Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ma.ngat] | سماڠت

Definisi : 1. roh yg terdapat dlm segala makhluk (dipercayai mempunyai kuasa-kuasa tertentu): tepuk bantal panggil ~, ~ datang dlm mimpi; ~ padi semangat yg menye-babkan padi boleh tumbuh dan berbuah dgn bernas; 2. perasaan hati, jiwa: kedua-duanya mempergunakan ~ perkauman utk meme-cahbelahkan rakyat; ~ kesukanan; 3. maksud atau tujuan yg terkandung dlm sesuatu perjanjian (ucapan dll): ~ perjanjian Asean; 4. kemahuan utk melakukan sesuatu, nafsu: ~ bekerja; ~ waja kemahuan yg keras; mempertinggi ~ anjing prb bersusah payah memperbaiki nama yg jahat akhirnya akan mengecewakan sahaja; bersemangat 1. ada semangatnya (roh yg menjiwainya dll), mempunyai semangat: ham-pir ia tidak ~ lagi kerana terpandang akan kejadian yg ngeri itu; 2. berjiwa keras: suara mereka menjadi semakin garang dan ~; 3. berkemahuan (utk melakukan sesuatu), bernafsu, bergiat: mereka bersorak gembira mendengar ucapan drpd guru silat mereka yg telah tua tetapi masih ~ itu; menyemangati memberi semangat (kpd), membangkitkan semangat (keberanian, ke-mahuan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.ngat] | سماڠت

Definisi : 1 roh yg terdapat pd semua makhluk dan dipercayai mempunyai kuasa tertentu: ~ padi. 2 seluruh kehidupan batin manusia; keadaan batin; perasaan hati; jiwa: Ucapannya itu telah menaikkan ~ kami supaya belajar dgn lebih tekun. 3 tujuan atau maksud yg terkandung dlm sesuatu ucapan dll: ~ Asean. ~ kebangsaan semangat cinta terhadap bangsa dan negara dan sanggup berjuang utknya. ~ waja semangat yg keras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semangat (kata nama)
1. Bersinonim dengan roh: nyawa tubuh halus, batin, rohani,
Berantonim dengan jasad

2. Bersinonim dengan perasaan hati: jiwa, gerak, sentimen, kata hati, emosi, desak hati, cita, sukma, firasat,

3. Bersinonim dengan maksud: tujuan, niat, erti, tafsiran, makna, inti pati, inti sari,

4. Bersinonim dengan kemahuan: semangat waja, nafsu, keinginan, selera, keghairahan, idaman, hajat,

Kata Terbitan : bersemangat, menyemangati,

Puisi
 

Main sengat pantang dipegang,
     Main senduk bawa berlaga;
Main semangat berjuang gelanggang,
     Main meredah hujan tenaga.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Bertukar jiwa dengan semangat.

Bermaksud :

Sedang berkasih-kasihan.

 

Lihat selanjutnya...(4)

428

Nothing is impossible to a willing heart

Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle.

Perkataan 'tidak boleh' tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Malam ini malam Jumaat, Pasang lilin kepala titi; Tepuk bantal panggil semangat, Semangat datang di dalam mimpi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Main sengat pantang dipegang, Main senduk bawa berlaga; Main semangat berjuang gelanggang, Main meredah hujan tenaga.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Ikan sengat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hati; Kus semangat abang seorang, Tolak belakang ada ganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ikan selangat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hatinya; Kus semangat tuan seorang, Tolak belakang ada gantinya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ikan selangat ikan mungkul, Belah belakang dipanggang hati; Ayuh semangat jangan masyghul, Buang belakang ada ganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ikan selangat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hatinya; Kus semangat tuan seorang, Pusing belakang banyak gantinya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ikan selangat ikan bertulang, Belah belakang ambil hatinya; Kus semangat tuan seorang, Pusing belakang banyak gantinya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Negara kaya Negara miskin, Buat perjanjian catat sejarah; Segera bina semangat yakin, Belum kalah jangan menyerah.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Orang mengail Lubuk Bulang, Taruk umpan kulit limau; Baik juga semangat tak hilang, Anak kucing kusangka rimau.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Sarang penyengat di pintu gua, Mari terbakar dua pertunang; Terbang semangat sampai jiwa, Menatap nasi kepunyaan abang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas