Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.sio.é.ko.no.mi] | سوسيوايکونومي

Definisi : (sosioékonomi) berkaitan dgn, melibatkan unsur-unsur atau faktor-faktor ke­masyarakatan dan ekonomi: kajian-kajian ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.sio.é.ko.no.mi] | سوسيوايکونومي

Definisi : /sosioékonomi/ ber­kaitan dgn atau melibatkan faktor kemasyarakatan dan faktor ekonomi: kajian-kajian ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sosioekonomi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sosio-ekonomi atau sosioekonomisosioekonomiEjaan22.07.2013
apakah maksud sosioekonomi.dan apakah maksud liberalSosioekonomi bermaksud hal-hal berkaitan dengan unsur-unsur atau faktor-faktor kemasyarakatan dan ekonomi, dan liberal bermaksud condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik.Makna18.05.2009
Salam Tuan, Adakah sosioekonomi dieja sebagai satu perkataan atau dua perkataan? Nampaknya istilah baru menggunakan sengkang antara sosio dan ekonomi. Yang mana betul? T. kasihSosio ialah awalan asing yang mesti dieja rapat dengan perkataan yang dikaitkan dengannya seperti sosioekonomi dan sosiopolitik. Ejaan17.11.2011
yang mana satu betul? 1. asal usul / asal-usul 2. sosio-ekonomi / sosioekonomi / sosio ekonomi 3. temu ramah / temuramah : menemu ramah / menemuramah 4. temubual / temu bual 5. barangkali / barang kaliEjaan yang betul ialah:
1. asal usul 
2. sosioekonomi 
3. temu ramah, menemu ramah 
4. temu bual
5. barangkali
Ejaan04.08.2014
Assalam Tuan Sulaiman. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan penggunaan slogan organisasi yang betul mengikut garisan tatabahasa yang dibenarkan oleh pihak DBP. slogan tersebut seperti dibawah:- "MEMPERKASA SOSIOEKONOMI ISI RUMAH KELUARGA MISKIN" Sekian terima kasih diatas tindakan dan kerjasama daripada pihak tuan.Salam.

Untuk slogan tersebut, dicadangkan supaya digunakan: MEMPERKASAKAN SOSIOEKONOMI ISI RUMAH BERPENDAPATAN RENDAH.
Lain-lain06.11.2015
Ejaan yang betul bagi perkataan dibawah: sosioekomoni atau sosio ekonomi atau sosio-ekonomiEjaan yang betul ialah sosioekonomi.Ejaan06.11.2012
bagaimana mengeja, perlu jarak atau dekatkan 1)sosio ekonomi atau sosio-ekonomi 2) kemas kini atau kemaskiniEjaan yang betul ialah sosioekonomi.Ejaan21.05.2010
Perkataan sosio emosi, adakah ia ditulis satu perkataan (sosioemosi) ataupun dua perkataan (sosio emosi)?Sosio ialah awalan asing yang mesti dieja rapat dengan perkataan yang dikaitkan dengannya seperti sosioekonomi dan sosiopolitik. Ejaan yang betul ialah sosioemosi.Ejaan22.10.2013
1. Penomboran bab untuk tesis, apakah cara penulisan bab yang betu..BAB I ATAU DI EJA..BAB SATU.. 2. Ejaan sosio ekonomi yang betul?

1. Penomboran bab bergantung pada gaya penulisan sama ada ditulis huruf atau dieja, kedua-duanya diterima.

2. Ejaan yang betul ialah sosioekonomi.

Lain-lain01.10.2010
1. Ulang cetak atau ulang cetakan 2. halatuju atau hala tuju? 3. perkataan sisio di awal perkataan lain perlu digabung atau disempang atau diasingkan? Wassalam. Terima kasih.1. ulang cetak
2. hala tuju
3. Perkataan sisio tiada dalam data kami tetapi terdapat perkataan sosio. Sosio merupakan awalan  berkaitan dengan faktor sosial (kemasyarakatan), contohnya, sosioekonomi dan sosiopolitik yakni dieja satu perkataan.
Tatabahasa24.06.2013
12

Kembali ke atas