saya ingin tahu nama panggilan bagi keturunan ke atas dan ke bawah, seperti bermula dari saya, anak, cucu, cicit, piut selepas piut? selepas itu? begitu juga keatas saya, ayah&ibu, datuk&nenek,moyang,oneng-oneng (rujukan dari datuk), selepas oneng-oneng siapa, selepas itu siapa pula. saya sedang membuat salasilah keluarga saya dan saya perlu tau nama panggilan tersebut | Untuk makluman sdr, nama panggilan panggilan seperti nenek, datuk, moyang, piut, oneng-oneng dan sebagainya ada dimasukkan dalam entri Kamus Dewan Edisi ketiga. Contohnya, kata nama piut, iaitu keturunan yg kelima (cucu kpd cucu); ~-miut keturunan yg sudah jauh; piat-~ anak cucu yg sudah jauh. Untuk makluman sdr, panggilan kata nama bagi keturunan antara negeri di negara kita berbeza-beza. Contohnya "Yong" nama timang-timangan utk kakak yg sulung; 2. Jh panggilan utk ibu saudara yg tertua. Begitu juga dengan panggilan "long" iaitu, singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd bapa saudara yg sulung. Justeru, sdr dinasihatkan agar membuat penyelidikan di Perpustakaan Negara atau universiti-universiti. | Istilah | 28.06.2009 |
1) Selepas itu, mereka bertiga diiring keluar dari/daripada kawasan sekolah. 2) Dia turun dari/daripada motor dan mendapatkan kawannya. 3) "Apa kamu buat pada/kepada dia?" 4) Namun, Adrul terlebih dahulu keluar dari/daripada pejabat. 5) "Saya dari/daripada sekolah khas." 6) Adrul segera keluar dari/daripada bilik air. | Berikut ialah jawapan bagi soalan saudara: 1) Selepas itu, mereka bertiga diiring keluar dari kawasan sekolah. 2) Dia turun dari motor dan mendapatkan kawannya. 3) "Apa kamu buat pada dia?" 4) Namun, Adrul terlebih dahulu keluar dari pejabat. 5) "Saya dari sekolah khas." 6) Adrul segera keluar dari bilik air. Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa. | Tatabahasa | 14.11.2011 |
ASSALAMUALAIKUM. SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN "KERANCUAN BAHASA" BOLEH TOLONG HURAIKAN SEDIKIT. SELEPAS ITU,APAKAH TAJUK BUKU ATAUPUN JURNAL YANG BERKAITAN DENGAN KERANCUAN BAHASA YANG BOLEH SAYA RUJUK? SALAM HORMAT, TERIMA KASIH | Yang dimaksudkan dgn kerancuan bahasa yang tidak teratur dan bercampur aduk, dan bentuk yang biasa dikenali ialah bahasa rojak. Dr. Awang Sariyan pernah membincangkan tajuk ini dalam beberapa kertas kerjanya (cari artikel beliau bertarikh 19 Julai 2004 - Bahasa Rojak). Sila layari laman web atau kunjungi mana-mana perpustakaan untuk dapatkan buku-buku yang berkaitan dengan permasalahan bahasa (jika tiada buku khusus membincangkan hal kerancuan bahasa) | Tatabahasa | 18.09.2007 |
Soalan no.1 Tuan, selepas titik bertindih, adakah maklumat selepas itu mesti dimulakan dengan huruf besar? Contoh: Calon seharusnya dapat: (a) Mentakrifkan hadith marfu‘, mawquf, dan maqtu‘; (b) Mengemukakan pendapat ulama tentang hukum beramal dengan hadith marfu‘, mawquf, dan maqtu‘. Soalan no.2 Bagaimana dengan tanda baca pada setiap poin. Perlu diletak tanda noktah atau koma bertitik? | Penggunaan huruf besar pada setiap permulaan ayat (i), (ii) dan (iii) yang menggunakan tanda titik bertindih (:) adalah untuk menunjukkan keterangan yang boleh