Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Mudik ke hulu menyusur duri,
     Orang mengetam musim bah;
Duduk kita fikirkan diri,
     Kasih sayang sudah berubah.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sudah berkata satu.

Bermaksud :

Tidak berubah daripada yang telah diucapkan.

 

Lihat selanjutnya...(4)

298

The leopard cannot change its spots

Sifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah.

Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan

I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard cannot change its spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose!

Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah yang digunakan untuk perkataan seperti "khalwat" yang asalnya mempunyai satu makna (iaitu "menyendiri") tetapi kini sudah berubah maknanya? Adakah contoh perkataan-perkataan lain dalam kategori ini selain daripada "khalwat".Peluasan makna bagi sesuatu perkataan boleh berlaku pada bila-bila masa kerana bahasa itu sentiasa berkembang dan kamus akan merakam peluasan makna yg ada bagi perkataan tertentu apabila ada terbitan terbaru. Contoh-contoh lain boleh dilihat melalui perbandingan kamus yang terbaru dan sebelumnya.Makna11.08.2007
Saya dapati sekarang ramai orang awam menggunakan dengan meluasnya perkataan yang dieja berlainan apa yang saya fahami selama ini seperti kebaikkan, kecantikkan dan sebagainya. Adakah konsep penggunaan perkataan "kan" sudah berubah ?Ejaan yang betul ialah kebaikan dan kecantikan, apitan ke-...-an bertemu dengan kata dasar baik/cantik dan menerbitkan kata berkenaan. Tidak ada apitan ke-...-kan untuk menerbitkan kata kebaikkan dan kecantikan.Tatabahasa05.02.2017
Saya sedia maklum bahawa "siapa, apa, mana, bila, kenapa" tidak boleh digunakan dalam ayat penyata. Namun, bolehkah dia diguna dalam konteks di bawah? 1. Saya pun tak tahu, entah kenapa saya datang. 2. Saya akan buat apa saja untuk berjaya. / Saya akan buat apa-apa saja untuk berjaya. 3. Dia boleh buat apa pun./ Dia boleh buat apa-apa pun. 4. Apa daya, nasi sudah menjadi bubur. -liyana
Binaan ayat bergantung pada konteks situasi atau penggunaannya. Jika dalam situasi percakapan, misalnya dalam cerpen atau novel, contoh pertama sudah memadai. Namun begitu, dalam konteks bahasa yang baku atau persis, yang terbaik tentulah penggunaan kata mengikut fungsinya. 

1. Saya pun tak tahu,  "sebab/tujuan" saya datang. Betul

2. Saya akan buat "apa-apa" saja untuk berjaya. Betul

Apabila digandakan, fungsi "apa" sebagai kata tanya  sudah berubah fungsi menjadi rujukan tidak tentu atau penegasan.

3. Dia boleh buat "apa-apa" pun. Betul

Sama seperti ayat 2.

4. "Apatah/Apalah" daya, nasi sudah menjadi bubur. Betul

Dicadangkan untuk memilih bentuk kata mengikut fungsi asal kata berkenaan, melainkan jika digunakan dalam laras kreatif atau konteks lisan.
Tatabahasa25.03.2021
1. pembangunan mapan atau pembangunan mampan ? 2. penulis mapan atau penulis mampan ? 3. ekonomi mapan atau ekonomi mampan ?Perkataan mapan bermaksud tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum atau mantap. Mampan bermaksud mampu terus berkembang dan mencapai tahap prestasi yang baik (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya). Oleh itu: 1. pembangunan mampan, 2. penulis mapan, 3. ekonomi mampan.Makna05.09.2010
1. Mohon maklum balas DBP bagi ayat yang betul sama ada a. Melestarikan Pembangunan Mapan atau b. Melestarikan Pembangunan Mampan 2. Apakah maksud ayat tersebut? Terima kasih.

Perkataan mapan bermaksud tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum atau mantap. Mampan bermaksud mampu terus berkembang dan mencapai tahap prestasi yang baik (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya).

Manakala maksud melestarikan ialah: 
membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal spt sediakala (bkn hutan rimba dsb).

Oleh itu ayat yang lebih tepat ialah ayat 2., iaitu Melestarikan Pembangunan Mampan. Ayat ini bermaksud "mengekalkan pembangunan yang boleh berkembangan dan mencapai prestasi yang baik.
Lain-lain20.10.2014
Seperti yang sudah diketahui, perkataan "bagitahu" adalah bahasa pasar. Walau bagaimanapun, saya ingin kepastian sama ada perkataan tersebut harus dicantumkan atau dipisahkan? Adakah maknanya akan berubah jika ianya dipisahkan? Terima kasih!Cara penulisan yang betul ialah "bagi tahu" kerana perkataan "bagi" dan "tahu" tidak boleh digabungkan menjadi satu perkataan.Ejaan12.03.2020
maksud rangsum, lestari dan mapan atau mampan

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, rangsum ditakrifkan sebagai catuan (makanan dll), pelabur: biarlah kau makan ~ penjara. Kata lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap membawa maksud yang hampir sama dengan mampan, iaitu mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb) atau dalam bahasa Inggerisnya "sustainable . Sementara kata mapan bermaksud tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap, contohnya: mengikut tafsiran yg mula ~ di kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar drpd penulis yg sudah ~; hasil ciptaan pengarang yg sedia ~.

 

Tatabahasa26.11.2008
Salam sejahtera, bolehkah jika saya menggunakan istilah 'pasukan bomba'? Atau kini sudah ditambah menjadi 'pasukan bomba dan penyelamat' (memandangkan nama organisasi itu yang turut berubah? Itu sahaja. Terima kasih.Penggunaan nama khas mestilah tepat dan terkini apabila merujuk kepada institusi/organisasi yang tersebut. Dalam konteks ini nama Pasukan Bomba dan Penyelamat adalah yang lebih tepat digunakan.Lain-lain18.12.2013
1. Apakah beza makna perkataan ' mapan' dan ' mampan ', betulkah ayat : keselesaan mapan / mampan ?. 2. Perkataan ' kedapatan ' adakah sama penggunaannya dengan terdapat : Kedapatan juga mereka yang....... 3. Tanda seru : MAS ! lambang kehebatan negara Malaysia. Bolehkah menggunakan tanda tersebut spt contoh di atas ? T kasih.

1. Mapan bermaksud mantap, tidak berubah-ubah, sudah kukuh, stabil dan teguh, manakala mampan bermaksud mampu meneruskan kewujudan atau mampu menghadapi dugaan. Yang betul ialah keselesaan mapan, walau bagaimanapun ia bergantung pada konteks.

2. Kedapatan bermaksud dijumpai, didapati, atau diketahui. Contoh ayat yang diberikan lebih sesuai digunakan "Terdapat juga mereka yang ..."

3. Tanda seru digunakan dalam ayat seruan untuk memanggil atau menyeru sesuatu. Dalam konteks ayat yang diberikan ialah ayat penyata, oleh itu tidak perlu dibubuh tanda seru. Yang betul ialah MAS melambangkan kehebatan Negara Malaysia.

Makna09.07.2009
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, sangat cantik nian , sungguh besar betul dianggap betul. Adakah menurut tatabahasa baru, "begitu cantik sekali", "terlalu tinggi benar" pun dianggap betul? Kenapa bahagian kata penguat adjektif sentiasa berubah sejak edisi pertama hingga edisi ketiga? Hal ini memang mengelirukan golongan pelajar kerana sentiasa berubah."begitu cantik sekali" dan "terlalu tinggi benar" kedua-dua ungkapan tersebut betul, yang tidak digunakan ialah ter-, kata penguat sekali dan paling dalam satu ayat/serentak kerana kerana ketiga-tiga kata dan imbuhan tersebut sudah menunjukkan darjah penghabisan. Sebarang perubahan (jika ada) bertujuan untuk penambahbaikan.Tatabahasa22.02.2009
123

Kembali ke atas