Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ron.déng] | سرونديڠ

Definisi : (serondéng) 1. sj makanan (yg dibuat drpd kelapa yg dikukur); 2. sj makanan (yg tahan lama) drpd siatan daging (udang atau ikan yg dihancurkan dsb) yg dimasak bersama santan dan rempah-rempah sehingga kering. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ron.déng] | سرونديڠ

Definisi : /serondéng/ 1 makanan yg dibuat drpd kelapa parut yg digoreng. 2 makanan yg dibuat drpd daging (ikan, udang dsb) yg disiat halus-halus dan dimasak dgn santan dan rempah-rempah hingga kering. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serondeng


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya memerlukan nasihat: 1) Niyaz telah membuat serondeng daging lembu untuk 'menyambut' Hari Raya Aidiladha pada minggu hadapan. atau 2) Niyaz telah membuat serondeng daging lembu untuk 'sambutan' Hari Raya Aidiladha pada minggu hadapan. Soalan saya. i) Adakah kedua-dua ayat di atas gramatis? ii) Wujudkah perbezaan konteks antara kedua-dua perkataan tersebut (yang digunakan dalam ayat)? Terima kasih1. Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga, sambutan bermaksud penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dll):Oleh itu, ayat yang betul ialah Niyaz telah membuat serondeng daging lembu untuk 'sambutan' Hari Raya Aidiladha pada minggu hadapan.Ejaan04.12.2018
Apakah ejaan yang betul dan makna yang betul, adakah serondeng atau serunding?Ejaan yang betul ialah serondeng yang bermaksud makanan yang dibuat daripada kelapa parut yang digoreng atau makanan yang dibuat daripada daging (ikan, udang dan sebagainya) yang disiat halus-halus dan dimasak dengan santan dan rempah-rempah hingga kering.Ejaan20.06.2018
Biasanya kita mengeja/menyebut serunding. Dalam Kamus Dewan tiada serunding. Yang ada serondeng. Mohon padangan. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah serondeng, bukan serunding kerana serunding boleh wujud daripada kata se + runding tetapi tidak ada kata tersebut dalam bahasa Melayu.  Ejaan24.08.2011

Kembali ke atas