Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selamat%3B


Pantun

PantunSumberTema
Selamat mati bertikam, Mati di padang paya buluh; Peganglah amanat dengan pesan; Ada batang cendawan tumbuh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Cik Amat orang Segamat, Buluh tolam dibuat bangsi; lambat/ selamat Biar lambat asal selamat, Kalau termalam apa nak dinanti.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Tegak adat syarak berdiri, Hidup selamat dunia akhirat; Rosak adat rosaklah negeri, Hidup sesat sengsara umat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Ini baju kebaya, Corak bunga Rafflesia; Selamat maju jaya, Seluruh rakyat Malaysia.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Adapun niat yang diniatkan, Dengan bertaubat selamat mati; Adapun adat yang diadatkan, Dengan muafakat dapat diganti.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau tumbuh lalang di Bucut, Tempat selamat bermain pedang; Kalau sungguh janji tak lucut, Bagi alamat saya nak pegang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apabila bertiup angin utara, Berlabuh cepat supaya selamat; Apabila hidup ingin sejahtera, Jauhkan sifat dengki khianat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Adat resam kata orang, Menuntun hidup supaya selamat; Adat faham lembaga terang, Beruntung hidup dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tegak adat hidup terpandang, Pemimpin senang rakyat selamat; Rosak adat hidup menyimpang, Pemimpin kenyang rakyat melarat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Cik Gamat berkain bali, Sayang teduh bayang siapa; Selamat tuan pergi, Saya di rumah tidak mengapa.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
123456

Kembali ke atas