Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.sa/] | سسق

Definisi : 1 tidak lapang kawasannya; sem­pit: Bilik ini ~ benar. 2 terlalu penuh sehingga tidak lapang lagi; sendat benar; tersumbat atau tersekat (bkn perjalanan nafas dll): Bermacam-ma­cam kenderaan ~ di jalan. 3 berasa susah; tidak senang: Hidupnya sudah ~ sekarang. bersesak, bersesak-sesak berhimpit-himpit kerana ter­lalu penuh; bersempit-sempit: Para penonton ~ di hadapan pentas. menyesak merempuh masuk di tengah-tengah orang banyak: Saya berjaya naik ke gerabak dgn ~ di celah-celah orang ramai. menyesakkan 1 menyebabkan jadi sesak; menyempitkan; menyendatkan. 2 menjadikan susah atau sukar; menyusahkan: Gelema dlm paru-paru ~ pernafasan. kesesakan 1 keadaan sesak; kesempitan: ~ di jalan raya. 2 berasa sangat sesak; menanggung susah: Kompeninya ~ dan hampir tewas berperang dgn Raja Haji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.sa/] | سسق

Definisi : 1. tidak lapang (lega, longgar), sempit: bilik itu ~; 2. terlalu penuh (hingga tidak terluang lagi), tumpat (penumpang dlm kenderaan dll): syahadan maka pelabuhan Singapura pun ~lah dgn kapal; 3. tersumbat atau tersekat (perjalanan nafas dll), sendat, senak: nafasnya ~-~ macam dikejar anjing; 4. susah (kehidupan), sempit: ia sentiasa mengambil berat akan ~ sukar dan sakit pening sekalian anak buah; ~ dada (nafas) susah bernafas (kerana sakit, marah, dll), mengah-mengah; ~ kencing berasa hendak membuang air kecil; ~ padat = penuh ~ penuh benar (hingga tidak ada ruangan lagi); ~ berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tak lalu prb peri­hal orang yg tidak dapat melawan seseorang tetapi kerana malunya dilawannya juga; bersesak, bersesak-sesak berasak-asak, berhimpit-himpit, bersempit-sempit: para penonton ramai ~-sesak; ~ bagai ular tidur prb perihal orang yg dlm kesempitan (kerana ditagih hutang dll); menyesak = menyesak-nyesak mengasak, merempuh (di tengah-tengah orang banyak): mata-mata mencuba menyuraikan orang yg ~ di depan rumah; orang itu menyeru kpd seorang pemuda yg sedang ~-nyesak dlm orang banyak; menyesakkan 1. menjadikan sesak (sempit), menyempitkan: tiada ia ~ tempat kita; 2. meminta dgn sangat (supaya mengerjakan sesuatu dll), mendesak: orang kampung ~ dia agar kahwin seorang lagi; 3. menyen­datkan (perjalanan nafas dll): hawa terkurung dan lembap di dlm bilik yg kecil itu ~ hidung mereka; 4. menjadikan susah atau sukar (penghidupan), menyukarkan, menyulitkan: jangkanya belum ~, ada lagi harta benda yg boleh dijual atau digadai; tersesak 1. tidak lapang atau tidak lega lagi, terasak, terdesak; 2. dlm kesulitan atau kepayahan: telur biasanya menjadi lauk tambahan apabila kita ~ hendak menjamu rakan-rakan; ~ hidup hidup dlm kesukaran; tersesak-sesak tersekat-sekat (perjalanan nafas dll), teresak-esak (kerana menangis), tersedu-sedu: dia menangis ~ spt budak­-budak; ~ padang ke tebing (ke rimba) = ~ undang kpd yg runcing, tak dapat ber­tenggang lagi prb habis akal bicara hingga tidak ada daya upaya lagi; kesesakan 1. perihal sesak, kesempitan, kesukaran; 2. sangat sesak (sukar, sulit, dll): apabila Datuk Bendahara mendengar per­kataan kapitan kapal itu, ~lah ia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sesak (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak lapang: sendat, sempit,
Berantonim dengan lapang

2. Bersinonim dengan padat: tumpat, penuh, merasak,
Berantonim dengan kosong

3. Dalam konteks nafas
bersinonim dengan tersumbat, tersekat, sendat, senak, sebak, sebu, senuh, segah, sangih, sekak,
Berantonim dengan lega

4. Bersinonim dengan susah: payah, sempit, serba kekurangan, miskin, papa, terhimpit, tersepit, terdesak, picik,
Berantonim dengan senang

Kata Terbitan : bersesak-sesak, menyesakkan, tersesak, kesesakan,

Peribahasa

Seperti ayam termakan rambut.

Bermaksud :

Bunyi nafas yang sesak.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Sesak nafas kerana jerebu, Nafas semput tidak terperi; Hujan kuimpi matahari kurindu, Inginku lihat langit berseri.Pantun Melayu SarawakUmum
Keratau madang berbulu, Berbuah berbunga belum, Berbunga kitika repak, Habis repak bingkuang pula, Berpakai waktu kau menolong, Kurang tolong terbuang saja. Di rumah berguna belum, Berguna ketika sesak, Lepas sesak terbuang pula, Terbuang lagi berpakai, BKurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Sampan kotak kemudinya kompot, Layar ditancap laju bertambah; Nafas sesak hati pun hanyut, Mendengar si gagap memberi ceramah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bila memakan buah cempedak, Enak rasanya bukan kepalang; Bila kutahan dadaku sesak, Hendak menyapa segankan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ambil buluh dibuat sasak, Nak dipagar batas bertenang; Akulah hodoh bertambah sesak, Tak ada siapa yang nak kenang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Yang duduk tidak beranjak, Penatnya lepas bercakap-cakap; Orang gemuk awak yang sesak, Melihat nafasnya tercungap-cungap.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Geruda jatuh terhempas, Jatuh terhempas di Medan Sumatera; Akibat jerebu susah bernafas, Sesak nafas amat sengsara.Pantun Melayu SarawakUmum
Dapat itik baru beranak, Anak tercebur ke dalam kuali; Teringat adik dadaku sesak, Awak menegur tidak berani,Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Cermat-cermatlah sampan menyeberang, Datang ombak gulung-menggulung; Hemat-hematlah berjalan seorang, Datang sesak siapa menolong.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bangkit pagi mencari kayu, Untuk pemasak nasi di dapur; Sakitnya hati lama menunggu, Nafas sesak hati pun hancur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas