Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesuai;

Peribahasa

Bagai cembul dapat tutupnya.

Bermaksud :

Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).

 

Lihat selanjutnya...(23)

65

Make bricks without straw

Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya.

Seperti hendak menepung tiada berberas

We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without

Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan seperti hendak menepung tiada berberas.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk merujuk kepada kanak-kanak tadika berusia 4-6 tahun? Murid tadika atau pelajar tadika? atau ada perkataan lain yang lebih sesuaiPerkataan yang sesuai merujuk kepada kanak-kanak tadika berusia 4-6 tahun ialah murid-murid tadika atau kanak-kanak tadika. Istilah30.09.2021
Perkataan alumni sesuai digunakan untuk pelajar lepasan sekolah menengah ke? Sekiranya tidak sesuai, apa perkataan lain yang sesuai digunakan?Kata alumni bermaksud seperti yang berikut:

alumni kata nama
1 bekas pelajar yang tamat dari sesebuah sekolah atau institut pengajian tinggi:
Contoh penggunaan:
Beliau telah dilantik sebagai Presiden alumni USM.
Kelab Alumni Sekolah Perniagaan Harvard Malaysia di Universiti Utara Malaysia.

2 bekas peserta, pelatih dan sebagainya sesebuah persatuan, program dan sebagainya:
Contoh penggunaan:
Pengerusi Pertubuhan Alumni Kelab Umno Luar Negara;
Kelab Alumni Minggu Penulis Remaja.

Kata lain yang boleh digunakan ialah bekas atau mantan mengikut kesesuaian konteks dan maknanya.

Sila rujuk kamus yang terkini, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh maklumat berkaitan bahasa Melayu.
Makna16.12.2023
Search to refine the results. Cari untuk memperhalus kelihatan tidak sesuai. Apa istilah sesuai untuk refine ya?Padanan terjemahan bahasa Melayu untuk perkataan "refine" dalam konteks yang dinyatakan ialah perincian. Terjemahan "search to refine the result" ialah  cari untuk perincian keputusan.Makna09.11.2022
Saya sedang menterjemah beberapa teks bahasa arab berkaitan Rasulullah. soalan saya, adakah sesuai saya menterjemah "Anta" yang ditujukan kepada Rasulullah dengan "Paduka Tuan". seterusnya, adakah sesuai sekiranya perkataan "syurga" dalam konotasi Islam saya terjemahkan sebagai inderaloka. terima kasih.

Untuk konteks terjemahan yang melibatkan Rasulullah, "Paduka Tuan" tidak sesuai digunakan. Gelaran ini lebih sesuai dengan contoh teks berlatarbelakangkan Alam Melayu atau Nusantara. Pihak kami mencadangkan penggunaan gelaran ”Ya Rasulullah”, atau nama sahaja seperti “Wahai Muhammad” bergantung pada kesesuaian konteks ayat.

 

Untuk "syurga" juga tidak sesuai dipadankan dengan “inderaloka” kerana istilah ini juga lebih sesuai untuk teks yang berlatarbelakangkan Alam Melayu atau Nusantara. Pihak kami mencadangkan untuk kekal menggunakan istilah “syurga” atau “jannah”.

Penyemakan dan penterjemahan05.09.2023
Buku cerita peribahasa kanak-kanak sesuai untuk bacaan usia berapa dan mengapa pada usia tersebut sesuai? kerana terdapat kajian menyatakan buku cerita peribahasa sesuai untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun kerana pada peringkat usia ini mereka lebih berupaya memahami dan menghayati cerita yang mengandungi unsur peribahasa. Saya mencari dapatan pandangan ini.

Untuk makluman, soalan yang dikemukakan kurang jelas. Sehubungan dengan itu, tuan boleh menghubungi pegawai Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut melalui talian utama DBP, iaitu 03-2147 9000.

Sastera07.01.2025
Saya dan ibu bersiar-siar di pasar raya. Adakah perkataan bersiar-siar sesuai digunakan untuk di pasar raya? Atau ada perkataan yang lebih sesuai?

Perkataan “bersiar-siar” kurang sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang lebih sesuai ialah “membeli-belah” atau “berjalan-jalan”.

Tatabahasa19.11.2024
Cadangan nama Pusat Perkhidmatan Gelandangan ke Anjung Rantau. Adakah ianya sesuai digunakan?Nama "Anjung Rantau" kurang sesuai dan "Pusat Gelandangan" lebih sesuai dalam konteks ini. Sekiranya berkaitan dengan permohonan visual papan tanda premis atau penamaan, tuan/puan boleh membuat permohonan pengesahan bahasa melalui laman sesawang www.dbpsahbahasa.my.Lain-lain01.10.2024
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan "overrated"? Saya hanya jumpa satu sahaja padanan dalam Kamus Bahasa Inggeris iaitu sesuatu yang dinilai terlalu tinggi tetapi tidak sesuai dengan konteks ayat saya. Ayat bahasa Inggerisnya adalah "The place is so overrated." Jadi, saya ingin tahu padanan yang lebih sesuai. Terima kasihCadangan padanan bagi istilah overrated dalam bahasa Melayu ialah dinilai berlebihan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah14.01.2024
Istilah sesuai bagi "hashmoji". Penerangan Hash Sign Emoji Meaning. An emoji version of the hash symbol (#), created via a variation selector.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah hashmoji ialah tanda pagar emoji. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Lain-lain03.06.2025
Istilah sesuai bagi "refurbished". Contoh iPhone Refurbished, komputer refurbished.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi refurbished ialah dibaharui. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Lain-lain07.05.2025
12345678910...

Kembali ke atas