drilling crew | pekerja penggerudian | Kejuruteraan | Petroleum | Pasukan pekerja yang terdiri daripada seorang jurugerudi, seorang pekerja derik dan dua orang pembantu atau lebih, yang mengendalikan sesuatu rig penggerudian atau rig ulang kerja untuk satu masa kerja tiap-tiap hari. |
individual | perseorangan | Sukan | Lumba Basikal | Berkaitan dengan pertandingan yang melibatkan pelumba secara seorang demi seorang, yang kemenangannya dibuat berdasarkan pencapaian masa terpantas. |
moro-moro | moro-moro | Kesusasteraan | Tiada | Drama rakyat Filipina yang mengandungi unsur opera dan komedi. Drama ini merupakan sebuah melodrama yang mengisahkan pertarungan antara orang Islam dengan orang Kristian. Ceritanya bertumpu pada kisah percintaan antara seorang putera dengan seorang puteri yang berlainan agama, iaitu seorang Islam dan seorang Kristian. Percintaan biasanya berakhir dengan perkahwinan, iaitu yang beragama Islam akan memeluk agama Kristian. Drama ini mengisahkan keupayaan mereka mengatasi rintangan sosial dan agama demi mencapai sesuatu hasrat. Pada asalnya, drama ini digunakan untuk tujuan dakwah bagi agama kristian. Kemudian, drama ini digunakan oleh pengarang Filipina sebagai suatu genre untuk merangsang semangat nasionalisme. |
singles | perseorangan | Sukan | Tiada | 2. Permainan yang melibatkan seorang pemain melawan seorang pemain lawan. |
single (play) | permainan perseorangan | Sukan | Tiada | Permainan yang melibatkan seorang pemain melawan seorang pemain lawan. |
unicast | unisiar | Teknologi Maklumat | Tiada | Sejenis penghantaran paket daripada seorang penghantar kepada seorang penerima. Lihat: broadcast, multicast |
individual teaching | pengajaran individu | Pendidikan | Tiada | Pengajaran yang dijalankan dalam situasi seorang guru kepada seorang pelajar. |
credit instrument | alat kredit | Ekonomi | Tiada | Sebarang dokumen yang melibatkan pemindahan wang daripada seorang individu kepada seorang individu yang lain. Misalnya, cek, nota janji, draf, surat kredit, wang pos, dan kiriman wang. |
السابق واللاحق | sābiq lāhiq | Agama Islam | Hadith | Dua orang perawi yang mempunyai kesempatan meriwayatkan Ḥadīth daripada seorang guru, salah seorang daripadanya mati jauh lebih awal daripada yang keduanya. |
draughtman | pelukis pelan | Kesenian | Seni Bina | Orang yang menyediakan lukisan teknikal dan pelan bangunan di bawah arahan seorang arkitek atau jurutera. Seorang pelukis pelan perlu mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya sijil dari institusi kemahiran, mahir menggunakan perisian AutoCad dan mempunyai pengetahuan dalam bidang yang diceburi. Antara tugas pelukis pelan ialah: i. Menyediakan lukisan arkitek dan pereka bentuk daripada lakaran serta spesifikasi bagi pembuatan dan pemasangan jentera dan peralatan, atau bagi pembinaan bangunan, empangan, jambatan, jalan raya dan projek kejuruteraan awam yang lain. ii. Mengendalikan kelengkapan lukisan dengan menggunakan komputer untuk mencipta, mengubah dan menghasilkan salinan cetak dan digital bagi lukisan kerja. iii. Mengendalikan meja digital atau kelengkapan yang seumpamanya untuk memindahkan salinan cetak lukisan kerja, peta dan lain-lain ke dalam bentuk digital. |