Salam, Benarkah penggunaan istilah Hari Kebangsan kini sudah ditukar kepada Hari Kemerdekaan? Sekian, terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat, manakala Hari Kemerdekaan ialah hari yang dirayakan oleh seluruh rakyat khusus untuk memperingati kemerdekaan negara. Ini bermakna Hari Kemerdekaan juga ialah Hari Kebangsaan tetapi Hari Kebangsaan tidak semestinya Hari Kemerdekaan. Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan. | Makna | 14.08.2012 |
Salam, Adakah hari kemerdekaan bukan nama khas ?Apakah beza hari kemerdekaan dengan Hari Kebangsaan?Mohon penjelasan tuan. Terima kasih. | Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat, manakala hari Kemerdekaan ialah hari yang dirayakan oleh seluruh rakyat khusus untuk memperingati kemerdekaan negara. Ini bermakna hari Kemerdekaan juga ialah hari Kebangsaan tetapi hari Kebangsaan tidak semestinya hari Kemerdekaan. | Tatabahasa | 18.10.2011 |
Mohon pandangan untuk ucapan dipasang di 'billbord'.. Selamat Hari Kebangsaan Malaysia yang Ke-60 | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat, manakala Hari Kemerdekaan ialah hari yang dirayakan oleh seluruh rakyat khusus untuk memperingati kemerdekaan negara. Ini bermakna Hari Kemerdekaan juga ialah Hari Kebangsaan tetapi Hari Kebangsaan tidak semestinya Hari Kemerdekaan. Untuk teks bagi ucapan khusus hari kemerdekaan, pihak kami cadangkan gantikan KEBANGSAAN dengan perkataan KEMERDEKAAN untuk menyatakan khusus ucapan Hari Merdeka. iaitu: "SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-60" | Lain-lain | 14.08.2017 |
Fiza Aziz SAT 12:25PM Assalamualaikum. Sya nk bertanya... penggunaan ayt yg betul. Adakah sempena hari kemerdekaan ke atau sempena hari kebangsaan? Sbb katanya klu *hari kemerdekaan, hanya pada 31ogos1957 | Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat, manakala Hari Kemerdekaan ialah hari yang dirayakan oleh seluruh rakyat khusus untuk memperingati kemerdekaan negara. Ini bermakna Hari Kemerdekaan juga ialah Hari Kebangsaan tetapi Hari Kebangsaan tidak semestinya Hari Kemerdekaan.Kedua-duanya betul tetapi lazimnya disebut Hari Kebangsaan (terjemahan kepada National Day dalam bahasa Melayu). | Lain-lain | 13.08.2016 |
Adakah ayat ini betul? "Seluruh " rakyat menangisi kematian pemimpin yang disayangi oleh mereka. | Ayat ini betul kerana kata bilangan seluruh menunjukkan bilangan tak tentu. | Tatabahasa | 24.07.2009 |
Adakah ayat ini betul? "Seluruh " rakyat menangisi kematian pemimpin yang disayangi oleh mereka? | Ayat ini betul kerana kata bilangan seluruh menunjukkan bilangan tak tentu. | Tatabahasa | 24.07.2009 |
adakah "merakyatkan" betul? | Istilah merakyatkan betul yang bermaksud menyebarkan sesuatu ilmu, amalan (baik) dsb secara meluas kpd seluruh rakyat: Usaha dijalankan utk ~ ilmu kebudayaan dan tatasusila. | Istilah | 03.02.2010 |
terangkan apakah maksud ummah? | Ummah merupakan sebutan dalam bahasa Arab. Biasanya kita menyebutkannya sebagai umat yang bermaksud 1. Para pemeluk atau penganut sesuatu agama (biasanya dimaksudkan umat Islam). 2. Seluruh rakyat atau orang banyak. 3. Segolongan manusia atau bangsa. | Makna | 04.10.2002 |
MaShaAllah. Perkataan yang selalu disebut apabila kita melihat sesuatu yang baru dan cantek akan benda-benda yang diperbuat oleh tangan manusia. Tetapi di Malaysia, perkataan ini digunakan secara menyeluruh tak kira baik ataupun buruk. Bolehkah DBP menjelaskan akan makna yang tepat perkataan tersebut dan diwar-warkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya menggunakan perkataan "MaShaAllah" - untuk perkara yang baik sahaja dan "NauZuBilLah" - untuk musibah dan perkara yang buruk. Terima kasih banyak. | Kamus Dewan merakamkan maksud masya-Allah ialah apa yang dikehendaki Allah dan kata seruan untuk menyatakan kehairanan. Perkataan ini boleh digunakan dalam konteks positif atau negatif. Hal ini berbeza dengan kata nauzubillah yang bermaksud kita berlindung dengan bantuan Allah. Semestinya kita mohon perlindungan daripada Allah agar dijauhkan daripadaperkara yang buruk/kejahatan. | Makna | 27.12.2012 |
saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan "UMAT". adakah ia boleh digunakan untuk agama islam saja atau agama lain pun boleh menggunakan perkataan tersebut? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan umat bermaksud 1. para pemeluk atau penganut sesuatu agama, pengikut Nabi. 2. seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai. 3. segolongan manusia, bangsa. 4. seluruh bangsa manusia, sekalian manusia. Berdasarkan makna yang diberikan perkataan umat tidak digunakan untuk satu agama sahaja. | Makna | 11.02.2009 |