gi] | سلاݢي

Definisi : 1 selama atau sementara masih: ~ hayat dikandung badan, aku tetap setia kpdmu. 2 pd ketika; semasa: Waktu tengah malam ~ orang tidur, dia duduk termenung di dlm biliknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,

Puisi
 

Selagi langit payungi awan,
     Hujan juga merintis embun;
Selagi sampai segala tujuan,
     Badan binasa musuh berembun.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Getu sementara lagi bintik.

Bermaksud :

Sesuatu bahaya hendaklah dihindarkan selagi kecil agar jangan sampai menimbulkan malapetaka.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya keliru akan penggunaan kata hubung "selagi" dan "asalkan". Ayat manakah yang tepat - "Saya akan menjaga awak selagi saya masih sayangkan awak" ataupun "Saya akan menjaga awak asalkan saya masih sayangkan awak"? Apakah perbezaan antara penggunaan "asalkan" dan "selagi"?Mengikut Kamus Dewan perkataan ‘asalkan’ sama maksud dengan frasa ‘dengan syarat’.  Contoh penggunaan ‘asalkan’ dalam ayat ialah “Kau boleh pulang, asalkan pekerjaanmu sudah selesai”.   Perkataan ‘selagi’ dalam konteks perbandingan dengan perkataan ‘asalkan’ seperti yang dikemukakan dalam pertanyaan pula bermaksud ‘selama atau sementara masih’.  Contoh penggunaan dalam ayat ialah “Selagi hayat dikandung badan, aku tetap setia kepadamu”. Merujuk pada ayat yang dikemukakan, ayat yang betul ialah “Saya akan menjaga awak selagi saya masih sayangkan awak”.Makna06.02.2019
Assalamualaikum. Perkataan selagi mana atau selagimana, dijarakkan atau dirapatkan. Terima kasihEjaan yang tepat ialah selagi mana.Ejaan17.05.2016
kerelevanan peristilahan dan sistem ejaan rumi Bahasa Melayu dalam konteks kurun ke-21 dan cabarannya.Secara umumnya selagi bahasa Melayu ini terus berkembang selagi itulah segala aspek perancangan bahasa dan sistem yang terkandung di dalamnya turut berkembang dan relevan penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Walau bagaimanapun persoalan saudara ini perlu dijawab melalui kajian dan pembacaan yang banyak, saya sarankan saudara rujuk buku/makalah yang berkaitan juga kajian sarjana dan kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar bahasa dan linguistik. Lain-lain20.11.2010
Ingin bertanya, jika terdapat dialog di tengah ayat, adakah selepas pembuka kata huruf kecil @ huruf besar? CTH: (Dia membalas, “selagi Farhah jauhkan diri dari Azrul, selagi tu dia akan kacau Farhah.)Berdasarkan contoh ayat yang tuan berikan, selepas pembuka kata dieja dengan huruf kecil, kecuali jika pembuka kata itu merupakan perkataan pertama yang banyak kita temukan dalam dialog barulah ditulis dengan huruf besar.Ejaan05.02.2014
1. Perkataan SEMASA, SEMOGA, BAHAWA, MANAKALA, AKAN, SELAGI, JIKALAU DAN TAKTALA a) penggunaan perkataan-perkataan di atas di dalam ayat b) bilakah perkataan - perkataan di atas ini boleh digunakan di dalam ayat. 2.Tatkala bermaksud pada masa; pada ketika; pada waktu. Ayat Contoh: Tatkala itu, hari sudah gelap. Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Ayat Contoh: Saya terpesona akan keindahan pantai pada waktu senja. Selagi bermaksud selama atau sementara (belum dan lain-lain 2. pd masa atau ketika. Ayat Contoh: Selagi ayah tidur janganlah kamu bising. Untuk keterangan lanjut, tuan/puan boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk melihat contoh penggunaan perkataan yang tuan/puan berikan tadi.Tatabahasa12.03.2015
(i) Kami berjalan-jalan di taman bunga itu selama dua jam. (ii) Badannya akan sihat selagi dia menjaga pengambilan makanan. Untuk ayat (i) & (ii) apakah jenis ayat majmuk? (a) Ayat Kata hubung pancangan keterangan atau (b) Ayat Kata hubung gabunganKami berjalan-jalan di taman bunga itu selama dua jam. Badannya akan sihat selagi dia menjaga pengambilan makanan. Kedua-dua ayat tersebut ialah ayat majmuk keterangan.Tatabahasa16.11.2015
Pada pandangan kami, selagi pihak Pejabat Tanah dapat memastikan daripada rekod Tuan bahawa pihak yang memohon kepada geran dan dokumen-dokumen tersebut adalah pihak yang berhak disisi undang-undang untuk memiliki geran tersebut, maka terserahlah kepada budi bicara Tuan pendaftar untuk membenarkan geran tersebut dilepaskan kepada pihak yang berkenaan. Apakah ayat/perkataan yang sesuai untuk diganti selain dari perkataan "terserahlah" dalam ayat diatas.Kami mencadangkan pembetulan ayat seperti di bawah dan perkataan terserahlah boleh digantikan dengan terpulanglah.

Pada pandangan kami, sekiranya pihak Pejabat Tanah dapat memastikan bahawa pihak yang memohon geran dan dokumen-dokumen tersebut ialah pihak yang berhak disisi undang-undang untuk memiliki geran tersebut berdasarkan rekod tuan, maka terpulanglah kepada budi bicara tuan untuk membenarkan geran tersebut diserahkan kepada pihak yang berkenaan.
Tatabahasa06.09.2021
mohon tuan betulkan penggunaan kata hubung dan huraiannya, dalam ayat majmuk di bawah: 1.pekerja kilang itu akan terus berpiket selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi. 2.pekerja kilang itu akan terus berpiket jika tuntutan mereka tidak dipenuhi. terima kasih tuan. Ini adalah untuk penjelasan kpd anak murid pt3 saya

Kedua-dua ayat tersebut betul. Penggunaan kata hubung “selagi” merujuk sesuatu hal yang masih belum berhenti. Manakala “jika” merujuk kepada syarat.

Tatabahasa10.03.2018
Betul ataupun tidak ayat ini? - Usahalah demi kejayaan mendatang, selagi nafas masih dapat dihembus.Untuk pengetahuan tuan, ayat tersebut boleh digunakan kerana tidak ada sebarang kesalahan di dalamnya kerana jika diteliti, ia lebih merujuk kepada ayat dalam karya sastera..Karya16.12.2015
yang manakah betul,antara bahasa meleyu dengan bahasa malaysia?Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.Ejaan14.08.2010
1234567

Kembali ke atas