Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[staf] | ستف

Definisi : 1. kumpulan pekerja yg bekerja bersama-sama (di bawah ketua dll yg sama), kakitangan; 2. kumpulan pegawai kanan tentera yg memimpin (mengatur dll) tentera: S~ Angkatan Darat; ~ sarjan pegawai tentera yg pangkatnya setingkat di atas sarjan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[staf] | ستف

Definisi : 1 kumpulan orang yg bekerja di tempat yg sama (di bawah ketua yg sama); kakitangan. 2 pegawai kanan yg memimpin atau yg mengatur tentera: ~ Angkatan Darat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
staf
Rujuk :kerja, pekerja,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya agak keliru berkenaan penggunaan perkataan staf atau kakitangan. Adakah lebih elok menggunakan perkataan kakitangan berbanding staf? Contohnya staf sokongan vs kakitangan sokongan. Kerana dari laman web dbp sendiri masih menggunakan istilah staf atau staf sokongan berbanding istilah kakitangan dan kakitangan sokongan. Mohon diberi penjelasan.Kamus Dewan menakrifkan staf ialah kumpulan orang yang bekerja di tempat yang sama (di bawah ketua yang sama) atau kakitangan; manakala kakitangan pula ialah pekerja atau pembantu di sesebuah pejabat dan sebagainya. Berdasarkan makna yang tersebut perkataan staf melibatkan pelbagai  jawatan dalam kumpulan kerja yang sama. Kakitangan pula dikaitkan dengan jawatan yang lebih rendah atau pembantu di sesebuah pejabat. Walau bagaimanapun takrif ini tidak selamanya tepat kerana sering kita mendengar ungkapan kakitangan kerajaan (pelbagai jenis jawatan wujud di dalamnya). Oleh itu, penggunaan kata staf dan kakitangan ini boleh digunakan mengikut konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa28.03.2011
yang mana satu ayat yang betul"majlis perpisahan bagi tiga orang staf" atau "majlis perpisahan untuk tiga orang staf"yang mana satu ayat yang betul"majlis perpisahan bagi tiga orang staf" atau "majlis perpisahan untuk tiga orang staf
Ayat yang betul ialah "Majlis perpisahan untuk tiga orang staf". Kata sendi nama untuk dan bagi sama penggunaannya dan fungsinya untuk menunjukkan kegunaan untuk semua, seperti dalam ayat; "Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sahaja".  Walau bagaimanapun untuk menyatakan maksud bahagian yang dikhususkan kata sendi nama "untuk" sahaja digunakan, seperti contoh ayat; Hadiah itu untukmu. Dalam penggunaan yang demikian, "untuk" tidak boleh bertukar ganti dengan "bagi". Contoh: Hadiah itu untukmu (bukan: Hadiah itu bagimu), ayah membeli kereta untuk ibu (bukan: ayah membeli kereta bagi ibu).
Tatabahasa23.01.2014
Pegawai dan staf saya sering keliru tentang penggunaan "dari" dan "daripada" serta "ialah" dan "adalah". Bagaimanakah saya, yang tidak terlatih dalam bidang bahasa boleh menjelaskan dan memberi panduan kepada mereka tentang penggunaan istilah-istilah yang dinyatakan di atas? Terima kasih.Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Kata sendi nama "daripada" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca atau asal kejadian sesuatu benda dan juga perbezaan atau perbandingan. Contoh: 1. Saya datang dari kampung. 2. Lori itu datang dari arah kiri. 3. Perkara itu telah diketahui dari waktu subuh lagi.

Kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh: 1. Bapa saya ialah seorang guru. 2. Kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar. 3. Makanan itu adalah baik untuk kesihatan.
Tatabahasa07.06.2012
Mohon bertanya. Adakah perkataan Staf sesuai digunakan bagi merujuk semua individu dalam sesebuah organisasi? Apakah perbezaan perkataan sungguhpun dan walaupun dari konteks penggunaan. Terima kasih.1. Perkataan staf boleh digunakan bagi merujuk:

a.  Kumpulan orang yang bekerja di tempat yang sama (di bawah ketua yang sama); kakitangan. 
b.  Pegawai kanan yang memimpin atau yang mengatur tentera.

Berdasarkan dua maksud tersebut, perkataan staf boleh digunakan untuk merujuk individu dalam sesebuah organisasi.

