Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.per.ti] | سڤرتي

Definisi : 1. sama (serupa) dgn, sebagai, semacam: rambutnya ~ rambut perempuan; laki-laki itu memejamkan matanya sejurus ~ orang kegelisahan benar; 2. sesuai dgn, sebagai-mana: keputusan Sijil Pelajaran Malaysia ~ yg tersiar dlm akhbar ini; 3. seolah-olah, macam: ~ tidak ada orang lain yg pandai; 4. = sepertinya misalnya, contohnya, um-pamanya: akhbar-akhbar Melayu ~ Utusan Melayu, Berita Harian, dll banyak dibaca di kampung-kampung; bukan ~ bukan main; sepertinya 1. jikalau, seandainya, sekiranya: ~ engkau diajak mahukah engkau pergi? 2. selayaknya, semestinya: maka oleh Paduka Bubunnya disuruhnya jemput surat itu dan disuruhnya arak dgn ~; 3. umpamanya; sepertikan tidak ubahnya, bagaikan: ia ber-jalan itu sangat perlahan ~ tiada berdaya lakunya; menyepertikan sl 1. menjadikan sbg sepatut-nya, menjadikan sbg yg sepantasnya; 2. me-nyamakan dgn, menganggap seperti. sepertimana sebagaimana, seperti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.per.ti] | سڤرتي

Definisi : 1 sama halnya dgn; tidak ada lainnya; serupa dgn; sebagai: Rambutnya ~ rambut orang perempuan. Dia berkelakuan ~ orang mabuk. 2 sesuai dgn; sebagaimana: Buatlah ~ yg aku suruh tadi. 3 umpamanya; contohnya; misalnya: Binatang yg bertelur, ~ ayam, burung, dan ikan tidak berdaun telinga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seperti (kata tugas)
Bersinonim dengan laksana, ibarat, umpama, bak, bagaikan, macam, serupa.,

Puisi
 

Emas merah kesuma danding,
     Perahu sarat seperti pelanting;
Awaknya putih pinggang ramping,
     Matanya tajam seperti gunting.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Seperti upih jatuh.

Bermaksud :

Yang tua mati dulu daripada yang muda.

 

Lihat selanjutnya...(415)

43

A bird in the hand is worth two in the bush

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwise

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu gajah memamah aris, baik diikat kera kecil y

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Frasa manakah yang betul penggunaannya? 1....seperti pada ketetapan berikut ATAU pada ketetapan seperti berikut 2....seperti pada Lampiran A ATAU seperti di Lampiran A? 3. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak urus setia.. ATAU sukacita dimaklumkan, pihak urus setia.. 4. hingga ATAU sehinggaFrasa yang betul ialah:
1....seperti pada ketetapan berikut: 
 2..... seperti pada Lampiran A 
 3. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak urus setia..
4. hingga dan  sehingga - Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa , waktu atau tempat, manakala sehingga digunakan sama dengan hingga tetapi had masa tidak tentu/ditetapkan. Kedua-duanya boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat.
Tatabahasa13.03.2019
Saya cuba mencari jawapan untuk frasa "seperti pada lampiran atau seperti dalam lampiran" dan saya menemui jawapan yang diberikan oleh panel DBP seperti yang berikut. 1. Butiran terperinci seperti dalam jadual berikut. Persoalan saya, bukankah kedua-dua partikel "seperti" dan "pada" atau "dalam" merupakan kata sendi nama yang tidak boleh digandingkan bersama kerana dianggap lewah. Hal ini samalah juga dengan isu "hingga ke', "selain daripada", "sejak dari" dan sebagainya. Sekiranya menurut prinsip Tatabahasa Dewan, frasa sebegini dianggap sebagai kesalahan tatabahasa. Selain itu, adakah "dalam pada itu" juga dianggap betul atau sebagai bentuk kekecualian? Sekian, terima kasih.Frasa yang betul ialah "seperti lampiran" dan frasa "dalam pada itu" ialah penanda wacana yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa28.11.2018
Riuh seperti pasar, besar seperti gajah telah digunakan dalam Buku Teks Tahun 2 SJKC. Ingin saya tahu maksud dengan lebih lanjut kegunaannya. Suasana Majlis perkahwinan riuh seperti pasar, udang galah yang dihidangkan itu besar seperti gajah tepat atau tidak kegunaannya. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan,

Ayat bagi perumpamaan riuh seperti pasar betul penggunaannya di dalam ayat. Tetapi, penggunaan perumpamaan besar seperti gajah kurang sesuai di dalam ayat kerana udang galah tidak akan kelihatan sebesar gajah.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa29.01.2018
Mohon pencerahan mengenai gaya penulisan angka yang betul: 1.Angka 10,000 (Adakah perlu ada koma (,) seperti 10,000 atau jarak seperti 10 000 atau ditulis rapat seperti 10000. 2.Angka 7,000 (Adakah perlu ada koma (,) seperti 7,000 atau jarak seperti 7 000 atau ditulis rapat seperti 7000. 3.Angka 200,000 (Adakah perlu ada koma (,) seperti 200,000 atau jarak seperti 200 000 atau ditulis rapat seperti 200000.Merujuk kepada soalan anda,  angka bagi ketiga-tiga soalan menunjukkan bahawa jumlah digit melebihi  empat digit. Oleh itu,  susunan yang betul ialah  tiada koma tetapi dijarakkan seperti 10 000,  7 000 dan 200 000 atau lebih mudah dijadikan 10 ribu, 7 ribu dan 200 ribu.Lain-lain07.07.2017
Assalamualaikum, Yang mana lebih tepat: 1 ...seperti dalam Jadual 1 ATAU ...seperti di dalam Jadual 1 2 ...seperti yang dinyatakan dalam buku ini ATAU ...seperti yang dinyatakan dalam buku ini.Jawapan yang betul ialah ... seperti dalam Jadual 1 dan ... seperti yang dinyatakan dalam buku ini.Tatabahasa12.12.2018
Saya difahamkan bahawa frasa 'seperti berikut' tidak gramatis sementara 'seperti yang berikut' pula dikatakan gramatis. Soalan saya, seperti ialah kata sendi nama dan sesudahnya mesti kata nama. Kenapa perlu diletakkan penanda relatif 'yang' di antara seperti ....... berikut.Salam sejahtera,

Tuan,

Ayat gramatis ialah ayat yang dibina mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Seperti berikut dan seperti yang berikut boleh diterima kerana menggunakan prinsip-prinsip nahu dan tatabahasa yang betul. 

Walaupun semua kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama, namun tiap-tiap satu mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan yang khusus. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan (2014). 

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa27.03.2018
1. seperti berikut 2. seperti yang berikut Yang mana betul penggunaannya?Frasa yang betul ialah "seperti yang berikut".Tatabahasa25.10.2017
Bolehkah ayat dimulai dengan "Contohnya" seperti berikut: 1. Contohnya seperti bas, basikal, lori dan kereta api. Terima kasih.Ayat yang dimulai dengan "Contohnya" adalah tidak gramatis dan tidak boleh digunakan kerana tidak didahului oleh subjek. "Contohnya seperti bas, basikal, lori dan kereta api" adalah predikat dalam ayat ini. Oleh itu, ayat ini sebaik-baiknya dimulakan dengan subjek.Tatabahasa21.02.2018
Seperti yang diterangkan melalui Khidmat Nasihat, singkatan bagi kata ganti diri aku dan kamu, iaitu ku and mu, tidak boleh di pisahkan dengan perkataan yang ada sebelum atau sesudahnya. Bagaimana pula dengan contoh berikut: "tidak ku fikir" atau "tidakku fikir". Adakah terdapat situasi dimana ianya boleh dipisahkan? Terima kasih!
Kata ganti nama diri singkat ku dan mu tidak boleh berdiri sendiri. Kata tersebut harus ditulis serangkai dengan kata lain. Jadi perkataan yang betul ialah "tidakku fikir".
Tatabahasa29.04.2020
Seperti yang dimaklumkan melalui Khidmat Nasihat, perkataan majmuk kuat kuasa hanya boleh dicantumkan jika ianya menerima apitan "ke_an" atau "pe_an". Bagaimana pula dengan contoh berikut - menguatkuasakan / menguat kuasakan; yang mana satu betul? Terima kasih!Perkataan yang betul ialah menguatkuasakan.Tatabahasa03.04.2020
12345678910...

Kembali ke atas