Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.di] | سندي

Definisi : 1. = ~ tulang = tulang ~ = persendian tempat ruas tulang (bahagian anggota) berhubung, perhubungan tulang-tulang: takut dan dahsyatlah ia, menggeletar segala ~ anggotanya; 2. = persendian tempat ber-sambungnya dua benda (spt pintu dll), sam-bungan yg boleh dilipat-lipatkan, engsel; 3. simpai (bingkai, ikatan, dll) pd sesuatu, salut; ~ bahu tempat berhubungnya tulang pangkal lengan dgn tulang belikat; ~ engsel sendi yg bertindak spt engsel, yg hanya membolehkan pergerakan pd satu satah, mis sendi siku; ~ kata kata yg menghubungkan dua kata atau ayat, kata penghubung; ~ lesung sendi yg terbentuk di antara hujung tulang yg ber-bentuk separuh bulat dgn hujung tulang yg berbentuk lesung, yg membolehkan anggota digerakkan dgn bebas, mis sendi bahu dan sendi pinggul; ~ lutut sendi yg menghubungkan tulang betis dgn tulang paha; bersendi, bersendi-sendi 1. ada sendinya, berhubungan antara satu dgn yg lain dgn sendi: periksa kepala lipas dgn kanta tangan dan perhatikan sesungutnya yg panjang dan ~; 2. bersalut dgn, bersimpai dgn, berbingkai dgn: ... suatu perasapan emas, ~ suasa, berselang dgn permata; bagai tanduk ~ gading prb hal keadaan yg tidak sepadan; menyendi 1. memberikan bersendi; 2. = menyendi-nyendi memotong (mengerat) kaki-kaki binatang yg disembelih; 3. menyalut: pakaiannya drpd baldu dan drpd timah, disendi dgn perak, rupanya spt sisik naga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.di] | سندي

Definisi : 1. = batu ~ batu pengalas tiang rumah dll, batu pengganjal; 2. ki dasar, asas, lunas, pegangan; bersendi memakai batu sendi (alas, peng-ganjal); bersendikan 1. memakai (menggunakan) sesuatu sbg batu sendi; 2. berdasarkan, berasaskan, berpegang pd (sbg pedoman): tuntutan adat yg ~ hukum; kita patut insaf bahawa masing-masing bahasa moden di dunia ini ~ suatu sistem yg tertentu; menyendi membubuh batu sendi (di bawah tiang dll); menyendikan, mempersendikan men­dasar-kan sesuatu pd, mengasaskan; persendian asas, dasar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.di] | سندي

Definisi : 1 = ~ tulang, = persendian bahagian tempat ruas-ruas tulang berhubung antara satu dgn yg lain: Segenap ~nya terasa sakit-sakit. 2 = persendian bahagian tempat ber­sambungnya dua benda; sambungan pd sesuatu yg dpt dilipat-lipat; engsel. ~ lesung sendi yg bahagian hujungnya bulat dan terletak dlm rongga utk memungkinkan anggota digerakkan dgn bebas (spt pd sendi paha atau sendi tangan). ~ paha sendi pd paha. ~ tangan sendi pd tangan. bersendi berhubung antara satu dgn yg lain dgn sendi; ada sendinya. bersendi-sendi banyak sendinya: Sesungutnya panjang dan ~. menyendi 1 memberi ber­­sen­di. 2 mengerat sendi-sendi binatang yg disembelih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sen.di] | سندي

Definisi : 1 = batu ~ batu yg digunakan utk mengalas tiang rumah. 2 ki sesuatu yg digunakan sbg dasar; asas: Rukun Negara dijadikan ~ pembangunan masyarakat baru. bersendi memakai batu sendi: Rumah kampung ke­banyakannya tidak ~. bersendikan 1 mempunyai sesuatu sbg sendi: Rumah itu ~ batu. 2 menggunakan sesuatu sbg dasar atau sbg pegangan; berasaskan: Gerakan politik yg ~ ajaran Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sendi
Kata Terbitan : persendian, bersendi, menyendi,

Puisi
 

Ingin pergi Kuala Tembelang,
     Tamat berjalan Kuala Cik Bilang;
Sakit di sendi ubat di tulang,
     Mana penyakit bolehkan hilang.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud "tetupai" dan "sesendi"?Tetupai ialah kepingan kayu, logam dan lain-lain untuk menyokong,  menyambung atau megukuhkan sambungan. Selalunya tetupai digunakan dalam membina rumah. Sesendi juga mempunyai maksud yang sama dengan sendi atau sendi-sendi.Makna18.07.2014
Bolehkah ditulis pantun seperti ini? (Dengan ditulis hurus besar pada setiap perkataan pertama) Tegak Rumah Kerana Sendi, Runtuh Sendi Rumah Binasa; Sendi Bangsa Ialah Budi, Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.Tanda baca yang digunakan dalam ejaan pantun tersebut adalah betul.Ejaan27.09.2012
Saya Hilmi Markpan sedang belajar Bahasa Melayu dasar di Universiti Fathoni Selatan Thailand, Ingin bertanya DBP tentang Tatabahasa, Apakah pengertian Kata Sendi? Terimakasih.Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu ialah di, ke, dari, daripada dan kepada. Setiap kata sendi nama mempunyai tugas dan fungsi yang berlainan dan penggunannya ditentukan oleh peraturan yang khusus. Contohnya, kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265-286.Tatabahasa08.12.2013
Berdasarkan soalan lalu, tuan mengatakan k kerja dan k adjejtif boleh hadir selepas k sendi nama. Jadi, apakah fungsi sebenar k sendi nama.Sebelum ini saya beranggapan bahawa k nama shj yg boleh hadir slps k sendi nama. Hal ini bermakna antara k sendi nama dgn k hubung tiada bezanya. hrp jelaskanKata sendi nama hadir di hadapan kata nama dan fungsi kata sendi nama ditentukan oleh peraturan khusus yang dijelaskan dalam setiap kata tersebut. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul sekiranya benar ada maklumat yang kami sampikan sebelum ini tidak/kurang tepat.Tatabahasa11.06.2014
Salam sejahtera. Mengapakah kita gunakan kata sendi nama "daripada" dalam frasa "pulang daripada bercuti"?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud daripada ialah:
1.Kata sendi nama untuk menerangkan asal (sumber, bahan dan lain-lain) sesuatu benda
2 Kata sendi nama untuk menyatakan perbandingan (perbezaan) antara dua benda atau lebih
3 Kata sendi nama yang menyatakan maksud mencegah
4 Kata sendi nama yang menunjukkan orang yg memberi
5 Kata sendi nama yang menunjukkan perubahan
6 Kata sendi nama yang menghubungkan sebahagian dengan keseluruhan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud bercuti ialah:
1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dan lain-lain), berlibur;
2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dan lain-lain)