2. Sungguhpun dan walaupun mempunyai makna yang sinonim dan itu bermaksud boleh digunakan kedua-duanya.
Lain-lain03.07.2015
Minta kepastian sama ada Semua data yang dikutip akan diproses / Data yang dikutip akan diproses. Staf sekolah itu diwajibkan hadir ketika perhimpunan/semua staf sekolah itu diwajibkan hadir ketika perhimpunan Yang mana betul ? Terima kasih. Ng Chee HuayKata bilangan "semua" perlu hadir dalam ayat tersebut. 

1. Semua data yang dikutip akan diproses.
2. Semua staf sekolah itu diwajibkan hadir ketika perhimpunan.
Tatabahasa11.07.2013
Mana yang lebih tepat" Buat masa kini Jabatan kami hanya mempunyai 3 orang staf tetap sahaja...... atau Pada masa ini, jabatan kami hanya mempunyai 3 orang staf tetap sahaja. (Penggunaan Buat atau Pada).Frasa "buat masa ini" atau "pada masa ini", kedua-duanya betul.Tatabahasa21.06.2012
Assalamualaikum. Saya selaku pengguna bukan staf DBP telah mendaftar dalam e-Perkhidmatan DBP "Gerbang Kata". Seperti yang telah sedia maklum, untuk log masuk akaun, perlunya kepada "Nama Pengenalan", yang mana ia suatu yang tidak didapati oleh saya melainkan saya perlu menghubungi pihak Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk bantuan. Mohon pihak tuan dapat menyediakan kebenaran pada pihak saya untuk saya menjadi sebagai pengguna rasmi bagi e-Perkhidmatan DBP "Gerbang Kata". Rujukan Kad Pengenalan saya : 890328-11-5459. Rujukan E-mel saya : muhibb1409@gmail.com Sekian, terima kasih. Dan Allah itu lebih mengetahui.Aduan dan permohonan tuan telah kami kemukakan kepada pengendali domain "Gerbang Kata", Bahagian Sistem Maklumat DBP. Semoga perkara ini diambil tindakan segera dan tuan mendapat kemudahan untuk akses ke domain yang tersebut.Lain-lain23.05.2015
Penggunaan perkataan untuk menggambarkan 'kakitangan', 'staf' atau 'personel' kerajaan pada tahun 1970. Perkataan manakah yang lebih sesuai atau ada perkataan lain yang bersesuaian? Bagaimanakah cara ejaannya pada waktu itu? Terima kasih.Perkataan yang sesuai digunakan pada masa tersebut ialah kakitangan.Ejaan07.08.2013
Saya perkenalkan diri saya sebagai staf ITU-UUM. Di sini saya ingin bertanya mengenai proses penterjemahan buku. Kini, kami di ITU-UUM sedang menjalankan projek komuniti dan semestinya untuk pembangunan masyarakat adalah berpandukan kepada kajian ilmiah. Untuk itu, beberapa buah buku yang diperolehi kami telah ditulis dalam Bahasa Indonesia. Jadi, pihak kami berhasrat untuk menterjemahkannya ke dalam Bahasa Malaysia supaya ia mudah dibaca, difahami dan dianalisa untuk kebaikan masyarakat. Untuk proses penterjemahan inilah, kami memerlukan bantuan daripada pihak tuan agar ia dapat direalisasikan dengan jayanya. Kami berhasrat menjemput pihak tuan menyertai dalam proses penterjemahan ini dan sebelum segalanya bermula, kami ingin dapatkan keperluan awal yang terlibat seperti kos untuk penterjmahan sebuah buku dan terma lain yang berkaitan. Kerjasama daripada pihak tuan sangat diharga

Harap maaf, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menawarkan perkhidmatan perterjemahan secara percuma ataupun berbayar. Untuk khidmat penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381.

Lain-lain10.05.2009
Bolehkah saya gunakan Majlis "Penandatanganan" MOU sebab staf dan ketua jabatan saya berkeras ingin menggunakan Majlis "Menandatangani" MOU.Yang betulnya ialah Majlis Penandatangan MOU. Bagaimanapun, yang biasa digunakan oleh masyarakat ialah 'Majlis Menandatangani MOU'.Tatabahasa07.09.2008
1234

Kembali ke atas