Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sua.ka] | سواک

Definisi : sl tempat berlindung atau menumpang (hidup); ~ politik (Udg) perlindungan drpd tekanan politik atau kezaliman yg diberikan oleh sesebuah negara kpd rakyat asing yg lari dr negaranya; bersuaka berlindung (menumpang) hidup pd: jika demikian, baik aku ~ pd Bendahara Seri Buana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sua.ka] | سواک

Definisi : tempat berlindung atau tempat menumpang hidup. ~ politik hak utk tinggal atau berlindung di sesebuah negara asing, yg diberikan kpd se­seorang yg terpaksa melarikan diri dr negaranya sendiri kerana sebab-sebab politik. bersuaka memohon menumpang hidup atau berlindung pd: Sbg orang ~ dan sudah mendapat perlindungan drpd Raja itu, beliau akan memihak kpd Raja tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suaka


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
asylumsuakaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerlindungan yang diberikan kepada pelarian politik oleh sesebuah negara atau kedutaan sesebuah negara yang mempunyai kekebalan daripada bidang kuasa negara tuan rumah. Pelarian politik itu akan dilindungi daripada ditangkap atau diekstradisi oleh negara yang ingin menguatkuasakan bidang kuasanya. Suaka bukanlah hak yang mesti diberikan kepada pemohon suaka. Ia adalah hak negara pemberi suaka yang biasanya menggunakan hak tersebut bagi melindungi individu yang menghadapi tuduhan jenayah yang berbau politik. Suaka politik merangkumi suaka diplomatik (yang dipohon di bangunan kedutaan) dan suaka wilayah (yang dipohon di sempadan).
asylumsuakaSejarahTiada1. Suaka: Tempat perlindungan biasanya bagi orang-orang buangan atau tahanan politik.
diplomatic asylumsuaka diplomatikUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerlindungan yang diberikan oleh suatu kedutaan atau pejabat perwakilan kepada seseorang yang meminta perlindungan di wilayah perwakilan diplomatik negara asing. Antara sebab utama seseorang itu mendapatkan suaka diplomatik ialah kebimbangan bahawa dia akan dianiaya oleh pemerintah di negara sendiri disebabkan keturunan, agama, kerakyatan, keahliannya dalam kumpulan atau pendapat politiknya. Dalam Perkara 14 Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948, terdapat pernyataan yang menyatakan secara ringkas bahawa setiap orang berhak mendapatkan dan menikmati suaka di negara lain.
asylum (politic)suaka politikSains PolitikHubungan AntarabangsaPeraturan dalam sistem hubungan antarabangsa yang membenarkan sesebuah negara memberikan perlindungan kepada warganegara asing yang melarikan diri atas alasan politik. Hak perlindungan ini tertakluk kepada budi bicara negara pemberi perlindungan. Pengisytiharan hak asasi manusia oleh PBB juga memperakukan hak suaka politik kepada semua pelarian politik. Contohnya, Mesir memberikan suaka politik kepada pejuang kemerdekaan Morocco dan Algeria semasa penjajahan Perancis.
asylumsuakaPerpustakaanTiadaTiada
asylumsuakaUndang-undangTiadaTiada
political asylumsuaka politikSains PolitikTiadaTiada
political asylumsuaka politikUndang-undangTiadaTiada
extraterritorial asylumsuaka luar wilayahUndang-undangTiadaTiada
political asylumsuaka politikSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
12

Kembali ke atas