Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : separate the ~ from the goats, mengasingkan yg baik drpd yg tdk baik: we’ve not succeeded in separating the ~ from the goats in this organization, kita tdk berjaya mengasingkan yg baik drpd yg tdk baik dlm organisasi ini. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : like ~, spt pak turut: they follow their leader like ~, mereka mengikut ketua mereka spt pak turut; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n biri-biri: a ~ was caught in the wire fence, seekor biri-biri tersangkut pd pagar dawai; ~ farming, ternakan biri-biri; the farmer owns three thousand ~, peladang itu mempunyai tiga ribu ekor biri-biri; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sheep


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat berikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Sheep Crutching Cradles 2. Sheep Drafting Chutes 3. Wool Reeling Machines 4. Wool Willowing Machines Sekian, terima kasih.

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Sheep Crutching Cradles – Penyangga Biri-Biri

2. Sheep Drafting Chutes – Laluan Pemilihan Biri-Biri

3. Wool Reeling Machines – Mesin Merahat Bulu Biri-rBiri

4. Wool Willowing – Pembersihan Bulu Biri-Biri

Istilah10.03.2016
Salam sejahtera, Kamus Inggeris-Melayu Dewan (KIMD) mendefinisikan 'black sheep' hanya sebagai noun, figurative, 'kambing hitam'. Istilah 'black sheep' dalam Kamus Istilah Malaysia mempunyai istilah sasar sebagai 'kambing hitam' dan huraian 'Seseorang yang tidak disenangi dan sering disalahkan apabila berlaku sesuatu perkara, di dalam satu kumpulan.'. Kamus Istilah Malaysia memberikan istilah sasar 'mangsa lempar salah'/'mangsa lempar-tuduh'/'kambing hitam'. Adakah ini bermaksud KIMD dan Kamus Istilah menganggap istilah BI 'black sheep' dan 'scapegoat' mempunyai maksud yang sama? Ini kerana kedua-dua istilah ini (yang mempunyai definisi berbeza dalam BI) diberikan erti 'kambing hitam' dalam KIMD dan Kamus Istilah. Mohon penjelasan dari pihak DBP. Terima kasih.Terima kasih atas maklumat yang diberikan berkenaan padanan dan huraian istilah 'Black sheep' dan 'Scape goat'. Pihak kami akan menyemak semula perkara ini untuk dibetulkan.Makna09.03.2010
Sanusi Rifaie Feb 25th, 3:01pm Kenapa 'kambing hitam' ie 'black sheep' di maksudkan sebagai 'orang yg di persalahkan'? Itu 'scapegoat ' atau 'sacrificial lamb' dalam bahasa Inggeris. Black sheep atau kambing hitam adalah orang yang di pinggirkan atau discriminated . Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Feb 27th, 1:08pm Pada pandangan kami, kambing hitam bagi scapegoat telah ada dalam BM dan meluas penggunaannya. Walau bagaimanapun, bagi pengguna yang tahu simpulan bahasa blacksheep dalam BI tidak menggunakan kambing hitam untuk scapegoat (contoh: Kamus Oxford Fajar, KIMD, Istilah). Berdasarkan korpus dan kamus-kamus ekabahasa, kambing hitam (scapegoat) lebih banyak digunakan. Bentuk terbitan mengambinghitamkan juga sudah digunakan dengan meluas berbanding dgn kambing hitam (blacksheep). Istilah lembar salah yang dicadangkan bagi scapegoat hanya digunakan 7 kali daripada dua sumber sahaja dalam korpus DBP. Berdasarkan rujukan di atas, kambing hitam ada dua makna, iaitu makna scapegoat dan kata terbitan mengambinghitamkan, dan kedua makna untuk blacksheep. Terima kasih Sanusi Rifaie Mar 1st, 3:23am 'Kambing korban' lebeh tepat dan universal.Tidak ada maksud lain yang dikiaskan kepada kambing korban, kecuali ibadah pada hari raya korban.Istilah01.03.2015
