Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[siap] | سياڤ

Definisi : 1. sudah sedia (pakaian, makanan, dll), sudah disediakan, mustaid: makanan sudah ~; 2. selesai (dibuat dll): ibuku sudah ~ bertanak dan menggulai; 3. = ~ sedia = ~ siaga sudah bersedia utk (melakukan sesuatu dll): mereka sudah ~ utk menghadapi tugas; 4. = bersiap Id jaga sedia!, jaga baik-baik! (perintah dlm tentera); bersiap 1. = ~ sedia = ~ lengkap = bersiap-siap berjaga-jaga utk menghadapi sesuatu, ber­waspada: setelah kelihatan itu, maka masing­masing pun ~lah menghadapi perahu perom­pak itu; 2. berkemas atau bersedia mengaturkan sesuatu: maka ia pun ~lah menghamparkan tikar yg cantik lalu menyuruh tamu naik; 3. Id siap (perintah dlm tentera); bersiap-siap, bersiap-siapan membuat persediaan, berlengkap-lengkap, bersedia­sedia: negeri Kuripan sedang ~ utk per­kahwinan tuan puteri; bersiapkan sl = mempersiapkan: Yang Di-pertuan Muda pun menyuruh ~ segala kelengkapannya; menyiapkan, mempersiapkan 1. menye­diakan, mengadakan: isterinya ~ makan pagi; 2. menyudahkan (menyelesaikan) sesuatu pekerjaan: berilah aku masa yg cukup utk ~ pekerjaan ini; 3. melengkapkan (mengemas­kan) sesuatu utk: disiapkannya sebuah perahu utk belayar; 4. mengusahakan, membentuk, membuat: mereka sedang mempersiapkan sebuah undang-undang yg akan mencegah perbuatan rasuah; persiapan 1. perihal bersiap-siap (memper­siapkan): empat pasukan bola sepak sedang giat menjalani latihan sbg ~ utk merebut gelaran johan; 2. segala sesuatu yg disiapkan, kelengkapan, persediaan: ia pun pulang utk membuat ~ belayar; beberapa hari sebelum perkahwinan itu diadakan, ~ -~ telah dibuat; penyiapan perbuatan menyiapkan atau menyudahkan sesuatu (bangunan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[siap] | سياڤ

Definisi : 1 sudah disediakan dan tinggal menggunakan atau memakainya saja; sudah sedia: Makanan sudah ~, mari­lah kita makan. 2 sudah selesai dikerjakan dll: Sudah dua tahun dikerjakan, bangunan itu masih belum ~ lagi. 3 = ~ sedia sudah bersedia utk melakukan sesuatu dll: Mereka sudah ~ utk me­nentang musuh. ~ pakai (sudah) siap atau sedia utk dipakai (digunakan): baju ~ pakai. bersiap 1 bekerja utk mengemaskan atau utk mengatur sesuatu: Encik Ahmad ~ menghamparkan tikar lalu mempersilakan tetamu naik. 2 bersedia menghadapi sesuatu; berjaga-jaga; berwaspada: Masing-masing pun ~ menunggu serangan musuh. menyiapkan 1 mengurus se­suatu supaya siap teratur; menyediakan: Isterinya sedang ~ sarapan. 2 menyelesaikan sesuatu pekerjaan dll; menyudahkan: Kami terpaksa ~ sebuah rumah dlm masa enam bulan. mempersiapkan mengusahakan su­paya bersiap: Bala tentera dipersiapkan utk menghadapi musuh. persiapan perbuatan atau hal bersiap; persediaan: Mereka sedang menjalani latihan sbg ~ utk menyertai sukan Olimpik nanti. penyiapan perbuatan atau hal me­nyiapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siap (kata kerja)
Bersinonim dengan selesai, habis, berakhir, tamat, sempurna, beres, usai, sudah jadi;,
Kata Terbitan : bersiap, bersiap-siap, menyiapkan, persiapan, penyiapan,

Peribahasa

Rumah sudah tukul (= pahat) berbunyi.

Bermaksud :

Mengemukakan keterangan dan saksi sesudah perkara diputuskan; mencela (bersungut) tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan. (Bandingkan dengan: Berketuk [= berkotek] di luar sangkar, bertanam di luar pagar).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ready mixed concretekonkrit siap campurKejuruteraanKejuruteraan BangunanKonkrit yang telah siap disediakan sebelum di bawa ke tempat peletakan. Konkrit siap campur digunakan di tempat yang ruang kerjanya sempit dan sukar untuk mendirikan loji pencampur.
preformedsiap bentukPerubatanTiadaTelah siap terbentuk mengikut kontur di mana akan digunakan.
finished productkeluaran siapKesenianTiadaBarangan yang telah siap dan boleh dipasarkan.
finish lumberkayu siapLandskapTiadaKayu yang telah siap diketam dan dirawat untuk digunakan da lam pembinaan.
ready roombilik siapPentadbiran PerniagaanTiadaBilik yang telah siap dikemas dan sedia untuk disewa.
activity completion timemasa siap aktivitiPentadbiranTiadaJangka masa siap sesuatu aktiviti dalam Pengurusan Penjadualan Projek.
pre-packed medicinesubat siap bungkusSains KesihatanTiadaUbat yang sudah siap dibungkus di kilang.
finish floor elevationaras lantai siapLandskapTiadaKetinggian aras permukaan lantai yang telah siap dibina.
put-to-bedsiap cetakKomunikasiTiadaIstilah grafik yang menyatakan bahawa sesebuah naskhah telah selesai disemak, lengkap dan siap untuk diterbitkan.
undressedtak siap sempurnaKesenianSeni BinaKeadaan sesuatu elemen bangunan yang masih belum sempurna sepenuhnya. Contoh keadaan bangunan yang belum siap sempurna ialah pemasangan tingkap kaca sehingga ke paras lantai yang boleh membahayakan pengguna, reka bentuk sistem penyaman udara yang tidak selesa, ketiadaan jeriji keselamatan atau bukaan pintu yang terhalang oleh struktur tiang. Keadaan ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti perancangan yang tidak sempurna atau faktor kewangan.
12345678910...

Kembali ke atas