Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.men.ta.ra] | سمنتارا

Definisi : 1. utk beberapa ketika sahaja (tidak lama), tidak kekal: utk ~; bantuan ~; 2. = sementaraan sl selama, selagi: telah sampai di Pahang, duduklah ia memerintah negeri Pahang, ~ belum beraja; marilah cucuku yg kedua ini kududukkan sai-sainya semen-taraan aku lagi hayat; 3. sedang (berlakunya sesuatu dll): pengetahuan orang pd masa itu semuanya berdasarkan kepercayaan, ~ keper-cayaan mereka memang tidak mengenali apa-apa batas pun; 4. = ~ itu pd ketika itu, dlm pd itu: ~ itu kapal belayar juga, makin lama makin laju; 5. di samping: ~ bertindak sbg Timbalan Perdana Menteri, beliau juga dapat menambah pengalamannya; ingat ~ belum kena, jimat ~ belum habis prb hendak-lah sentiasa berwaspada dan hati-hati (supaya jangan terlewat dll); kesementaraan perihal (sifat) sementara, keadaan (sifat) tidak kekal: kesedaran ter-hadap kenyataan bahawa ~ hidupnya akibat peperangan, tidak mungkin dia menyimpan harta. sementelah = sementelahan sl lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi: sudah tidak sabar lagi dia mencari, ~nya hari sudah mulai malam; aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.men.ta.ra] | سمنتارا

Definisi : 1 tidak tetap selama-lama­nya; tidak utk selama-lamanya; utk beberapa ketika saja: Sebuah bangunan ~ telah didirikan sehingga bangunan yg baru selesai dibina. 2 dlm tempoh atau dlm waktu tertentu; selama; selagi: Lebih baik berjagung-jagung, ~ menanti padi masak. ~ tidak berduit, janganlah membeli-belah. 3 dlm pd itu; pd ketika itu: ~ ibu memasak, saya membasuh pinggan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sementara (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak kekal: beberapa ketika, sekejap, seketika,
Berantonim dengan kekal

2. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan selama, selagi, senyampang, ketika, sepanjang waktu,

3. Bersinonim dengan dalam pada itu: ketika itu, manakala,

4. Bersinonim dengan di samping: dan, serta, sambil, seraya, sembari, juga, dengan, bersama, pula,

Kata Terbitan : kesementaraan,

Puisi
 

Anak kodok di atas batu,
     Anak bubut patah kaki;
Berdagang hidup sementara waktu,
     Bercerai maut berpisah abadi.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sementara mendapat rotan,
     akar-akar pun jadilah.

Bermaksud :

Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak, b. Sementara menanti pada masak, berjagung-jgunglah dulu).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
tangan untuk membuat sesuatu pekerjaan. (UBAT) ambient (ambien) Berkaitan dengan keadaan persekitaran. Contohnya, suhu ambien yang meru- pakan suhu persekitaran. (KIM) ambiguity error (ralat ketaksaan) Ralat pemprosesan yang biasanya berbentuk sementara disebabkan kewujud- an ketaksaan semasa pemprosesan data input. (KOM) ambiopia (ambiopia) Lihat diplopia. (UBAT) ambivalence (ambivalens) Perihal mempunyai dua sikap yang bercanggah seperti cinta dan benci terha- dap seseorang atau bes. (BIO, KIM) anticorona (antikorona) Fenomena belauan yang terjadi pada suatu titik tepat di hadapan pemerhati antiallergic anticorona Kamus Sains.indb 77 7/8/08 11:46:03 AM 78 sementara matahari atau bulan di belakangnya. Pembelauan ini mengandungi gelang-gelang cahaya berwarna yang saling melengkapi gelang-gelang koro- na. (FIZ) anticyclogenesis (antisiklogenesis) Permulaan peredaran antisiklon atau penguatan peredaran di sekeliling

Kembali ke atas