Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sté.sén] | ستيسين

Definisi : (stésén) 1. bangunan perhentian kereta api atau bas: apabila turun di ~ Singapura, aku menaiki teksi pula; 2. tempat (bangunan dsb) yg mempunyai peralatan khas utk memberikan sesuatu perkhidmatan atau menjalankan aktiviti tertentu: ~ radio; ~ hidroelektrik; ~ jana kuasa; 3. saluran gelombang radio. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sté.sén] | ستيسين

Definisi : /stésén/ 1 tempat khas bagi kenderaan penumpang (spt kereta api, bas, teksi) berhenti; perhentian (kereta api dll): Sesampai di ~ kereta api Kuala Lumpur, aku lihat ibuku sudah ada menunggu. 2 bangunan atau binaan tempat memancarkan siaran radio atau tempat membekalkan tenaga elektrik dll: ~ radio; ~ elektrik. ~ kerja ist komputer yg berkuasa tinggi yg boleh dihubungkan dgn komputer atau peralatan lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stesen