Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sejak lahir (bkn bakat dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. tanpa gangguan manusia: alam ~ jadi. b. memang demikian dr mula; tidak dibuat-buat: perangai ~ jadi; rambut yg ikal ~ jadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,

Peribahasa

250

Haste makes waste

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Terlalu cepat jadi lambat

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
alam semula jadinatureKeadaan alam secara semula jadi termasuk tumbuhan, haiwan, muka bumi, ciri dan hasil bumi.Sekolah Rendah
bahan semula jadinatural materialBahan yang berasal daripada haiwan, tumbuh-tumbuhan dan tanah serta wujud secara semula jadi di alam. Contohnya, arang batu dan petroleum.Sekolah Rendah
bahan termajuadvanced materialBahan yang terhasil daripada campuran dua atau lebih bahan semula jadi atau bukan semula jadi yang mempunyai ciri yang lebih unggul seperti keliatan, kekerasan, ketahanan dan kelenturan. Contohnya, bahan binaan roket dan pakaian angkasawan. Lihat RajahMenengah Atas
sumber semula jadinatural resourcesSumber yang dibekalkan oleh bumi termasuk udara, air, tanah, semua organisma hidup, nutrien, batu dan galian.Menengah Rendah
hematithaematiteSebatian semula jadi yang terdiri daripada besi yang berpadu dengan oksigen. Hematit berwarna merah kehitam-hitaman.Menengah Rendah
pertumbuhangrowthProses semula jadi yang dialami oleh benda hidup seperti pertambahan saiz dan perubahan bentuk. Lihat RajahSekolah Rendah
bulanmoonSatelit semula jadi bumi yang beredar mengelilingi bumi dan kelihatan lebih jelas pada waktu malam. Lihat RajahSekolah Rendah
emasgoldSejenis mineral semula jadi yang berwarna kuning terang dan tidak teroksida dalam udara atau air. Emas ialah unsur kimia yang kurang reaktif. Nama saintifiknya aurum.Menengah Rendah
bijihoreBahan mineral semula jadi yang mengandungi beberapa unsur, satu daripadanya terdiri daripada logam. Contohnya, ferum oksida (bijih besi).Menengah Rendah
bauksitbauxiteSebatian kimia semula jadi yang merupakan sumber utama untuk membuat aluminium.Menengah Rendah
1234

Kembali ke atas