Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.lap] | سيلڤ

Definisi : 1. salah pandangan atau perasaan (dgn yg sebenarnya); ~ faham tidak memahami apa yg sebenarnya; 2. sl sulap, sunglap: tukang ~; 3. = ~ hati tidak ingat apa-apa (kerana terlalu marah dll); 4. salah yg tidak disengajakan, khilaf: kalau saya tidak ~, umurnya baru tiga puluh tahun; ~ gayung Kl telah melakukan sesuatu yg salah; ~ langkah tidak mengambil tindakan, keputusan dsb yg betul sehingga boleh men­datangkan kesan yg buruk; ~ mata a) sj permainan yg mengelirukan pandangan or­ang lain (membuat sesuatu yg aneh-aneh dll), sulap, sunglap; b) salah pandangan; c) silau; d) agak lupa, tidak sedar; ~ cakap kena radak, hilang jiwa percuma saja prb memperkatakan sesuatu perkara hendaklah hati-hati benar kerana buruk pa­dahnya; ~ mata, pecah kepala prb kalau ku­rang hati-hati tentu akan mendapat bencana; menyilap menjadikan silap (pandangan dll), mengelirukan, menipu; tersilap (telah) melakukan kesalahan dgn tidak sengaja, tersalah, terkhilaf; kesilapan perihal silap, kekeliruan, ke­khilafan; penyilap 1. tukang silap mata, tukang sunglap; 2. penipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
silap (adjektif)
Bersinonim dengan salah, khilaf, ralat, gawal, keliru, sesat, tidak benar, tidak betul, pelak;,
Kata Terbitan : menyilap, tersilap, kesilapan, penyilap,

Puisi
 

Kelap-kelip kunang-kunang di rimba,
     Tempat di pohon gedung;
Silap sedikit marahkan hamba,
     Di manalah tempat diri berlindung.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Silap cakap kena radak,
     hilang jiwa percuma saja.

Bermaksud :

Memperkatakan sesuatu perkara (rahsia dan sebagainya), hendaklah hati-hati benar, sebab buruk padahnya. radak = tusuk dengan lembing.

 

Lihat selanjutnya...(6)

272

Nobody is infillible

Tiada manusia yang tidak pernah berbuat silap atau salah

Bumi mana tidak ditimpa hujan

He may be the greatest leader the country has ever had, but nobody is infallible. His drastic policy has recently brought economic turnmoil to the country.

Beliau mungkin pemimpin terhebat di negara itu, tetapi bumi mana tidak ditimpa hujan. Dasarnya yang keterlaluan telah menjadikan ekonomi negaranya kelam-kabut baru-baru ini.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Antara gejala yang dialami pesakit ialah menggigil, kekusutan mental, mandi peluh dan sakit di bahagian jantung. Sinonim alcoholicum delirium. (UBAT) delusion (delusi) Kepercayaan peribadi yang salah dan berasaskan tanggapan yang silap ten- tang keadaan sebenar. Individu yang mengalami keadaan ini tidak berganjak daripada pegangannya walaupun kepercayaannya dapat dibuktikan salah. Ke - adaan ini biasanya dialami oleh pesakit mental seperti pesakit skizofrenia dan radiografi. (UBAT) rep DNA (DNA rep) DNA berulangan. (BIO) repair enzyme (enzim pembaikan) Enzim yang memangkinkan kemasukan bes atau nukleotida yang betul ke dalam jujukan yang mempunyai pasangan bes yang silap dimasukkan sebelumnya. Con- toh enzim ini termasuklah polimerase, endonuklease dan glikosidase. (BIO) repeated sequence family (famili jujukan berulang) Kumpulan jujukan DNA yang berkait dan berulang pada genom eukariot. (BIO) renal

Kembali ke atas