Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. utk beberapa ketika sahaja (tidak lama), tidak kekal: utk ~; bantuan ~; 2. = sementaraan sl selama, selagi: telah sampai di Pahang, duduklah ia memerintah negeri Pahang, ~ belum beraja; marilah cucuku yg kedua ini kududukkan sai-sainya semen-taraan aku lagi hayat; 3. sedang (berlakunya sesuatu dll): pengetahuan orang pd masa itu semuanya berdasarkan kepercayaan, ~ keper-cayaan mereka memang tidak mengenali apa-apa batas pun; 4. = ~ itu pd ketika itu, dlm pd itu: ~ itu kapal belayar juga, makin lama makin laju; 5. di samping: ~ bertindak sbg Timbalan Perdana Menteri, beliau juga dapat menambah pengalamannya; ingat ~ belum kena, jimat ~ belum habis prb hendak-lah sentiasa berwaspada dan hati-hati (supaya jangan terlewat dll); kesementaraan perihal (sifat) sementara, keadaan (sifat) tidak kekal: kesedaran ter-hadap kenyataan bahawa ~ hidupnya akibat peperangan, tidak mungkin dia menyimpan harta. sementelah = sementelahan sl lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi: sudah tidak sabar lagi dia mencari, ~nya hari sudah mulai malam; aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak tetap selama-lama¬≠nya; tidak utk selama-lamanya; utk beberapa ketika saja: Sebuah bangunan ~ telah didirikan sehingga bangunan yg baru selesai dibina. 2 dlm tempoh atau dlm waktu tertentu; selama; selagi: Lebih baik berjagung-jagung, ~ menanti padi masak. ~ tidak berduit, janganlah membeli-belah. 3 dlm pd itu; pd ketika itu: ~ ibu memasak, saya membasuh pinggan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Adakah anda bermaksud : sementara

Tesaurus
 
sementara (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak kekal: beberapa ketika, sekejap, seketika,
Berantonim dengan kekal

2. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan selama, selagi, senyampang, ketika, sepanjang waktu,

3. Bersinonim dengan dalam pada itu: ketika itu, manakala,

4. Bersinonim dengan di samping: dan, serta, sambil, seraya, sembari, juga, dengan, bersama, pula,

Kata Terbitan : kesementaraan,

Puisi
 

Anak kodok di atas batu,
     Anak bubut patah kaki;
Berdagang hidup sementara waktu,
     Bercerai maut berpisah abadi.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sementara mendapat rotan,
     akar-akar pun jadilah.

Bermaksud :

Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak, b. Sementara menanti pada masak, berjagung-jgunglah dulu).

 

Lihat selanjutnya...(11)

254

Make hay while the sun shines

Ambillah kesempatan sepenuhnya daripada keadaan atau peluang yang ada sebelum ia lenyap.

Menjemur sementara panas

"People are going to tight pants this season, and we should quickly make hay while the sun shines," said the boutique owner, hoping to reap a big profit out of the short-lived favourable situation.

''Musim ini, orang suka pakai seluar ketat, dan kita perlulah segera menjemur sementara panas,'' kata pemilik butik itu yang berharap dapat mengaut keuntungan besar daripada keadaan itu yang datang hanya sekejap.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
255Strike while the iron is hotAmbillah kesempatan sepenuhnya daripada keadaan atau peluang yang ada sebelum ia lenyap.Menjemur sementara panas"People are going to tight pants this season, and we should quickly strike while the iron is hot ," said the boutique owner, hoping to reap a big profit out of the short-lived favourable situation.''Musim ini, orang suka pakai seluar ketat, dan kita perlulah segera menjemur sementara panas,'' kata pemilik butik itu yang berharap dapat mengaut keuntungan besar daripada keadaan itu yang datang hanya sekejap.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
254Make hay while the sun shinesAmbillah kesempatan sepenuhnya daripada keadaan atau peluang yang ada sebelum ia lenyap.Menjemur sementara panas"People are going to tight pants this season, and we should quickly make hay while the sun shines," said the boutique owner, hoping to reap a big profit out of the short-lived favourable situation.''Musim ini, orang suka pakai seluar ketat, dan kita perlulah segera menjemur sementara panas,'' kata pemilik butik itu yang berharap dapat mengaut keuntungan besar daripada keadaan itu yang datang hanya sekejap.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
322Into each life some rain must fallSudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into each life some rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
327Into every life a little rain must fallSudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)Takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa.Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
326Into every life a little rain must fallSudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa.Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
325Into every life a little rain must fallSudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)Ada pasang berturun naik.Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, ada pasang berturun naik. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
324Into every life a little rain must fallSudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)Ada pasang surutnyaDon't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, ada pasang surutnya . Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
323Into every life a little rain must fallSudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
607Truth will outKebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya.Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will out, eventuallyBuat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
606Truth will come to lightKebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya.Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will come to light, eventuallyBuat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas