Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sementara (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak kekal: beberapa ketika, sekejap, seketika,
Berantonim dengan kekal

2. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan selama, selagi, senyampang, ketika, sepanjang waktu,

3. Bersinonim dengan dalam pada itu: ketika itu, manakala,

4. Bersinonim dengan di samping: dan, serta, sambil, seraya, sembari, juga, dengan, bersama, pula,

Kata Terbitan : kesementaraan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan “di samping itu” tidak digalakkan untuk digunakan di dalam Laporan Tahunan kerana “di” adalah kata sendi dan “samping” kata nama sisi. Boleh digantikan dengan “serta”/ “selain itu” / “sementara itu” mengikut konteks ayat. Benarkah penerangan di atas? Namun merujuk kepada Laporan Tahunan BNM dan SC, perkataan 'di samping itu' masih lagi digunapakai.Untuk makluman, DBP tidak mempunyai peraturan yang menyatakan bahawa "di samping itu" tidak digalakkan digunakan dalam Laporan Tahunan.  'Di samping itu' ialah penghubung wacana (penghubung tambahan) yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 526.Tatabahasa09.10.2013
Assalamu'alaikum. Saya ingin meminta kerjasama untuk mengalih bahasa seperti di bawah: 1. Meanwhile all our rights are reserved 2. Covering Senior General Manager (beliau memangku dan membuat dua tugas serentak di samping tugas hakiki beliau)Cadangan terjemahan adalah seperti yang berikut: 

1. Sementara itu, semua hak cipta adalah terpelihara

2. Memangku Pengurus Besar Kanan
Lain-lain10.07.2020
selamat sejahtera, di sini saya ingin mendapatkan senarai perubahan perkataan. contohnya perkataan 'bahasa Melayu' ditukar kepada 'bahasa Malaysia', 'di kalangan' ditukar kepada 'dalam kalangan' dan sebagainya. sekian terima kasih.Selagi Perkara 152 Perlembagan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu. Sementara dalam ungkapan 'di kalangan', kata sendi nama 'di' merujuk kepada tempat sahaja manakala kata sendi nama 'dalam' lebih sesuai digunakan kerana hadir dihadapan kata nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Oleh itu, 'dalam kalangan' lebih tepat digunakan.Tatabahasa25.09.2007
Assalamualaikum Tuan, Minta tolong jasa baik tuan untuk semak dan edit ayat di bawah dengan bahasa melayu yang betul seperti di bawah ini: "Jika apa yang kita rancang/plan dan ianya berjalan sesuai dengan racangan kita, itu adalah anugerah/hadiah dari Allah. Tetapi jika tidak berjalan apa yang telah kita rancang, terimalah dengan hati dan jiwa yang tenang , itu adalah suatu anugerah Ilahi yang di tangguhkan / ditunda sebab Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Mintalah petunjuk yang terbaik dari Allah ,terus berusaha mencari peluang dan sentiasa fukus, yakin pada diri anda serta bertawakkal padaNya. Terima kasih atas jasa baik tuan Wassalam HasbiJika apa yang dirancang berjalan sesuai dengan racangan kita, itu adalah anugerah/hadiah daripada Allah. Tetapi jika sebaliknya, terimalah dengan hati dan jiwa yang tenang. Perancangan itu ditunda buat sementara waktu kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Mintalah petunjuk, di samping berusaha mencari peluang, sentiasa fokus, yakin pada diri dan bertawakkal kepada-Nya.Lain-lain03.11.2015
Apakah bezanya penanda wacana dan kata hubung?Terima kasih.

Perbezaan kata hubung dan penanda wacana boleh dilihat pada fungsi antara kedua-duanya. Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa, ayat, frasa atau perkataan  untuk membentuk ayat majmuk. Anatara kata hubung ialah dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, sementara, sebaliknya, dan seterusnya. Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Contoh penanda wacana; dan, lalu, malahan, di samping itu, walau bagaimanapun, maka dan akhirnya.

Tatabahasa26.07.2011

Kembali ke atas