Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sis.te.ma.tik] | سيستماتيک

Definisi : 1. berasaskan atau menurut sistem: ekonomi ialah satu cabang ilmu penge­tahuan yg ~; 2. pengetahuan mengenai se­suatu sistem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sis.te.ma.tik] | سيستماتيک

Definisi : menurut (mempunyai) sis­tem; bersistem: kaedah yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sistematik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAINS POLITIK

Sains politik ialah kajian sistematik tentang

kehidupan politik. Ahli sains politik mencari

jawapan kepada soalan seperti “Atas dasar apakah

yang mewajarkan tindakan kerajaan?” dan “Untuk

kepentingan siapakah kerajaan bertindak?” Mereka

mengkaji pelbagai bentuk kerajaan dan juga parti

politik, kumpulan yang mempengaruhi kerajaan,

pilihan raya, hubungan antarabangsa, dan

perkhidmatan awam. Kesemua ini adalah aktiviti

individu dan kumpulan yang melibatkan hubungan

asas manusia. Sains politik adalah berhubung

dengan nilai asas, seperti kesamaan, kebebasan,

keadilan, dan kuasa.

UMUM 
SIMPAN KIRA

Simpan kira ialah proses sistematik untuk

menganalisis, merekod, dan meringkaskan urus

niaga ekonomi bagi perniagaan atau organisasi

lain selama tempoh yang tertentu. Organisasi

dan individu menggunakan simpan kira kerana ia

memberi maklumat yang teratur dan tepat

tentang urus niaga kewangan. Ia memberi

gambaran tentang kedudukan kewangan, dan

merekod perubahan keuntungan atau kerugian

yang berlaku.

UMUM 
MANU

Manu menurut mitologi Hindu, ialah orang yang

memberi panduan yang sistematik terhadap

hukum agama dan sosial Hinduisme.

UMUM 
RAY, JOHN

Ray, John (1627–1705), ahli alamiah Inggeris,

yang dianggap sebagai pengasas zoologi

sistematik.

UMUM 
MOSELEY, HENRY GWYN-JEFFREYS

Moseley, Henry Gwyn-Jeffreys (1887–1915),

ahli fizik yang terkenal dengan kajiannya tentang

sinar-x. Pada sekitar tahun 1913, dia menemui

hubungan yang sistematik antara spektrum sinar-x

dan nombor atom bagi unsur yang memancarkan

sinar-x tersebut. Penemuan ini membolehkan ahli

sains menentukan nombor atom bagi elemen

yang tidak diketahui dan menyusun unsur

tersebut di tempat yang betul di dalam jadual

berkala (lihat Unsur kimia).

UMUM 
SEKOLAH GAYA POS

Sekolah gaya pos ialah institusi pendidikan

yang mengajar melalui surat-menyurat antara

guru dengan pelajar. Sekolah gaya pos ditujukan

kepada mereka yang berhasrat untuk mempelajari

sesuatu subjek secara sistematik, umumnya untuk

tujuan mendapatkan kelayakan profesional atau

teknikal. Mereka mungkin tidak berupaya datang

sendiri ke kelas disebabkan mereka cacat, atau

kerana mereka tinggal terlalu jauh, atau kerana

mereka bekerja pada waktu siang. Dengan

mengambil kursus gaya pos, pelajar boleh

membuat kerja pada bila-bila masa dan di mana-

mana tempat. Namun demikian, sekolah gaya pos

mempunyai keburukan kerana perhubungan

peribadi tidak wujud antara guru dengan pelajar.

UMUM 
PERANG CROFTER

Perang Crofter ialah satu siri rusuhan petani di

Scotland dari tahun 1882 hingga tahun 1888.

Ramai penduduk di Tanah Tinggi Scotland yang

tinggal di situ pada tahun-tahun sebelumnya telah

diusir secara sistematik daripada kawasan tanah

tengah oleh tuan tanah yang mahu

memperkenalkan penternakan biri-biri ke

kawasan itu. Mereka yang diusir telah membuka

petempatan di bidang tanah yang dikenali sebagai

croft. Banyak tanah croft ini terletak di pulau dan

ada yang masih wujud hingga kini. Kemudian,

tuan tanah mengambil lebih banyak tanah ladang

untuk tujuan memburu rusa, dan menembak

burung dan menghalau penyewa lain dengan

mengenakan tunggakan sewa. Tindakan ini

ditentang oleh penyewa tersebut.

UMUM 
BRAHE, TYCHO

Brahe, Tycho (1546–1601) ialah ahli astronomi

Denmark. Brahe telah mereka satu pendekatan

sistematik bagi mencerap planet dan bintang.

UMUM 
SAINT-SIMON, COMTE DE

Saint-Simon, Comte de (1760–1825) ialah

pengasas sosialisme Perancis. Cita-citanya ialah

menjadikan kemanusiaan yang lebih baik. Dia

berhasrat melahirkan sebuah masyarakat baru

yang semua orang bekerja dan akan menerima

ganjaran setimpal dengan tenaganya. Tiada siapa

dibenarkan mewarisi kekayaan dan semua

individu akan memulakan kehidupannya atas

dasar sama rata. Saint-Simon mahu menyandarkan

teori sosialnya itu pada bukti saintifik, tetapi

kesimpulan yang dibuatnya tidak sistematik.

UMUM 
MENDELEEV, DMITRI IVANOVICH

Mendeleev, Dmitri Ivanovich (1834–1907)

ialah ahli kimia Rusia yang mencipta suatu bentuk

hukum berkala, iaitu prinsip asas dalam kimia.

Hukumnya menyatakan bahawa sifat-sifat unsur

kimia berulang mengikut pola yang tetap apabila

unsur-unsur itu tersusun mengikut berat atomnya.

Usaha Mendeleev, berserta usaha ahli kimia

Jerman, Julius Lothar Meyer, melahirkan jadual

berkala, iaitu susunan unsur secara sistematik (lihat

Unsur kimia [Jadual berkala unsur]).

UMUM 
12

Kembali ke atas