Sanusi Rifaie Feb 25th, 3:01pm Kenapa 'kambing hitam' ie 'black sheep' di maksudkan sebagai 'orang yg di persalahkan'? Itu 'scapegoat ' atau 'sacrificial lamb' dalam bahasa Inggeris. Black sheep atau kambing hitam adalah orang yang di pinggirkan atau discriminated .Pada pandangan kami, kambing hitam bagi scapegoat telah ada dalam BM dan meluas penggunaannya. Walau bagaimanapun, bagi pengguna yang tahu simpulan bahasa blacksheep dalam BI tidak menggunakan kambing hitam untuk scapegoat (contoh: Kamus Oxford Fajar, KIMD, Istilah). Berdasarkan korpus dan kamus-kamus ekabahasa, kambing hitam (scapegoat) lebih banyak digunakan. Bentuk terbitan mengambinghitamkan juga sudah digunakan dengan meluas berbanding dgn kambing hitam (blacksheep). Istilah lempar salah yang dicadangkan bagi scapegoat hanya digunakan 7 kali daripada dua sumber sahaja dalam korpus DBP. Berdasarkan rujukan di atas, kambing hitam ada dua makna, iaitu makna scapegoat dan kata terbitan mengambinghitamkan, dan kedua makna untuk blacksheep.Penyemakan dan penterjemahan25.02.2015
Salam sejahtera, Saya merujuk kepada jawapan pihak KNDBP bertarikh 16/3/2010 kepada soalan saya tentang 'black sheep' vs 'scapegoat' vs kambing hitam yang mana pihak KNDBP menyatakan akan menyemak huraian istilah untuk pembetulan. Setakat hari ini masih dapat dilihat huraian dalam Kamus Dewan mahupun Kamus Inggeris-Melayu Dewan adalah tetap sama: 'black sheep' adalah kambing hitam. Soalan saya: 1) Adakah pihak DBP telah menyemak huraian tersebut dan memutuskan pembetulan tidak perlu dibuat kerana tiada kesilapan? 2) Sekiranya tiada kesilapan, bolehkah kita katakan bahawa guru-guru BI di Malaysia perlu memberikan DUA makna untuk penggunaan 'black sheep' di Malaysia: (a) penggunaan di Malaysia, DAN (b) penggunaan di luar Malaysia (yang tidak membawa maksud 'kambing hitam')?. Terima kasih.Untuk makluman saudara, Kamus Inggeris - Melayu (KIMD) Dewan disusun dengan kerjasama pelbagai pihak termasuklah pihak Australian National University. Oleh sebab DBP tidak mempunyai korpus bahasa Inggeris, maka DBP sangat bergantung pada kamus ekabahasa Inggeris untuk mendapatkan maklumat tentang bahasa tersebut. Ketika kamus ini disusun (diterbitkan pada 1991) hanya terdapat makna kiasan bagi perkataan black sheep dalam kamus ekabahasa (bahasa Inggeris) rujukan, maka entri kata tersebut hanya memberi terjemahan makna yang ada. DBP sentiasa membuat penambahbaikan dalam buku terbitannya. Pada setiap kali terbitan edisi baharu bagi mana-mana kamus peluasan makna bagi setiap entri akan dimasukkan. Hal ini telah dimaklumkan kepada Bahagian Perkamusan, dan KIMD Edisi Baharu masih dalam peringkat manuskrip. Pada pandangan kami tidak salah untuk memaklumkan maklumat terkini entri kamus yang diketahui kepada khalayak, malah pemberian maklumat ini dialu-alukan untuk manfaat bersama.  Istilah19.10.2011
Salam sejahtera, Terima kasih atas penjelasan KNDBP bahawa perkataan figuratif bahasa Inggeris 'scapegoat' telah melalui proses peluasan makna dalam b.Melayu. Cambridge Learner's Dictionary mendefinisikan 'black sheep' sebagai "a person who has done something bad which brings embarrassment or shame to their family". Walau bagaimanapun, definisi ini tidak terdapat dalam Kamus Dewan ataupun Kamus Inggeris-Melayu Dewan (2002). Definisi yang ada ialah 'kambing hitam' iaitu 'scapegoat'. SOALAN: Berdasarkan definisi dalam Cambridge Learner's Dictionary, Kamus Dewan, dan KIMD untuk 'black sheep', bolehkah saya katakan bahawa 'black sheep' telah melalui proses 'penyempitan makna' dalam penggunaan kata pinjamnya dalam b.Melayu? Terima kasih.

