Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sing.kat] | سيڠکت

Definisi : 1. tidak panjang (waktu, umur, dll), pendek: kunjungannya sangat ~; kain pen­dek, tarik ke atas ~, tarik ke bawah senteng; 2. ringkas (berita, cerita, percakapan, dll): “Besok aku ke mari lagi,” katanya ~, lalu melangkah hendak pergi; 3. ki picik atau cetek (fikiran dll): orang-orang yg ~ pemi­kirannya dan yg sangat tamak terlalu ramai; ~ akal (faham, fikiran) tidak bijak, pendek akal, cetek akal, picik; ~ bayang alamat tidak panjang umur; ~ kata = ~nya pendek kata, pendeknya; ~ pengetahuan lekas mati; ~ sungu Mn (orang yg) pemarah; ~ tangan orang yg kedekut (kikir); ~ umur (usia) tidak panjang umurnya, lekas mati; ~ diulas, panjang dikerat prb yg kurang hendaklah ditambah sedangkan yg lebih hendaklah dikurangkan; ~ tidak terulas, panjang tidak terkerat prb tiap-tiap orang akan mati apabila telah sampai ajalnya dan kalau belum ajal berpantang mati; senteng dibilai, ~ diulas prb yg kurang ditambah dan yg pendek disambung; menyingkatkan 1. menjadikan singkat (pen­dek dll), memendekkan (waktu dll): kerana kekurangan wang, saya terpaksa ~ lawatan saya itu; 2. meringkaskan (karangan dll), mengikhtisarkan; mempersingkat menjadikan lebih singkat; singkatan, kesingkatan sesuatu yg di­singkatkan, kependekan, ringkasan: ~ spt pakdr bapak, bu dr ibu, merupakan gejala umum dlm pemakaian bahasa; penyingkatan perihal menyingkatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sing.kat] | سيڠکت

Definisi : 1 tidak labuh ke bawah (bkn seluar dll); senteng: Seluarnya ~. 2 tidak lama tempohnya (bkn umur dll); sekejap: Kunjungannya ke sini ~ saja. 3 tidak panjang (bkn ucapan, cerita dsb); ringkas dan pendek. 4 tidak panjang fikiran atau akal; cetek fikir­an: Hanya orang yg ~ akalnya saja yg sanggup melakukan perkara itu. menyingkatkan membuat jadi singkat; memendekkan; meringkaskan: Kerana waktu tidak mengizinkan, saya terpaksa ~ ucapan saya. singkatan sesuatu yg disingkatkan atau yg dipendekkan; kependekan. penyingkatan perbuat­an atau hal menyingkatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singkat (adjektif)
1. Dalam konteks masa
bersinonim dengan sekejap pendek, tidak lama,

2. Dalam konteks berita
bersinonim dengan ringkas, pendek,
Berantonim dengan panjang

3. Bersinonim dengan cetek: dangkal, sempit, picik, sontok, ciut,

Kata Terbitan : menyingkatkan, singkatan, kesingkatan,

Peribahasa

Singkat diulas,
     panjang dikerat.

Bermaksud :

Yang kurang hendaklah ditambah, sedangkan yang lebih hendaklah dikurangi.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Isu penggunaan singkatan dalam Sistem Mesej Singkat ( SMS ) amat membimbangkan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Apakah tindakan Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) dalam hal ini ? Pada pandangan peribadi saya, penggunaan singkatan adalah untuk menjimatkan wang kerana mesej yang panjang akan menyebabkan syarikat telekomunikasi mengenakan caj yang berlebihan. Namun, penggunaan singkatan itu mestilah berpada-pada dan tidak keterlaluan.Penggunaan bahasa Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang tidak terkawal dan sewenang-wenangnya oleh pengguna SMS telah melahirkan kerisauan kepada ahli bahasa kerana  gejala ini telah memberikan kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu. Atas kesedaran tersebut, DBP telah menganjurkan "Seminar Penyelidikan: Perkembangan dan Pengaruh SMS Terhadap Bahasa Melayu" pada 19 April 2005. Lanjutan daripada seminar tersebut, DBP telah menerbitkan risalah Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Melayu. Risalah ini diharapkan dapat dijadikan panduan dalam penulisan SMS yang standard.  Istilah07.12.2009
Apakah lawan kata bagi 'labuh'?Kata lawan bagi labuh ialah singkat.Tatabahasa28.06.2011
SMS, istilah BM Sistem Pesanan Ringkas. Kenapa tidak kita terima Sistem Mesej Singkat? Singkatannya juga SMS. Saya rasa Puan Noresah Baharom pernah menggunakannya.

