PICKFORD, MARY | y (1893–1979) ialah bintang bagi filem-filem bisu. Pickford terkenal sebagai ‘Buah hati Amerika’ kerana kepopularannya. Dia terkenal sebagai watak heroin muda yang berani dan suci. Pickford muncul pertama kali di layar perak pada tahun 1909 dan muncul dalam 194 buah filem. Antara filemnya yang paling popular ialah The Poor Little Rich Girl (1917) dan Rebecca of Sunnybrook Farm (1917). Dia memenangi anugerah pelakon wanita terbaik Academy Award tahun 1928–1929 melalui lakonannya dalam Coquette . Dia juga menerima Anugerah Khas Academy Award pada tahun 1976 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan seumur hidupnya dalam dunia filem. | UMUM | |
MAKKAH AL-MUKARRAMAH | Makkah al-Mukarramah ialah bandar yang paling terkenal di dunia Islam. Seluruh hati para Muslimin di segenap ceruk penjuru dunia tertumpu padanya. Di sanalah terletak tempat suci Islam seperti Masjidilharam, Kaabah, Mina, Muzdalifah dan Arafah. | UMUM | |
SA‘D IBN MU‘AZ | Sa‘d ibn Mu‘az ( ? –5 H / ? –626 M), antara sahabat Ansar yang mula-mula memeluk Islam di Madinah. Nama penuhnya Sa‘d ibn Mu’az al-Nu‘man. Dia telah diislamkan oleh Mus‘ab ibn ‘Umayr r.a. Keimanan terdetik dalam hati Sa‘d ibn Mu‘az untuk beriman setelah dia mendengar ayat suci al-Qur’an. Lantas dia menemui kaumnya dan berkata kepada mereka: “Percakapan lelaki dan perempuan kamu denganku adalah haram sehingga mereka beriman dengan Allah dan rasul-Nya”. Sesiapa yang mendengar dakwahnya akan memeluk Islam walaupun dalam masa yang singkat, iaitu dalam sumpah satu malam. | UMUM | |