Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.léh] | صالح

Definisi : (soléh) Ar taat dan patuh kpd perintah Allah: sbg seorang yg ~, baginda mem­punyai akhlak dan peribadi yg mulia; se­moga kita dikurniai anak-anak yg ~ dan solehah; kesolehan perihal soleh (ketaatan kpd agama, kesucian hidup). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.léh] | صالح

Definisi : (soléh) Pr lemah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.léh] | صالح

Definisi : taat atau sungguh-sungguh me­ng­amalkan ajaran agamanya; suci hidup­nya dr segi agama: anak yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
soleh
Bersinonim dengan taat, patuh, kuat beribadat, mutaki, muhsin, alim, abrar;,
Kata Terbitan : kesolehan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum nama saya suwaibah binti soleh belajar bahasa melayu dasar saya ingin bertanya tentang tata bahasa seperti fornologi terima kasiwasalmualaikum warahmatullah.Tidak ada maklumat tentang tatabahasa fonologi dalam pangkalan data kami. Sedikit maklumat yang dapat diberikan tatabahasa ialah bidang ilmu yang mempelajari kaedah-kaedah yang mengatur penggunaan bahasa. Ilmu ini merupakan sebahagian dari bidang ilmu yang mempelajari bahasa, iaitu linguistilk. Tatabahasa moden mencakupi bidang fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tentang lingusitik seperti Asas Linguistik dan Linguistik Moden.Tatabahasa10.09.2015
Salam sejahtera, Bagaimanakah suntingan yang setepatnya untuk ayat-ayat keagamaan berikut? Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beramal soleh). Apakah istilah yang sesuai untuk menggantikan 'Demi sesungguhnya'?Mengikut konteks agama, ayat yang berunsur sumpah didahulukan kata "demi" untuk penegasan.Lain-lain05.10.2020
Memohon Khidmat Nasihat Tanda BacaHadis Daripada Abu Hurairah RA, katanya, Rasullah SAW bersabda, "Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu; 1. sedekah jariah 2. ilmu yang dimanfaatkan, dan 3. anak soleh yang mendoakannya."Tatabahasa25.09.2014
‎Suzlina Adwiyah Mhn pencerahan DBP...jk dbp ingin mnerbitkn buku seseorg..apakah org itu perlu melakukan proses pengistiharan harta trlebih dahulu..jk ya..utk ape pgistiharan harta itu dlakukan..bgmn pula jk buku yg ingin dterbitkn itu..adlh buku insan yg sdh lma mninggl dunia..adakah insan yg sdh mninggl dunia msh mpunyai hrta..melainkan hrta yg dsedekahkn ke jln baik.dan hrta ank2 yg soleh..sy mhn pcerahan ....insan yg ketandusan ilmu..Puan Suzlina Adwiyah, Untuk makluman soalan puan adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Berkaitan soalan yang diajukan, puan boleh menghubungi Puan Zaiton binti Abu Samah (Ketua Bahagian Harta Intelek) melalui nombor telefon 03-21479434 atau e-mel zaiton@dbp.gov.my. Sekian, terima kasihLain-lain18.05.2017
Salam. saya ingin bertanya tentang "Ulama". Seseorang individu hendak menjadi atau digelarkan sebagai ulama, individu berkenaan perlu mempunyai pendidikan islam dalam degere, master atau PhD? Atau ia perlu menduduki peperiksaan khas atau mendapat kelulusan Board baru boleh digerkan sebagai ulama? Sekian Terima Kasih. SawMenurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) kata ulama bermaksud orang yang mahir atau yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang agama Islam. Sungguhpun begitu, bukan sebarang orang boleh digelar ulama. Gelaran ini diberikan kepada tokoh yang bukan sahaja mempunyai ilmu yang lebih tinggi dan mendalam mengatasi sarjana atau ilmuan di universiti sekarang, malah mencintai ilmu, beramal soleh dan berkeperibadian unggul. Contohnya Abu Abdullah Muhammad bin Idris al-Syafi’e atau yang sering disebut Imam Syafi’e. Beliau bukan sahaja arif dalam ilmu agama tetapi memiliki sifat amanah, zuhud, warak, takwa, dermawan dan baik tingkah lakunya.

Namun, terdapat juga penggunaan kata ulama dalam masyarakat Melayu di negara ini yang merujuk gelaran kepada seseorang yang pandai dalam agama dan politik.
Makna29.09.2023
Salam Tuan/Puan Bolehkah pihak DBP memberi komen kepada hasil nukilan saya seperti di bawah. Untuk pengetahuan pihak DBP saya tidak berapa pasti apakah hasil nukilan saya ini puisi atau sebaliknya. Saya juga ingin mendapatkan komen daripada pihak DBP sama ada hasil nukilan ini layak untuk di siarkan di mana-mana majalah atau surat khabar. Terima kasih dengan komen yang akan diberikan. Anak-anakku kau umpama cahaya matahari Yang tidak pernah jemu menyinari bumi Begitu juga kalian menyinari kehidupan ayah dan umi Anak-anakku Kecerian terpancar di wajah dan senyum di bibir kalian Sungguh mendamaikan dan menyejukkan umpama air sungai yang mengalir tenang Anak-anaku Kaulah harta yang paling bernilai di dunia ini Diri kalian tidak boleh di jual beli Jika hilang tidak akan muncul kembali Anak-anakku tanpamu kalian di sisi umpama langit yang gelap yang tidak berbintang penuh diselubungi awan hitam Anak-anakku Ayah dan ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian Agar menjadi anak-anak yang soleh dan taat Dengan perintah TuhanWaalaikumsalam puan, Bagi mendapatkan sebarang ulasan  entang hasil nukilan puan, sebaik-baiknya puan hantarkan puisi tersebut mengikut format puisi yang sebenar kepada e ditor Dewan Sastera di Bahagian Majalah DBP, atau fadhli@dbp.gov.my.  Setiap puisi yang dihantar perlu dinilai terlebih dahulu oleh editor bagi memastikan bahawa puisi tersebut menepati kriteria yang ditetapkan dan sesuai untuk diterbitkan.Terima kasih.Lain-lain30.11.2013

Kembali ke atas