Maka ayat yang betul ialah pulang daripada bercuti

Penggunaan dari yang betul hanyalah untuk menyatakan arah, tempat dan masa sahaja.
Tatabahasa03.07.2019
Apakah perbezaan kata sendi 'dari' dan 'daripada'?Perkataan dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.Tatabahasa14.10.2017
Mengapakah dalam ungkapan ke-14, tanda sempang (-) mesti diwujudkan di antara kata sendi nama "ke“ dengan kata bilangan "14"? Adakah hal ini demikian bertujuan untuk memisahkan kata sendi nama "ke" dengan kata bilangan "14” agar kata sendi nama dan kata bilangan tidak dicampuradukkan, iaitu kata sendi nama tidak bercampur aduk dengan kata bilangan atau kata bilangan tidak bercampur dengan kata sendi nama? Adakah kejadian ini disebabkan kata sendi nama dan kata bilangan berasal daripada golongan kata yang berlainan, jadi konsep "tidak mahu mencampuradukkan golongan kata yang berlainan" wujud dengan meletakkan tanda sempang(-)?Tanda sempang (-) dalam ungkapan ke-14 merupakan peraturan atau ketetapan yang telah ditentukan dalam gaya penulisannya.Ejaan11.07.2014
saya Natcharee Marga Singkhara pelajar UNIVERSITI FATONI Selatan Thailand ingin pertanya DBP Apakah kata sendi nama Terima kasihKata sendi nama ialah perkataan yang hadir di hadapan kata nama dan fungsi kata sendi nama ditentukan oleh peraturan khusus yang dijelaskan dalam setiap kata tersebut. Untuk maklumat lanjut, layari  sendi+nama&d=10">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sendi+nama&d=10.Tatabahasa09.10.2016
Kepada DBP yang saya hormati, Adakah kata sendi nama "hingga" digunakan di depan frasa nama yang menunjukkan tempat? Contoh: ...... dari Kuantan hingga Kuala Lumpur. Dalam frasa ini, kata sendi nama "hingga" terletak di hadapan frasa nama yang merujuk tempat, iaitu "Kuala Lumpur". Adakah penggunaan kata sendi nama "hingga" ini betul? Kerana berdasarkan Tatabahasa Dewan muka surat 284 yang berkata: " Kata sendi nama 'hingga' dan 'sampai' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat. 'Hingga' dan 'sampai' dapat bertukar ganti antara satu sama lain." Dalam penerangan ini adanya perkataan "tempat". Jadi adakah kata sendi nama "hingga" merujuk tempat juga?

Kata sendi nama ke sering berpadanan dengan kata sendi nama dari untuk membawa maksud arah ke sesuatu tempat, contohnya ...dari Kajang ke Seremban. Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 268.

Tatabahasa03.06.2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya dikehendaki membuat analisis tentang pembentukan Kata Sendi Nama di dalam sebuah novel. Saya menghadapi satu kemusykilan: Kata Sendi Nama "di" -Contoh Ayat: "Kenapa susah sangat rasa seperti ini singgah dan bertapa lama (di dalam) untuk Nurul?" -Soalan: Adakah perkataan "di dalam" boleh diambil sebagai Kata Sendi Nama "di" dan "dalam"? Diharap pihak DBP dapat menjawab kemusykilan saya ini dengan segera. Terima kasih. NUR AMANINA SUHAIMISalam,

Untuk makluman. Contoh ayat yang diberikan tidak tepat. Ayat yang lebih jelas: "Kenapa susah sangat rasa seperti ini singgah dan bertapa lama dalam hati Nurul?". Selain itu, dalam ialah kata arah dan kata sendi nama. Sebagai kata arah, perkataan dalam akan hadir sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau tempat, misalnya di dalam atau ke dalam. Kata sendi nama dalam pula digunakan di hadapan frasa nama yang membawa pengertian "lingkungan yang tidak mempunyai jarak atau ruang seperti perkara, fikiran, peristiwa, hal dan sebagainya". Manakala kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, seperti ayat: Abang menyusun gelas di atas meja; manakala kata sendi ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat/arah yang dituju, seperti ayat: Mereka akan ke Kuantan esok. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265.
Tatabahasa24.10.2015
12345678910...

Kembali ke atas