Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ngit] | سڠيت

Definisi : 1. hangit (bkn bau sesuatu spt makanan dan rambut terbakar); 2. tajam dan menusuk hidung (bkn bau bahan kimia, gas dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ngit] | سڠيت

Definisi : 1. keras dan menyakitkan hati (per-kataan), pedas: tidaklah adat istiadatnya sampai seburuk yg engkau katakan itu, engkau belum kenal akan dia, tuduhanmu telah ~ sahaja; 2. hebat atau hangat (perkelahian, pertem-puran, perdebatan, dll): larut tengah malam pertempuran bertambah ~, peluru bersiung-siungan membelah kesunyian; 3. bengis (per-buatan, muka, dll): ia tetap menentang saran itu dgn tegas, bahkan dgn ~ dan berang-nya; menyengit menjadi sengit, menghangat, meng-hebat; kesengitan perihal sengit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ngit] | سڠيت

Definisi : 1 sangat menyakiti hati (bkn perkataan); tajam dan keras (per­kataannya): Perkataannya yg ~ itu menaikkan kemarahan saya. 2 hebat atau hangat (ttg peperangan, perkelahian dll): Satu pertempuran ~ telah berlaku antara pasukan keselamatan dgn peng­ganas-pengganas komunis di Malaysia Timur. menyengit menjadi sengit. menyengitkan menjadikan sengit: Tembakan meriam yg bertalu-talu ~ lagi peperangan itu. kesengitan keadaan atau hal sengit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ngit] | سڠيت

Definisi : tajam dan menusuk hidung (bkn bau bahan kimia, gas dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sengit (adjektif)
Bersinonim dengan hangit, pering, pedar, busuk, hanyir, bangar, tembelang, kemuruk, hapak, sangit, memenget-menget, hangit-pengit;,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORANG SAMNIT

Orang Samnit ialah golongan puak purba di

tempat yang kini selatan Itali. Orang Samnit ini

dikenali terutamanya kerana perlawanannya yang

sengit menentang orang Rom. Orang Rom

meluaskan empayarnya ke wilayah Samnit pada

tahun 300-an S.M. Orang Rom dikalahkan oleh

orang Samnit dalam Pertempuran Caudine Forks,

tetapi pada tahun 290-an S.M., orang Samnit

dikalahkan oleh orang Rom. Kejadian ini dengan

ketaranya mengurangkan penduduk Samnit. Dalam

Perang Sosial pada tahun 80-an S.M., orang Samnit

dihancurkan oleh orang Rom. Orang Samnit

kemudiannya menerima dan mengamalkan adat

resam dan bahasa Rom.

UMUM 
AMMONIA

Ammonia (formula kimia NH3 ) ialah gas alkali

yang tidak berwarna yang terdiri daripada satu

bahagian nitrogen dan tiga bahagian hidrogen. Ia

lebih ringan daripada udara, dan mempunyai bau

yang sengit. Ammonia boleh disedut jika ia

dicairkan dalam udara, tetapi gas ammonia pekat

boleh menyebabkan kelemasan dan kematian.

Ammonia tidak terbakar dalam udara, tetapi ia

terbakar dalam oksigen dengan nyala yang lemah

berwarna kuning.

UMUM 
TASIK PEIPUS

Tasik Peipus ialah kawasan air di sempadan di

antara Estonia dengan Rusia. Untuk lokasi, lihat

Rusia (peta rupa bumi). Panjangnya ialah 150

kilometer dan meliputi kawasan seluas 3626

kilometer persegi. Semasa Perang Dunia II,

kawasan tasik ini menjadi tempat pertempuran

sengit antara tentera Jerman dengan tentera

Kesatuan Soviet semasa pengepungan Leningrad

(kini St. Petersburg).

UMUM 
TELUK MANILA

Teluk Manila ialah pintu masuk ke bandar raya

Manila di Luzon, Filipina. Teluk ini menghala ke

barat daya Laut China Selatan. Untuk lokasi, lihat

Filipina (peta) . Teluk Manila adalah lebih kurang 65

kilometer panjang dan 55 kilometer lebar.

Perairannya cukup dalam untuk kapal-kapal besar

berlabuh. Terdapat dua pelabuhan di Cavite dan

Manila. Pulau Corregidor yang berbatu-batan

terletak di muara Teluk Manila. Beberapa

peperangan sengit berlaku semasa Perang Dunia II

(1939–1945) di pulau ini. Pulau ini diserang oleh

tentera Jepun pada awal Perang Dunia II . Semasa

Perang Sepanyol-Amerika (1898), sebuah armada

Amerika di bawah pimpinan Komander George

Dewey memusnahkan tentera Sepanyol dalam

peperangan di muara Teluk Manila.

Lihat juga Corregidor ; Semenanjung Bataan.

UMUM 
PERTEMPURAN BUXAR

Pertempuran Buxar ialah perang muktamad

yang berlaku di antara tentera British dengan

tentera India di Buxar, sebuah bandar di tebing

Sungai Ganges. Mir Qasim, nawab (gabenor) dari

Benggala, mahu menyingkirkan British dari

wilayahnya. Dia membentuk perikatan dengan

Nawab dari Oudh dan Shah Alam II, maharaja

Mughal. Tentera India yang bergabung ini

menyerang Benggala dan bertempur dengan

tentera British yang diketuai oleh Major Hector

Munro, pada bulan Oktober 1764. Pertempuran

yang sengit itu berakhir dengan kemenangan

berpihak kepada British.

UMUM 

Kembali ke atas