Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[siap] | سياڤ

Definisi : 1. sudah sedia (pakaian, makanan, dll), sudah disediakan, mustaid: makanan sudah ~; 2. selesai (dibuat dll): ibuku sudah ~ bertanak dan menggulai; 3. = ~ sedia = ~ siaga sudah bersedia utk (melakukan sesuatu dll): mereka sudah ~ utk menghadapi tugas; 4. = bersiap Id jaga sedia!, jaga baik-baik! (perintah dlm tentera); bersiap 1. = ~ sedia = ~ lengkap = bersiap-siap berjaga-jaga utk menghadapi sesuatu, ber­waspada: setelah kelihatan itu, maka masing­masing pun ~lah menghadapi perahu perom­pak itu; 2. berkemas atau bersedia mengaturkan sesuatu: maka ia pun ~lah menghamparkan tikar yg cantik lalu menyuruh tamu naik; 3. Id siap (perintah dlm tentera); bersiap-siap, bersiap-siapan membuat persediaan, berlengkap-lengkap, bersedia­sedia: negeri Kuripan sedang ~ utk per­kahwinan tuan puteri; bersiapkan sl = mempersiapkan: Yang Di-pertuan Muda pun menyuruh ~ segala kelengkapannya; menyiapkan, mempersiapkan 1. menye­diakan, mengadakan: isterinya ~ makan pagi; 2. menyudahkan (menyelesaikan) sesuatu pekerjaan: berilah aku masa yg cukup utk ~ pekerjaan ini; 3. melengkapkan (mengemas­kan) sesuatu utk: disiapkannya sebuah perahu utk belayar; 4. mengusahakan, membentuk, membuat: mereka sedang mempersiapkan sebuah undang-undang yg akan mencegah perbuatan rasuah; persiapan 1. perihal bersiap-siap (memper­siapkan): empat pasukan bola sepak sedang giat menjalani latihan sbg ~ utk merebut gelaran johan; 2. segala sesuatu yg disiapkan, kelengkapan, persediaan: ia pun pulang utk membuat ~ belayar; beberapa hari sebelum perkahwinan itu diadakan, ~ -~ telah dibuat; penyiapan perbuatan menyiapkan atau menyudahkan sesuatu (bangunan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[siap] | سياڤ

Definisi : 1 sudah disediakan dan tinggal menggunakan atau memakainya saja; sudah sedia: Makanan sudah ~, mari­lah kita makan. 2 sudah selesai dikerjakan dll: Sudah dua tahun dikerjakan, bangunan itu masih belum ~ lagi. 3 = ~ sedia sudah bersedia utk melakukan sesuatu dll: Mereka sudah ~ utk me­nentang musuh. ~ pakai (sudah) siap atau sedia utk dipakai (digunakan): baju ~ pakai. bersiap 1 bekerja utk mengemaskan atau utk mengatur sesuatu: Encik Ahmad ~ menghamparkan tikar lalu mempersilakan tetamu naik. 2 bersedia menghadapi sesuatu; berjaga-jaga; berwaspada: Masing-masing pun ~ menunggu serangan musuh. menyiapkan 1 mengurus se­suatu supaya siap teratur; menyediakan: Isterinya sedang ~ sarapan. 2 menyelesaikan sesuatu pekerjaan dll; menyudahkan: Kami terpaksa ~ sebuah rumah dlm masa enam bulan. mempersiapkan mengusahakan su­paya bersiap: Bala tentera dipersiapkan utk menghadapi musuh. persiapan perbuatan atau hal bersiap; persediaan: Mereka sedang menjalani latihan sbg ~ utk menyertai sukan Olimpik nanti. penyiapan perbuatan atau hal me­nyiapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siap (kata kerja)
Bersinonim dengan selesai, habis, berakhir, tamat, sempurna, beres, usai, sudah jadi;,
Kata Terbitan : bersiap, bersiap-siap, menyiapkan, persiapan, penyiapan,

Peribahasa

Rumah sudah tukul (= pahat) berbunyi.

Bermaksud :

Mengemukakan keterangan dan saksi sesudah perkara diputuskan; mencela (bersungut) tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan. (Bandingkan dengan: Berketuk [= berkotek] di luar sangkar, bertanam di luar pagar).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
sesi perentasan; Id. sesi peretasan) Sesi pencerobohan dan penggodaman yang dilakukan ke atas sesebuah sasaran atau beberapa sasaran yang berterusan untuk suatu tempoh yang lebih lama dari tempoh penggodaman biasa. siap sedia panas (Ig. hot standby; Br. siap sedia panas; Id. siap sedia panas) Perihal menyediakan keupayaan sandaran atas talian dengan memasang sistem replika yang mengandungi semua aktiviti dan aliran data sistem komputer asal. Sistem replika ini bersedia

Kembali ke atas