Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.wa/.tu.wa/.tu] | سوقتو-وقتو

Definisi : bila-bila sahaja, sebarang waktu: ~ kami dapat ditangkap (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
waktu (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: jangka masa, saat, ketika, kala, sangkala, tempoh, zaman, tenggak,

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, tempoh, kelapangan,

Kata Terbitan : sewaktu, sewaktu-waktu,

Peribahasa

Ada ubi ada batas,
     ada masa boleh balas.

Bermaksud :

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
warm bootbut hangatPendidikanTiadaProses menghidupkan semula sistem komputer setelah berlaku kegagalan tidak boleh pulih sewaktu sistem sedang digunakan, atau menghidupkan semula sistem secara sengaja selepas sistem digunakan dalam waktu yang lama.
work ethicsetika kerjaPentadbiranPentadbiran AwamBudaya murni yang menjadi amalan kakitangan organisasi yang akan menghasilkan sifat pekerja yang berakhlak, menepati waktu, cekap, berhemah dan produktif. Etika yang murni akan membentuk imej positif organisasi tersebut. Etika kerja juga mempunyai hubungan yang rapat dengan tingkah laku kakitangan dan budaya yang diamalkan dalam organisasi. Etika ini sering kali dibincangkan dalam konteks nilai, kepercayaan, norma dan sifat peribadi seseorang kakitangan dalam menyempurnakan tanggungjawab mereka terhadap kepentingan organisasi. Contohnya, sikap tidak curi tulang sewaktu bertugas, menggunakan kad perakam waktu dengan jujur, menjaga kerahsiaan organisasi dan keselamatan peralatan organisasi.

Kembali ke atas