Momok Tasmania ialah haiwan garang yang
hidup di pulau Tasmania, Australia. Ia memakan
mamalia dan reptilia kecil berserta bangkai haiwan
yang dijumpainya. Ia memburu terutamanya pada
waktu malam dan menghabiskan waktu siang di
gua, dalam rongga batang kayu atau di tempat
perlindungan yang lain. Momok Tasmania lebih
kurang satu meter panjangnya, termasuk ekornya
yang lebih kurang 30 sentimeter panjangnya.
Kebanyakannya berbulu hitam dengan tanda-tanda
putih, tetapi sesetengahnya berwarna hitam
seluruhnya. Momok Tasmania adalah marsupial.
Marsupial betina melahirkan anak yang tidak
terbina dengan baik. Seperti kebanyakan
marsupial, anak momok Tasmania dibawa dalam
kantung di perut ibunya tempat ia meminum susu
ibunya sehingga ia membesar dengan lebih
sempurna.
Pengelasan saintifik. Momok Tasmania tergolong
dalam famili marsupial Dasyuridae. Ia adalah Sarcophilus
harrisii .