Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sheikh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
siapakah angkasawan pertama?Jika soalan ini merujuk angkasawan pertama Malaysia, namanya ialah Dr Sheikh Muzaffar Sheikh Shukur. Sekiranya merujuk angkasawan dunia, sila rujuk Pusat Sains Negara.Lain-lain12.02.2008
Salam,saya pelajar UM yang sedang menjalankan kajian mengenai sistem ejaan jawi yang digunapakai oleh Sheikh Tahir Jalaluddin dalam karyanya yang terdapat di ANM. Tajuk kajian saya " Sejarah Perkembangan Sistem Tulisan Jawi Awal Abad ke 20 : Kajian terhadap Karya Sheikh Tahir Jalaluddin". Saya ingin bertanya pihak DBP mengenai siapa yang patut saya tanya @ temubual serta prosedur apakah yang perlu saya lakukan bagi mengesahkan kaedah tulisan Jawi yang digunakan oleh Sheikh Tahir? Sekian,terima kasih...Waalaikumussalam.

Untuk bertanyakan soalan tentang Sistem Tulisan Jawi Awal Abad Ke-20, kami cadangkan puan menghubungi tuan Haji Hamdan Abdul Rahman di talian 013 3472346.  Terima kasih.
Penyelidikan08.12.2014
Salam sejahtera, Tuan, Apakah jawapan yang tepat bagisoalan yang berikut: Datuk Sheikh Muzhapar ___________ rakyat Malaysia yang amat dikagumi kerana beliau __________ angkasawan Malaysia yang pertama. ialah...ialah @ adalah...ialah Sekian, terima kasih.
Datuk Sheikh Muzhapar ialah rakyat Malaysia yang amat dikagumi kerana beliau ialah angkasawan Malaysia yang pertama.
Tatabahasa17.05.2013
Saya Ingin mendapatkan khidmat Jawi lama.. daripada Kitab Fawaid Bahiyyah Sheikh Nuruddin al-Raniri.. saya tak dapat membaca dengan baik perkataan ini فاكي جمه. Terima kasih
Kami memohon kerjasama pihak tuan untuk memberikan maklumat ayat yang penuh supaya pihak kami boleh memberikan maklum balas dengan melihat konteks ayatnya.

Ejaan22.03.2023
bincangkan salah satu adat resam dan tabu dalam masyarakat melayu dahulu dan kini.

Sila rujuk bahan ini :

Adat resam dan adat istiadat Melayu | Sheikh Al-Hadi, Syed">Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1986

Orang Melayu banyak cipta adat | Ahmad Idris| Variasari | 01/03/2007

"Daulat" dalam masyarakat Melayu tradisional | Zalila Sharif | Dewan Budaya | 01/06/1996

Pengaruh bomoh dalam masyarakat Melayu | Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim | Pemikir | 01/07/2003

Tabu dalam masyarakat Melayu di Sarawak | Noor Aina Dani | Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu | 01/07/2002

Tanda Dalam Masyarakat Melayu | Mohamad Shahidan | Dewan Budaya | 01/01/2002

Lain-lain03.05.2008
bincangkan slah satu adat resam dan tabu masyarakat melayu dahulu dan kini

Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr membaca buku-buku seperti yang berikut:

Adat resam dan adat istiadat MelayuSheikh Al-Hadi, Syed">Alwi Sheikh Al-Hadi, SyedDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1986390.09595 AlwTerperinci
Adat resam dan adat istiadat MelayuSheikh Al-Hadi">Syed Alwi Sheikh Al-HadiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1960390.09595 AlwTerperinci
Adat Resam dan Adat Istiadat MelayuSheikh Al-Hadi">Syed Alwi Sheikh Al-HadiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1978301.29595 AlwTerperinci
Adat resam dan adat istiadat MelayuSheikh Al-Hadi">Syed Alwi Sheikh Al-HadiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1980390.9595 AlwTerperinci
Adat resam Melayu dan adat istiadatSheikh al-Hadi">Syed Alwi Sheikh al-HadiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1960NA 301.09595 SyeTerperinci
Asal Usul Adat Resam MelayuH.M. SidinPenerbitan Pustaka Antara1964301.539 SidTerperinci

Lain-lain03.05.2008
Tuan, Apabila kita berurusan dengan Menteri Pelajaran sekarang apakah gelaran tepat yang mesti digunakan'YB' atau 'YAB' kerana pada hakikat sebenar beliau juga adalah YAB (TPM)? T.Kasih Hassan Sheikh SeylanYAB Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. Dalam hal ini kita mengambil gelaran tertinggi beliau, walaupun kadangkala urusan yang dilakukan atas kedudukan beliau sebagai Menteri Pelajaran. Oleh itu, gelaran yang tepat ialah YAB.Lain-lain23.06.2011
Salam. Berkenaan perkataan "USRAH" dan "TARBIAH" 1) Bilakah ia mula dimasukkan kedalam kamus dewan? (Edisi berapa?, tahun bila?) 2) Kenapakah Istiah ini dimasukkan ke dalam bahasa melayu? siapakah yang bertanggungjawab dalam urusan ini? 3)apakah kriteria dan syarat sesuatu perkataan itu diambil untuk dimasukkan kedalam kamus dewan? Terima kasih1. Perkataan Tarbiah telah dimasukkan dalam Kamus Dewan, Edisi Pertama, 1970. Perkataan usrah dimasukkan dalam Kamus Dewan, Edisi Kedua, 1984.
2 & 3. Antara fungsi kamus ialah merakamkan perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Kamus disusun oleh Ketua Editor dan sekumpulan pakar dan pegawai Bahagian Perkamusan, DBP. Kamus Dewan Edisi Pertama diketuai Teuku Iskandar dan Kamus Dewan Edisi Kedua diketuai Sheikh Othman bin Sheikh Salim.
Untuk maklumat lanjut, tuan boleh menghubungi Ketua Bahagian Perkamusan DBP, Dr. Fadilah Jasmani di alamat fadilah@dbp.gov.my atau 03-21479000.
Makna24.03.2014
Huraian tentang kebudayaan: 1. Adat resam berbilang kaum dan suku kaum 2. Bentuk, corak dan ciri-ciri di dalam bidang tarian, drama,muzik dan seni tampak. 3. Falsafah-falsafah dalam kesenianSila rujuk bahan ini : 1. Asas pemikiran kebudayaan Malaysia A. Aziz Deraman Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2005 2. Beberapa Aspek Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia Aziz Deraman Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan 1998 3.Ideologi dan kebudayaan kebangsaan Jabatan Pengajian Melayu 1985 4.Kebudayaan Kebangsaan Siti Razmah Hj. Idris Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996 5.Kebudayaan rakyat di Malaysia Zakaria Abdullah PAM Publishing 1992 6.Adat resam dan adat istiadat Melayu Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1986Lain-lain20.06.2007

Kembali ke atas