Y.Bhg. Datuk,  terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Memang betul Puan Noresah pernah menggunakan Sistem Mesej Ringkas tetapi setelah diteliti dan juga setelah dibincangkan kita telah membuat keputusan bahawa Sistem Pesanan Ringkas adalah lebih tepat dan lebih berbunyi Melayu daripada Sistem Mesej Ringkas. Terima kasih.

Istilah18.09.2009
Bab 9 buku "Olih atau Oleh" terbitan DBP menerangkan penggunaan kata ganti singkat. (1) Adakah penerangan dalam bab ini bersandarkan Tatabahasa Dewan? (2) Adakah DBP mengiktiraf pandangan penulis itu?Penulis tersebut merupakan salah seorang karyawan DBP. Segala apa yang ditulisnya seharusnya mengikut rujukan utama di DBP.Lain-lain10.04.2009
Kami terpesona apabila melihat kebolehan Pak Cik Jalil menganyam serawan jala dalam masa yang singkat. Munsyi, apakah perkataan yang sesuai menggantikan menganyam dalam ayat ini. Terima kasihDalam pangkalan data kami tidak ada perkataan seerti dengan menganyam dalam konteks menganyam bakul, jala dan sebagainya.Tatabahasa13.06.2012
Tolong jelaskan cara pengejaan klitik "kau". adakah semua klitik 'kau' dieja rapat dengan perkataan yang mengikutinyaKata ganti nama singkat 'kau' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Misalnya kauterima.Lain-lain23.02.2010
Dalam Nahu Kemas Kini (2009) Asmah menggunakan perkataan rumahkau. Dalam Ensiklopedia Bahasa Melayu, beliau mengemukakan ayahkau sebagai perkataan contoh ganti nama milik. Dalam buku Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah (2009), Abdullah memberikan sembilan perkataan contoh yang menunjukkan kata singkat kau digunakan di akhir kata nama, iaitu adikkau, kegemarankau, kejayaankau, kemajuankau, pembantukau, penaungkau, penolongkau, rumahkau dan sekolahkau. Apakah pandangan DBP?Sememangnya begitulah cara kata ganti singkat ditulis. Dan ada antara rujukan yang dinyatakan di atas terbitan DBP.Tatabahasa25.08.2009
Setemku atau Setem ku.

Saudara Fan,

Kata ganti nama singkat 'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Contohnya milikku dan kuharapkan. Oleh itu, yang betul ialah Setemku

Tatabahasa06.10.2012
Bagaimanakah penggunaan perkataan tuntas.Pelajar saya akerap menggunakan perkataan tuntasnya, secara tuntas dalam karangan mereka.Yang mana satu betul.Maksud tuntas ialah menyeluruh ,singkat,tegas.Mohon penerangan.Terima kasih.Tuntas bermaksud secara menye­luruh (tidak menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja) atau tegas. Perkataan tersebut boleh digunakan dalam wacana bagi menggambarkan maksud tersebut dan perlu disesuaikan dengan fungsinya sebagai adjektif.Tatabahasa06.07.2012
Salam sejahtera tuan, Encik Lukman amat menyenangi sikap pekerjanya yang bernama Jamali kerana setiap tugas yang diberikan kepadanya pasti akan disiapkan dalam masa yang singkat. Terima kasih.Ayat ini sudah sempurna struktur tatabahasanya. Tatabahasa24.07.2008
123

Kembali ke atas