KEDAI SERBANEKA PORAN FOODS (M) SDN BHD | Kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 09.10.2015 |
Adakah penggunaan jenis aktiviti Kedai Serbaneka boleh di anggap sebagai aktiviti perniagaan? | Betul, Kedai Serbaneka ialah aktiviti perniagaan. | Tatabahasa | 16.05.2011 |
Salam....adakah frasa ayat "Kedai Serbaneka" adalah betul dan boleh diguna pakai untuk papan iklan? | Kedai serbaneka - betul dan boleh digunakan untuk papan iklan. | Makna | 29.09.2011 |
apakah maksud yang tepat dengan kedai runcit, kedai serbaneka dan pasar mini ? | Kedai runcit ialah kedai yang menjual barang-barang sedikit-sedikit kepada pengguna. Kedai serbaneka pula ialah kedai yang menjual aneka jenis barang manakala pasar mini ialah kedai moden yang saiznya tidak berapa besar yang menjual barang-barang makanan biasanya dalam tin, bungkusan dan sebagainya dan barang-barang keperluan harian secara layan diri. | Makna | 25.04.2019 |
assalamualaikum tuan, pertanyaan saya adalah: 1)permohonan untuk menyemak perkataan 'KEDAI SERBANEKA' kepada tulisan jawi. 2)permohonan untuk menyemak font (UTHMAN TAHA) yang digunakan. SEKIAN, TERIMA KASIH | Tulisan Jawi untuk "KEDAI SERBANEKA" ialah کداي سربانيک | Lain-lain | 14.11.2019 |
1)mencolok mata atau menjolok mata? 2)serbaneka atau serba aneka? 3)sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja? | Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok mata antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan. Serbaneka atau serba aneka kedua-duanya boleh digunakan. Sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja kedua-duanya juga, boleh digunakan bergantung pada konteks ayat. | Tatabahasa | 29.09.2012 |
Salam Sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin memohon bantuan untuk mengesahkan bahasa jawi yang betul untuk beberapa perkataan. Dimana dan bagaimanakah saya boleh mengesahkan perkataan di bawah? Kedai كداي Kedai Serbaneka كداي سربانكا Kafe كافي Stesen Minyak ستيسين ميڽق Terima kasih atas pertolongan Tuan dan Puan. Sekian. | Betulkan ejaan Serbaneka سربانيک | Lain-lain | 21.11.2017 |
Mohon pengesahan papan iklan berikut KEDAI SERBANEKA PREBIZ Dimiliki oleh Prebiz Enterprise Harap mendapat komen dari Tuan | Mohon tuan rujuk di https://pb.dbpsahbahasa.my/Aduan dan sertakan no. pendaftaran untuk rujukan kami. Terima kasih. | Lain-lain | 07.12.2020 |
saya memohon untuk lesen papan tanda kedai KEDAI SERBANEKA. | Untuk makluman, penggunaan bahasa Melayu dalam visual adalah betul. Walau bagaimanapun, untuk mendapat sijil pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Tuan perlu mendaftar dahulu untuk mendapat kata laluan. Setelah mendapat kata laluan, isi borang permohonan dan lampirkan visual dalam bentuk jpeg atau gif. | Lain-lain | 04.06.2014 |
Adakah "Kedai Serbaguna" merangkumi kedai makan atau restoran? | Untuk makluman, tidak ada istilah kedai serba guna, sebaliknya yang tepat ialah kedai serbaneka. Akan tetapi, kedua-duanya berbeza daripada kedai makan atau restoran. | Lain-lain | 24.02.2017 |