Definisi: Kesiapsiagaan (= preparedness), betul ke? Saya tengah buat thesis tentang 'preparedness' terhadap wabak Avian Influenza. TQ, Dr. Amin HUKM asbaza7@yahoo.com atau dramin012000@yahoo.com | Merujuk kepada kamus Dewan Edisi Keempat, kata ini merupakan imbuhan kepada kata siap. Siap siaga merujuk kepada keadaan sudah bersedia untuk melakukan sesuatu dan lain-lain. Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kata ini, Dr. boleh membuat rujukan pada Kamus Dewan Edisi Keempat pada muka surat 1485. | Makna | 06.01.2008 |
maksud kesiapsiagaan.. tren atau trend? | Siap siaga bermaksud siap sedia, jadinya kesiapsiagaan bermaksud kesiapsediaan. | Makna | 24.11.2010 |
maksud dan penggunaan perkataan kesiapsagaan | Siap siaga bermaksud siap sedia. Contoh ayat: Kesiagaan orang Melayu untuk menarik kerisnya dalam membela diri. | Lain-lain | 15.02.2007 |
penggunaan Kata yang betul.. program kesiapsagaan menghadapi bencana. adakah perkataan kesiapsagaan boleh digunakan yang bermaksud bersiap sedia / persediaan tq | Cadangan penggunaan yang betul ialah program siap siaga menghadapi bencana.Makna siap siaga ialah siap sedia,iaitu sudah bersedia untuk(melalkukan sesuatu dll.). Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1485. | Tatabahasa | 01.06.2008 |
Salam, tolong huraikan istilah/ perkataan 'siap siaga'. Terima kasih | Makna siap siaga ialah siap sedia,iaitu sudah bersedia untuk(melakukan sesuatu dll.). Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1485. | Lain-lain | 05.01.2011 |
saya ingin kepastian adakah frasa ini sesuai dan betul dari segi bahasa untuk digunakan sebagai tajuk modul: "Siap siaga di Perantauan bagi Kakitangan Awam", jika tidak mohon cadangan apakah yang lebih tepat. | Tajuk yang diberikan kurang jelas. Siap siaga bermaksud siap sedia. Frasa yang lebih baik: Kakitangan awam perlu bersedia bertugas di perantauan. | Lain-lain | 18.01.2019 |
Salam sejahtera tuan, Tuan saya ingin bertanya ayat-ayat berikut yang manakah yang betul? A. Setelah siap kami mencuci. B. Setelah kami siap mencuci. | Jawapan yang betul ialah B. Setelah kami siap mencuci... Walau bagaimanapun, ayat ini tidak lengkap dan perlu ada sambungannya. | Tatabahasa | 03.02.2014 |
Apa maksud siap saga ? Adakah penggunaan istilah siap saga dan berkeboleh pasaran betul dalam ayat ini ? Justeru, saudara saudari perlu bersiap saga untuk membuktikan bahawa graduan keluaran IKN berkualiti, berinovatif, berdaya usahawan, berkeboleh pasaran dan berdaya saing. | Ayat yang betul ialah Oleh sebab itu, saudara saudari perlu siap saga untuk membuktikan bahawa graduan keluaran IKN berkualiti, berinovatif, berdaya usahawan, berkebolehpasaran dan berdaya saing. | Istilah | 10.09.2014 |
siap siaga. mensiap siaga atau menyiap siaga? | jawapan yang betul ialah siap siaga | Tatabahasa | 26.09.2011 |
PENGUBAHSUAIAN JALAN TELAH SIAP, AKSES LEBIH MUDAH. | PEMBINAAN JALAN TELAH SIAP, LALUAN LEBIH MUDAH. | Lain-lain | 26.11.2010 |