pendahulu | 1. orang dll yg mendahului; 2. yg terdahulu: yg memperbezakan sistem antarabangsa sezaman drpd sistem-sistem ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyelakuan analog(analog simulation) | Penggunaan sistem analog, seperti sistem elektrik, untuk mewakili sistem fizikal yang sebenar. Sistem elektrik yang digunakan sebagai model ialah tamsilan kepada sistem fizikal tersebut kerana ciri pemboleh ubah yang digunakan untuk mewakili kedua-dua sistem adalah setara dari segi matematik. | Kamus Komputer |
monarki | kerajaan di bawah pemerintahan seorang raja: sistem ~ sistem pemerintahan di bawah seorang raja. | Kamus Pelajar |
sistem gagal-lembut(fail-soft system) | Sistem yang direka bentuk untuk mempunyai ciri yang dapat menghalang terhentinya perjalanan sistem secara mendadak apabila kegagalan di bahagian sistem terjadi. Sistem biasanya akan mengurangkan pengendaliannya perlahan-lahan sehingga terhenti sepenuhnya. Penggunaan penggera di dalam sistem membolehkan kegagalan sistem diketahui dan dbetulkan oleh kakitangan teknik sebelum sistem mati. Jika pencarian dan pembetulan kegagalan dapat dilakukan pada masa tersebut, sistem boleh bekerja semula dengan kemampuan asal tanpa diberhentikan. | Kamus Komputer |
sistem terbenam(embedded system) | Sistem untuk tugas khas yang disorok dalam sistem hos. Sistem ini tidak boleh digunakan oleh pengguna biasa dan hanya boleh digunakan oleh pengguna yang mengetahui kod panggilan sistem. | Kamus Komputer |
kod ASCII(ASCII code) | Set kod tujuh bit yang mewakili 128 corak aksara. Kod ini digunakan sebagai piawaian kod aksara bagi membolehkan data dipindahkan antara sistem-sistem komputer tanpa masalah pengenalan. | Kamus Komputer |
sistem pengawas(monitor system) | 1. Sistem yang boleh terdiri daripada perkakasan, perisian, dan manusia atau salah satu daripadanya yang digunakan untuk mengawas, menyelia, mengawal, atau mengesahkan pengendalian atau pelaksanaan sistem atau proses. Sistem pengawas ini boleh menyelaku pemproses utama, memastikan kesinambungan antara tugas-tugas, mengawasi ralat, dan menjaga perakaunan sistem. 2. Sistem penyeliaan atau pemerhatian sesuatu pengendalian atau pelaksanaan untuk memastikan pengendalian atau pelaksaan itu betul dan mengikut peraturan atau tentuan yang ditetapkan. | Kamus Komputer |
revolusi /révolusi/ | perubahan (terutamanya dlm sistem pemerintahan atau dlm sistem sosial) yg dilakukan dgn kekerasan. merevolusikan mengubah sistem pemerintahan negara atau sistem sosial dgn kekerasan. | Kamus Pelajar |
sistem pertelagahan(contention system) | Sistem pengendalian sistem bas yang membenarkan dua peranti data atau lebih berebut untuk menghantar data pada masa yang sama melalui saluran sepunya. | Kamus Komputer |
jalanan selari(parallel run) | 1. Pemeriksaan dan pengujian sistem yang baru dibina dengan menjalankan sistem baru dan sistem lama secara serentak sebagai langkah terakhir menyahpepijatkan sistem baru. 2. Pelaksanaan dua sistem secara serentak. | Kamus Komputer |