PUFFBALL | Puffball ialah kulat yang mengeluarkan buah berbentuk bola yang mengandungi spora di dalamnya. Banyak puffball mempunyai isi berwarna putih. Ia boleh dimakan selagi isinya belum bertukar warna, atau menjadi bersabut. Apabila puffball matang, bahagian dalamnya menjadi longgokan spora berserbuk, berwarna kekuningan atau keunguan atau hijau. | UMUM | |
KOMODITI UTAMA | Komoditi utama ialah semua keluaran yang berasal dari bumi sama ada yang ditanam, tumbuh sendiri, digali atau diternak selagi komoditi itu masih dalam bentuk tidak diproses atau separuh diproses. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Sumber/Bahan Alam |
TENAGA | Tenaga , dalam fizik, ialah keupayaan untuk melakukan kerja. Misalnya, memecutkan kereta atau mengangkat seketul batu memerlukan kerja. Kerja dan tenaga diukur dalam unit yang sama. Kita kerap mengelirukan tenaga, kuasa dan daya. Kuasa ialah kadar kerja dilakukan. Daya ialah tolakan atau tarikan terhadap benda atau jasad. Daya akan menghasilkan kerja selagi daya menggerakkan objek. Amaun kerja akan ditentukan oleh kekuatan daya yang digunakan dan sejauh mana jarak objek bergerak. Tenaga yang dikaitkan dengan pergerakan dinamakan tenaga mekanik . | UMUM | |
PORTEJ | Portej ialah mengangkut barangan atau bot mengikut darat di antara dua kumpulan air, atau di sekitar beberapa kawasan halangan seperti air terjun atau jeram. Istilah portej juga digunakan untuk laluan darat bagi membawa barangan. Orang Asli Amerika Utara mengembara di antara sungai dengan tasik dengan kaedah portej. Mereka mengembara sejauh hulu sungai, selagi bot mereka dapat digunakan. Kemudian, mereka membawa kanu dan barangan melalui laluan darat untuk menuju ke anak sungai atau tasik yang berikutnya bagi meneruskan pengembaraan melalui air. | UMUM | |
SKLEROSIS LATERAL AMIOTROFIK | Sklerosis lateral amiotrofik, juga dikenali sebagai ALS (Amyotrophic Lateral Sclerosis) ialah penyakit sistem saraf yang jarang berlaku dan tidak dapat disembuhkan. Ia juga dikenali sebagai Penyakit Neuron Motor. ALS secara beransuransur memusnahkan saraf yang mengawal otot. Kelemahan, lumpuh, dan akhirnya kematian berlaku. Doktor menasihati pesakit supaya terus aktif selagi mereka boleh. Tiada rawatan yang boleh menghentikan ALS. | UMUM | |
PESAWAT PELUNCUR | Pesawat peluncur ialah motobot laju yang melayap di permukaan air, hampir-hampir sama seperti batu pipih yang meloncat di permukaan air apabila dilontar. Dasar pesawat peluncur dibentuk supaya badannya boleh terangkat apabila pesawat ini memecut, sehingga ia ‘melayang’ di atas permukaan air. Bentuk dasarnya membenarkan tekanan air mengangkat motobot itu dan mengawalnya supaya sentiasa berada di permukaan air selagi ia bergerak laju. Dengan alasan ini, dasarnya mestilah rata atau melengkung sedikit. Sesetengah pesawat peluncur hanya mempunyai dasar permukaan tunggal. Sesetengahnya pula mempunyai dua atau lebih bahagian dasar yang terpisah. | UMUM | |
PERJANJIAN WAITANGI | Perjanjian Waitangi ialah perjanjian yang dibuat di antara orang Maori New Zealand dengan kerajaan British pada tahun 1840. Menurut perjanjian ini, New Zealand menjadi jajahan British. Orang Maori menyerahkan semua hak dan kuasa kedaulatan tanah mereka kepada Ratu Victoria. Mereka juga bersetuju untuk menjual tanah hanya kepada ratu, melalui wakil- wakil baginda. Sebaliknya, kerajaan British mengesahkan dan memberi jaminan kepada orang Maori tentang pemilikan sepenuhnya terhadap keseluruhan tanah, kampung, hutan dan kawasan perikanan selagi mereka ingin menjadikannya sebagai pemilikan mereka. Jaminan itu meliputi semua pemilikan, sama ada secara berkumpulan atau individu. Ratu bertanggungjawab untuk melindungi orang Maori dan memberikan hak sebagai rakyat British kepada mereka. | UMUM | |