Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.men.ta.ra] | سمنتارا

Definisi : 1. utk beberapa ketika sahaja (tidak lama), tidak kekal: utk ~; bantuan ~; 2. = sementaraan sl selama, selagi: telah sampai di Pahang, duduklah ia memerintah negeri Pahang, ~ belum beraja; marilah cucuku yg kedua ini kududukkan sai-sainya semen-taraan aku lagi hayat; 3. sedang (berlakunya sesuatu dll): pengetahuan orang pd masa itu semuanya berdasarkan kepercayaan, ~ keper-cayaan mereka memang tidak mengenali apa-apa batas pun; 4. = ~ itu pd ketika itu, dlm pd itu: ~ itu kapal belayar juga, makin lama makin laju; 5. di samping: ~ bertindak sbg Timbalan Perdana Menteri, beliau juga dapat menambah pengalamannya; ingat ~ belum kena, jimat ~ belum habis prb hendak-lah sentiasa berwaspada dan hati-hati (supaya jangan terlewat dll); kesementaraan perihal (sifat) sementara, keadaan (sifat) tidak kekal: kesedaran ter-hadap kenyataan bahawa ~ hidupnya akibat peperangan, tidak mungkin dia menyimpan harta. sementelah = sementelahan sl lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi: sudah tidak sabar lagi dia mencari, ~nya hari sudah mulai malam; aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.men.ta.ra] | سمنتارا

Definisi : 1 tidak tetap selama-lama­nya; tidak utk selama-lamanya; utk beberapa ketika saja: Sebuah bangunan ~ telah didirikan sehingga bangunan yg baru selesai dibina. 2 dlm tempoh atau dlm waktu tertentu; selama; selagi: Lebih baik berjagung-jagung, ~ menanti padi masak. ~ tidak berduit, janganlah membeli-belah. 3 dlm pd itu; pd ketika itu: ~ ibu memasak, saya membasuh pinggan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sementara (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak kekal: beberapa ketika, sekejap, seketika,
Berantonim dengan kekal

2. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan selama, selagi, senyampang, ketika, sepanjang waktu,

3. Bersinonim dengan dalam pada itu: ketika itu, manakala,

4. Bersinonim dengan di samping: dan, serta, sambil, seraya, sembari, juga, dengan, bersama, pula,

Kata Terbitan : kesementaraan,

Puisi
 

Anak kodok di atas batu,
     Anak bubut patah kaki;
Berdagang hidup sementara waktu,
     Bercerai maut berpisah abadi.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sementara mendapat rotan,
     akar-akar pun jadilah.

Bermaksud :

Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak, b. Sementara menanti pada masak, berjagung-jgunglah dulu).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
HIDUP HANYA SEMENTARA8682/2016HIDUP HANYA SEMENTARATiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201602/09606Lulus29/02/201629/02/201614:45:14
Jawatan Kosong Pekerja Sementara22140/2016TEMU DUGA TERBUKA Operator Pengeluaran Sementara Tempat : Panasonic AVC Networks Kuala Lumpur Malaysia Sdn. Bhd. Lot 5 Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 21, Shah Alam, Selangor. Hari/Tarikh : Masa : Syarat pemohon: Warganegara Malaysia. SekMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201605/09795Lulus06/05/201609/05/201608:48:36
CEPAT! KUMPUL SEMUA SEMENTARA STOK MASIH ADA44796/2015CEPAT! KUMPUL SEMUA SEMENTARA STOK MASIH ADAMajlis Perbandaran KuantanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/06791Lulus05/11/201506/11/201510:01:12
JAWATAN KOSONG PEKERJA SEMENTARA (OPERATOR PENGELUARAN : 3-6 BULAN )17060/2016JAWATAN KOSONG PEKERJA SEMENTARA ( OPEATOR PENGELUARAN : 3-6 BULAN )Majlis Perbandaran KluangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/10648Lulus11/04/201613/04/201615:26:48
NOTIS PERUBAHAN TEMPAT NIAGA SEMENTARA - NOTIS29532/2017KAMI BERPINDAH DI BELAKANG TAPAK ASAL, UNTUK SEMENTARA WAKTUTiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/17145Lulus17/05/201717/05/201716:46:09
Promosi Beli 1 Percuma 156882/2016RM 15 setiap pemeriksaan: - Katarak - Mata Diabetik - Glaukoma - Kanta lekap (contact lens) Promosi Beli 1 Percuma 1 Sementara Stok Masih Ada Bingkai Sahaja * Sementara Stok Masih AdaMajlis Bandaraya Shah AlamOptikTiadaDBP/KPB/201611/13359Lulus18/11/201621/11/201608:35:13
Paparan Sementara Tunjuk Arah25885/2017Bilik Pameran Volkswagen Sg. BesiDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/16829Lulus16/05/201717/05/201709:16:32
PAPARAN SEMENTARA17123/2017TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201703/18630Lulus27/03/201727/03/201714:33:18
IKLAN SEMENTARA16400/2017MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN BUTIK WATIE COLLECTION & EXCLUSIVEMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/19423Lulus29/03/201730/03/201708:55:39
PAPARAN SEMENTARA12505/2017TiadaMajlis Bandaraya Shah AlamPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201703/15166Lulus07/03/201709/03/201716:19:59
12345678910...

Kembali ke atas