surface survey | survei permukaan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah meninjau permukaan tanah dengan cara berjalan kaki di kawasan yang telah ditentukan keluasannya. Terdapat dua cara asas yang dikenal pasti, iaitu tinjauan tidak sistematik dan tinjauan sistematik. Tinjauan tidak sistematik dilakukan dengan memerhatikan data arkeologi di permukaan tanah dan merekodkannya. Manakala tinjauan sistematik melibatkan sistem grid yang membahagikan kawasan kepada beberapa petak dan ditinjau secara sistematik bagi memudahkan perekodan jumpaan pada permukaan. Hasil tinjauan menjadi asas sama ada sesuatu tapak berpotensi atau tidak untuk dilakukan ekskavasi. |
systematic desensitisation | desensitisasi sistematik | Psikologi | Psikologi Umum | Prosedur untuk mengurangkan penyakit fobia terhadap sesuatu benda atau keadaan secara sistematik. Contohnya, individu yang fobia terhadap ular didedahkan kepada haiwan tersebut secara sistematik sehingga menyedari bahawa haiwan itu tidak berbahaya seperti yang dipercayainya. |
classed catalogue | katalog berkelas | Perpustakaan | Tiada | Katalog yang disusun mengikut perkara yang berdasarkan satu skim pengelasan yang sistematik. Sinonim: Katalog kelas, katalog perkara berkelas, katalog raisone, dan katalog sistematik. |
chemical systematics | sistematik kimia | Herba | Fitokimia | Bidang kajian yang dilakukan untuk menerangkan implikasi filogenetik terhadap kewujudan dan taburan metabolit sekunder. Contohnya, kajian ke atas tumbuhan Order Rutales mendapati sebatian jenis limonoid terdapat dalam famili Meliaceae dan Cneoraceae, manakala sebatian kuasinoid terhad kepada famili Simaroubaceae. Sinonim kemosistematik. |
phylogenetic systematics | sistematik filogenetik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | - |
systematic risk | risiko sistematik | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bahagian daripada risiko sekuriti yang berkait dengan pergerakan portfolio pasaran dan tidak boleh dihapuskan dengan pelbagaian. |
systematic teaching | pengajaran sistematik | Pendidikan | Tiada | Gaya pengajaran berstruktur dan tersusun yang dirancang untuk mencapai objektif pengajaran. |
systematic sampling | pensampelan sistematik | Pendidikan | Tiada | Prosedur pemilihan ciri sampel ditentukan selepas pemilihan elemen yang pertama disebabkan setiap elemen dalam senarai yang dipilih diasingkan daripada elemen yang pertama selang gandaan yang dikenal pasti. Contohnya setiap selang yang ke-10, 20 atau sebagainya. |
systematic risk | risiko sistematik | Ekonomi | Tiada | Tiada |
chemosystematics | kemosistematik | Herba | Fitokimia | Lihat sistematik kimia. |