Untuk makluman saudara, ketika Kamus Inggeris - Melayu Dewan (KIMD) yang merupakan salah sebuah rujukan di DBP,  disusun (diterbitkan pada tahun 1991) hanya terdapat makna kiasan bagi perkataan black sheep dalam kamus ekabahasa (bahasa Inggeris) rujukan, maka entri kata tersebut hanya memberi terjemahan makna yang ada. Walau bagaimanapun, jika berlaku penyempitan makna hanyalah pada entri bahasa Inggeris black sheep yang merupakan terjemahan daripada "kambing hitam".

Lain-lain05.11.2011
Salam sejahtera, Terima kasih kerana menjawab soalan tadi ('black sheep' = 'scapegoat' = 'kambing hitam') dengan cepat. Untuk makluman, soalan saya adalah spesifik dan bukannya umum. Dengan jawapan terkini dari pihak KNDBP, maka saya andaikan jawapannya ialah "YA, guru-guru di Malaysia perlu memberikan DUA makna untuk penggunaan 'black sheep': (a) penggunaan di Malaysia, DAN (b) penggunaan di luar Malaysia (yang tidak membawa maksud 'kambing hitam'). Untuk makluman juga, soalan ini saya bawa terus kepada pihak KNDBP kerana DBP merupakan badan tersohor penggunaan bahasa Melayu di Malaysia dan saya memerlukan khidmat nasihat berkenaan bahasa. Saya andaikan soalan berkenaan bahasa harus sentiasa dirujuk kepada pihak DBP. Terima kasih.

Khalayak termasuk guru-guru boleh diberikan peluasan makna yang terdahulunya tidak ada dalam sesuatu kata. Dalam contoh yang diberikan, guru-guru boleh dimaklumkan tentang peluasan makna kata scapegoat.

Lain-lain31.10.2011
Salam sejahtera, Terima kasih atas jawapan kepada pertanyaan saya bertarikh 19/10/2011 berkenaan 'black sheep' = 'scapegoat' = 'kambing hitam' dalam penggunaan di Malaysia. Bagaimana dengan soalan no.2 tersebut? Jawapan dari pihak KNDBP tidak jelas. Mohon jawapan untuk soalan no.2 iaitu: 2) ... bolehkah kita katakan bahawa guru-guru BI di Malaysia perlu memberikan DUA makna untuk penggunaan 'black sheep' di Malaysia: (a) penggunaan di Malaysia, DAN (b) penggunaan di luar Malaysia (yang tidak membawa maksud 'kambing hitam')?. Jawapan dari pihak KNDBP amat dihargai. Terima kasih.

Kami telah menjawab secara umum soalan kedua tuan (lihat baris kedua akhir dan akhir), malah jawapan tersebut tidak terhad dalam pemerihalan perkataan "scapegoat" ini sahaja. Jawapan kami, "... Pada pandangan kami tidak salah untuk memaklumkan maklumat terkini entri kamus yang diketahui kepada khalayak, malah pemberian maklumat ini dialu-alukan untuk manfaat bersama." Tambahan maklumat, jika hal ini berkaitan dengan peperiksaan, eloklah dirujuk kepada Lembaga Peperiksaan.

Makna31.10.2011
Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin bertanyakan tentang istilah Bahasa Inggeris yang sesuai untuk "daging kambing". Adakah "mutton" istilah yang sesuai? Mutton boleh membawa maksud "daging biri-biri (sheep=biri-biri/ lamb=biri-biri muda)", bukan hanya bermaksud "daging kambing" sahaja." Ada istilah bahasa Inggeris yang hanya mewakili maksud "daging kambing" sahaja? Mohon pencerahan dan terima kasih.Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "mutton" bermaksud daging kambing atau daging kambing biri-biri.Makna05.04.2013

Kembali ke atas