ijarah cain | sewaan barang | Perniagaan Islam | Tiada | Akad ijarah yang melibatkan barangan sahaja. Urus niaga ini dianggap sudah berlaku apabila pemberi sewa menyerahkan barang sewaan kepada penyewa sehingga membolehkan penyewa menggunakan barang sewaan itu dengan kehendaknya sendiri. Contohnya, menyewa kereta, tanah atau pakaian bagi tempoh tertentu. |
ignition slide | geluncur nyalaan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Injap turbin gas yang dibuka untuk memulakan pencucuhan cas, iaitu campuran udara dengan bahan api. Injap ini ditutup sebaik sahaja pembakaran sudah berlaku. Geluncur nyalaan juga dikenali sebagai injap pencucuhan. |
d�j� vu | deja vu | Psikologi | Psikologi Umum | Perasaan yang dialami oleh seseorang seolah-olah sudah pernah berlaku sebelum ini. Deja vu ialah sejenis ilusi pengecaman atau paramnesia. Pengalaman ini dikatakan berlaku kerana wujudnya tanda saran yang pernah dialami tetapi tidak mencapai nilai ambangnya. Contohnya, apabila berada di tempat tertentu, sesuatu yang dilihat oleh individu itu kadangkala terasa seperti pernah dilihat sebelumnya. |
after flow | aliran lanjur | Fizik | Mekanik | Aliran cecair yang masih tetap wujud kerana pengaruh kelikatan, walaupun tindakan daya dari luar sudah tiada lagi. Aliran berlaku kerana pengenyalan cecair kepada keadaan asal, iaitu sebagai kesan daripada lesapan tenaga mekanik oleh kelikatan. |
recombination time | masa gabung semula | Matematik | Tiada | Tempoh waktu dalam sejarah alam semesta yang menurut teori dentuman besar, bahawa selepas dentuman itu berlaku, suhu keadaan sekeliling sudah menjadi cukup rendah untuk membolehkan atom terbentuk dari nukleus dan elektron bebas. |
filial crisis | krisis filial | Gerontologi | Tiada | Ketidakstabilan atau ketidaktenteraman emosi anak dewasa kerana tidak dapat menerima perubahan yang berlaku pada ibu bapa yang sudah tua, dan tanggungjawabnya untuk menguruskan mereka. |
blotchy ripening | kemasakan sopak | Pertanian | Agronomi | Berkaitan dengan keadaan buah yang masak tidak secara menyeluruh. Contohnya, buah tomato yang sebahagian buah sudah sempurna masak tetapi terdapat bahagian lain yang masih tidak masak. Keadaan ini berlaku akibat gangguan fisiologi yang disebabkan oleh cuaca mendung, kelembapan, kelebihan nitrogen dan kekurangan kalium. |
paradigm shift | anjakan paradigma | Pengurusan | Perancangan | Peralihan pemikiran seseorang atau organisasi secara menyeluruh kepada suatu keadaan atau pendirian baharu dan biasanya yang lebih baik. Anjakan paradigma boleh berlaku dengan pengaruh faktor latar belakang pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kesedaran seseorang. Anjakan paradigma juga boleh berlaku disebabkan oleh pengaruh faktor luaran seperti perubahan situasi atau desakan pihak tertentu. Punca sesuatu anjakan paradigma berlaku adalah disebabkan oleh situasi yang sudah tidak relevan dan statik yang memerlukan perubahan ketara. Contoh anjakan paradigma ialah penekanan kepada perubahan cara kerja berasaskan teknologi maklumat, disebabkan oleh penggunaan kaedah manual yang tidak lagi relevan. |
scribal error | kesilapan penyurat | Kesusasteraan | Tiada | Kesalahan yang berlaku semasa atau dalam proses penyalinan manuskrip. Kesalahan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti yang berikut: (i) Penyalin berasa dia lebih tahu daripada pengarang. (ii) Kesalahan sebutan bunyi yang boleh menyebabkan kesalahan ejaan dan kesalahan makna. (iii) Lipografi (omission), iaitu tertinggal huruf dalam sesuatu perkataan atau tertinggal sesuatu perkataan dalam ayat sehingga membawa makna yang berbeza. (iv) Ungkapan yang sukar kerana kekunoannya atau kerana sudah tidak lazim digunakan. (v) Haplografi, iaitu menulis satu kali perkataan yang sepatutnya ditulis dua kali. (vi) Tidak mahir dalam sesuatu bahasa asing sehingga tersalah salin atau terubah perkataannya. (vii) Terkeliru dengan gurisan, calaran atau bintik habuk di atas helaian manuskrip sehingga menganggap gurisan atau calaran itu sebahagian daripada huruf. (viii) Perkataan yang hampir sama bentuknya sehingga boleh mengelirukan. (ix) Hilang tumpuan kerana keletihan akibat terlalu lama menyalin tanpa rehat. Kesil |
replanting effect | kesan penanaman semula | Biologi | Patologi | Kesan negatif (misalnya pertumbuhan yang kurang memusakan, banyak serangan penyakit dan hasil yang menurun) pada tanaman yang ditanam semula di tempat yang sama. Hal ini biasanya berlaku pada tanaman saka, kerana sumber inokulum daripada tanaman yang lalu sudah berkumpul pada tahap yang tinggi. |