berdiri sendiri. Jika saudara menggunakan tanda koma bertitik (;) perlulah menggunakan huruf kecil pada setiap permulaan ayat (i), (ii) dan (iii) kerana ayat tersebut merupakan satu kesatuan. Ringkasnya, penggunaan huruf besar atau huruf kecil pada permulaaan ayat yang menggunakan (i), (ii) dan (iii) bergantung pada penggunaan tanda titik bertindih (:) ataupun tanda koma bertitik (;). Jika saudara menggunakan tanda titik bertindih (:), maka permulaan ayat perlu menggunakan huruf besar. Jika menggunakan tanda koma bertitik (;) perlu menggunakan huruf kecil pada permulaaan ayat. | Tatabahasa | 28.02.2013 |
Tuan/Puan, saya ingin minta tolong Tuan/Puan untuk menyemak bahasa yang digunakan dalam iklan (sila rujuk kepada lampiran) tersebut. selepas itu, saya juga ingin mendapatkan pengesahan bahawa bahasa yang digunakan adalah betul dari pegawai yang berkenaan. harap Tuan/Puan boleh tolong saya. terima kasih. | Bberapa pindaan perlu dibuat: 1. INI IKLAN RACUN PEROSAK. 2. BACA LABEL SEBELUM MENGGUNAKANNYA. 3. Isi padu. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 06.03.2012 |
Kebanyakan rakyat negara kita bersikap patriotik apabila tiba bulan Ogos tetapi mati selepas itu. (buku rujukan SPM) apakah kesalahan istilah dalam ayat di atas? Apakah maksud peribahasa 'seperti lebah kasihkan telurnya'? | Ayat itu betul dan tidak ada kesalahan dalam istilah yang digunakan. Peribahasa yangtuan maksudkan tidak ada dalam sumber rujukan kami (Kamus Peribahasa Abdullah Hussein dan Kamus Peribahasa - Abdullah Hassan) | Tatabahasa | 21.08.2008 |
Adakah ayat berikut betul? Jika tidak, tolong baiki. Kitar semula adalah membuat benda baru daripada benda lama. | Sila semak ketepatan fakta yang digunakan dalam menerangkan konsep kitar semula dan selepas itu perbaiki penggunaan ayat. Saudara boleh merujuk www.prpm.dbp.gov.my dan rujuk juga buku tatabahasa. | Makna | 09.02.2012 |
Apa perbezaan bandar raya dan bandaraya? | Bandaraya ialah ejaan sebelum tahun 1972 (Sistem Ejaan Rumi diperkenalkan). Sehingga kini digunakan kerana telah digazetkan. Contohnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ejaan yang betul selepas itu ialah bandar raya. | Istilah | 21.02.2010 |
1. Apakah jawapannya Salmi (ialah /adalah ) kawan baik saya. Saya masih tidak pasti jawapannya setelah membaca Tatabahasa Dewan. 2.Adakah jika subjeknya orang, maka penggunaan frasa selepas itu (kata pemerinya ) mesti IALAH? Terima kasih.Assalamualaikum. | Salmi ialah kawan baik saya. Untuk pengetahuan saudara/ saudari, selepas penggunaan kata 'ialah' selepasnya mesti kata nama. Harap maklum. | Tatabahasa | 28.07.2008 |
Saya belum habis bercakap, jangan menyampuk / sampuk. Adakah kata kerja di belakang 'jangan' harus diletakkan imbuhan? Terima kasih. | Selepas kata perintah "jangan", perkataan yang hadir selepas itu tidak semestinya kata kerja terbitan/kata imbuhan. Perkataan yang hadir selepas kata "jangan" boleh sama ada kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk atau kata ganda. Contoh: 1. Jangan buang sampah di sini. 2. Jangan berludah di sini. 3. Jangan buka pintu semasa kereta api bergerak. | Tatabahasa | 30.05.2013 |