Sekolah ialah institusi yang menyediakan
pendidikan. Kebanyakan sekolah boleh dijelaskan
sebagai bangunan yang sering dikunjungi oleh
kanak-kanak dan remaja untuk belajar membaca,
menulis, matematik, sains, pengajian sosial, dan
sebagainya. Walau bagaimanapun, ciri sesetengah
sekolah berlainan daripada sekolah biasa.
Contohnya, ramai kanak-kanak Australia yang
tinggal di ladang biri-biri yang jauh dari bandar,
mendapat pendidikan harian di rumah melalui
radio dan televisyen. Guru mereka berada di
studio yang menyiarkan maklumat dari jarak jauh.
Murid-murid berbual dengan guru melalui sistem
radio dua hala. Sekolah udara ini bukanlah
bangunan yang dikunjungi oleh pelajar untuk
mendapatkan pelajaran, tetapi masih dianggap
sebagai sekolah. Di pusat jagaan kanak-kanak atau
tadika , anak kecil yang dianggap murid tidak akan
belajar membaca, menulis, dan mengira.
Bagaimana pula dengan universiti yang menerima
pelajar dewasa? Bolehkah ia dianggap sekolah?