Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selamat%3B


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya.Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang.Orang yang pandai membawa diri, tentulah selamat hidupnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar lambat asal selamat, tak lari gunung dikejar.Membuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dipanggang tiada hangus.Selamat dalam menempuh berbagai-bagai percubaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak dihambat akar, dihambat dahan.Sesuatu pekerjaan yang telah dikerjakan dengan selamat dari mula sampai ke akhirnya. hambat = empang, tahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendakkan halus, genting; genting putus sudahnya.Perbuatan yang melebihi batasnya tentu tidak selamat dan akhirnya akan mendatangkan kerugian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sembahyang diberi berwaktu, janji diberi berketika.Sesuatu pekerjaan hendaklah ditentukan waktunya, supaya selamat dan sempurna.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terlalu (= terlampau) cepat jadi lambat.Pekerjaan yang tergesa-gesa sering kali tidak selamat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Asal sabut terapung, asal besi tenggelam.Untung-untungan; kalau bernasib baik tentu selamat, kalau bernasib malang tentu jatuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat.Untuk melakukan sesuatu pekerjaan supaya selamat maka hendaklah berunding dulu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas