Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pit] | سڤيت

Definisi : 1. alat utk menjepit atau mengapit (spt jari ketam); 2. alat makan orang Cina; ~ (penyepit) api alat (drpd besi dll) utk men-jepit bara api; ~ baju a) sepit yg digunakan utk menyepit pakaian di ampaian; b) pin baju; ~ bara alat penjepit spt yg digunakan oleh tukang emas; ~ ketam a) jari ketam dll yg boleh menjepit; b) sj jahitan utk bahagian tepi benda yg dijahit; ~ rambut alat utk menyepit rambut (supaya tidak ditiup angin); kuih ~ sj penganan yg tipis drpd tepung gandum (telur, santan dan gula putih); kuat ~ kerana kempa prb orang yg menjadi kuat dlm sesuatu perkara kerana ada yg menolong atau menyokongnya dr belakang; menyepit 1. memegang (mencengkam dll) dgn sepit, menjepit dgn sepit: ular mematuk, ketam ~; 2. mengapit atau menekan sesuatu di antara dua benda (spt dgn kaki, jari, dll); tersepit 1. sudah disepit (diapit, dijepit, dll): cerut cap ayam yg ~ di bibirnya itu, di-pasangnya; 2. ki terhimpit, tertekan: seluruh kehidupan mereka ~ antara dua pihak yg mengadu kekuatan senjata dan tenaga; penyepit sepit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pit] | سڤيت

Definisi : 1. = sepit-sepit sj tumbuhan (herba yg menjalar), gelang laut, sesepit, Sesuvium portulacastrum; 2. sj tumbuhan (pokok), bangsa jantan, hal(e)ban, leban, leban bunga (hitam, kunyit, nasi, pelanduk, tanduk), tam-pang besi, Vitex vestita; 3. sj tumbuhan (pokok), Ormosia microsperma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pit] | سڤيت

Definisi : , = penyepit alat (spt sepit ketam, alat makan orang Cina) yg terdiri drpd dua batang yg dpt direnggangkan dan dirapatkan utk menjepit sesuatu. ~ api alat utk menjepit bara api. ~ janggut alat utk mencabut janggut. ~ ketam jari ketam yg dpt menjepit. ~ rambut alat utk mengapit rambut supaya tidak menggerbang. menyepit meng­apit se­suatu di antara dua benda yg dirapatkan; memegang atau mencengkam dgn sepit; menjepit. tersepit sudah disepit atau diapit; terletak di antara dua benda yg mengapit; terjepit: menolong anjing ~ di pagar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sepit
Kata Terbitan : menyepit, tersepit, penyepit,

Peribahasa

Kuat ikan kerana radai,
     kuat burung kerana sayap,
kuat ketam kerana sepit.

Bermaksud :

Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai).

 

Lihat selanjutnya...(2)