Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.lap] | سيلڤ

Definisi : 1. salah pandangan atau perasaan (dgn yg sebenarnya); ~ faham tidak memahami apa yg sebenarnya; 2. sl sulap, sunglap: tukang ~; 3. = ~ hati tidak ingat apa-apa (kerana terlalu marah dll); 4. salah yg tidak disengajakan, khilaf: kalau saya tidak ~, umurnya baru tiga puluh tahun; ~ gayung Kl telah melakukan sesuatu yg salah; ~ langkah tidak mengambil tindakan, keputusan dsb yg betul sehingga boleh men­datangkan kesan yg buruk; ~ mata a) sj permainan yg mengelirukan pandangan or­ang lain (membuat sesuatu yg aneh-aneh dll), sulap, sunglap; b) salah pandangan; c) silau; d) agak lupa, tidak sedar; ~ cakap kena radak, hilang jiwa percuma saja prb memperkatakan sesuatu perkara hendaklah hati-hati benar kerana buruk pa­dahnya; ~ mata, pecah kepala prb kalau ku­rang hati-hati tentu akan mendapat bencana; menyilap menjadikan silap (pandangan dll), mengelirukan, menipu; tersilap (telah) melakukan kesalahan dgn tidak sengaja, tersalah, terkhilaf; kesilapan perihal silap, kekeliruan, ke­khilafan; penyilap 1. tukang silap mata, tukang sunglap; 2. penipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
silap (adjektif)
Bersinonim dengan salah, khilaf, ralat, gawal, keliru, sesat, tidak benar, tidak betul, pelak;,
Kata Terbitan : menyilap, tersilap, kesilapan, penyilap,

Puisi
 

Kelap-kelip kunang-kunang di rimba,
     Tempat di pohon gedung;
Silap sedikit marahkan hamba,
     Di manalah tempat diri berlindung.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Silap cakap kena radak,
     hilang jiwa percuma saja.

Bermaksud :

Memperkatakan sesuatu perkara (rahsia dan sebagainya), hendaklah hati-hati benar, sebab buruk padahnya. radak = tusuk dengan lembing.

 

Lihat selanjutnya...(6)

272

Nobody is infillible

Tiada manusia yang tidak pernah berbuat silap atau salah

Bumi mana tidak ditimpa hujan

He may be the greatest leader the country has ever had, but nobody is infallible. His drastic policy has recently brought economic turnmoil to the country.

Beliau mungkin pemimpin terhebat di negara itu, tetapi bumi mana tidak ditimpa hujan. Dasarnya yang keterlaluan telah menjadikan ekonomi negaranya kelam-kabut baru-baru ini.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Silap mata dan sainsAlif Firdaus AzisDewan Kosmik1 February 2008
SilapKhuzaimah ZakariaDewan Siswa1 August 1998
Silap ejaan : sengaja atau tidak sengaja?Abd. Razak Abu BakarPelita Bahasa1 October 2000
Belajar: silap langkah membawa padahSabitha MaricanDewan Siswa1 May 1990
Pemain Silap MataAladin MohamadDewan Siswa1 December 1980
Bekas Ahli Silap Mata Dari Restoran MinhotaRubiao, MuriloDewan Sastera1 March 1996
Ketidakfahaman mereka kerana silap kata?Mohamad ShahidanPelita Bahasa1 March 1997
Winstedt juga berbuat silapBustamam YahyaMastika1 April 1974
Bersenam: beberapa konsepsi yang silapMahamd Amran KamsiDewan Kosmik1 October 1994
Jabir bin Hayyan: "Anda silap, Aristotles...."H. M. JajuliDewan Siswa1 December 1989
12

Kembali ke atas