Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ku] | سوکو

Definisi : 1. sl kaki; ~ lembu kaki lembu; 2. tiga bulan; 3. Kd, Pl seperempat ringgit (25 sen); 4. Id setengah rupiah; 5. = ~ emas sj wang emas yg digunakan juga sbg ukuran berat emas; 6. sebahagian drpd, bahagian; ~ kata satuan bunyi yg diucapkan sekali dlm sesuatu kata, bahagian kata; 7. satu drpd empat bahagian, seperempat (dlm matematik); 8. = suku-sakat; 9. Mn, NS golongan orang yg seke­turunan (drpd sebelah ibu), kaum keluarga yg seketurunan (drpd sebelah ibu): maka menyem­bahlah penghulu yg empat ~ serta lembaga yg dua belas ~; 10. = ~ bangsa golongan bangsa yg menjadi bahagian kpd bangsa yg besar: mereka ialah orang asli drpd Kacir dan ~ Shan; ~ Jawa; 11. Kl, Ph, Tr terpisah, berasingan; duduk ~ duduk berasingan (di rumah dll); ~ abad dua puluh lima tahun; ~ batu seper­empat batu yg bersamaan dgn 440 ela atau 402 meter; ~ jam lima belas minit; ~ kalimat bahagian drpd sesuatu kalimat; ~ tahun tiga bulan dlm setahun; ~ tak boleh dianjak, malu tak boleh diagih prb orang sesuku sehina semalu (hina seorang hina semuanya, malu seorang malu semua­nya); dekat mencari ~, jauh mencari hindu prb mencari pertalian keluarga, menyusur­galur; bersuku 1. sl berkaki; 2. mempunyai suku (bahagian-bahagiannya), berbahagian; 3. berkeluarga (berwaris), berkaum, masuk dlm salah satu suku; tidak ~ a) tidak termasuk dlm sesuatu suku; b) tidak tahu adat, biadab; bersuku-suku berkelompok (berkumpul dll) mengikut suku masing-masing, berke­lompok-kelompok, berpuak-puak: mereka hidup dgn ~ atau berpuak-puak; sukuan 1. (Mat) bahagian yg besarnya suku drpd bulatan; 2. menunjukkan atau meng­andungi unsur-unsur (ciri-ciri dsb) yg berkait­an dgn sesuatu suku bangsa, yg ada kaitan­nya atau hubungannya dgn sesuatu suku bangsa: bahasa ~; sastera ~; kesukuan perihal suku, bersifat suku: kadang­kala kita terbaca puji-pujian yg ditujukan khas kpd orang Bugis, sekali lagi menunjuk­kan sikap ~nya; persukuan perihal hidup bersuku-suku, berpuak-puak menurut suku, adat bersuku­suku: akan ditegakkan rumah utk isteri di atas tanah kepunyaan ~ sendiri; sepersukuan sama asal keturunannya, sama sukunya, seketurunan: yg seorang mengata­kan Leman adalah ~, yg lain mengatakan bertali darah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ku] | سوکو

Definisi : 1 sebahagian drpd sesuatu yg telah dibahagi empat; seperempat; : ~ jam 15 minit; ~ tahun tiga bulan. 2 golongan orang yg seketurunan dr sebelah ibu (dlm adat perpatih): Tiap-tiap satu ~ diketuai oleh seorang lembaga. 3 = ~ bangsa golongan bangsa sbg sebahagian drpd satu bangsa yg lebih besar: ~ Jawa; ~ Ambon. 4 (sastera lama) kaki: ~ lembu kaki lembu. ~ batu seperempat batu (440 ela). ~ kata satu­an bunyi yg menjadi unsur dlm sesuatu kata (spt ma dan kan pd perkataan makan atau ku dan ku pd perkataan kuku). ~-sakat golongan orang yg seketurunan; saudara-mara. bersuku 1 mempunyai suku; mempunyai baha­gian. 2 masuk dlm sesuatu suku (bkn adat perpatih). bersuku-suku ber­kelompok-kelompok mengikut suku masing-masing. sukuan baha­gian yg besarnya sesuku drpd satu bulatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suku
Rujuk :kaum

Peribahasa

Kalau bersahabat cari sama babat.

Bermaksud :

Pilihlah kawan daripada golongan sendiri. babat = pasang, suku, golongan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
amphibrachamfibrahKesusasteraanTiadaKaki matra yang terdiri dari 3 suku kata, suku kata pertama dan suku kata ketiga menurun manakala suku kata keduanya menaik.
bachiusbakiusKesusasteraanTiadaKaki yang mempunyai tiga suku kata, suku kata pertama tidak menaik, dua suku kata akhir menurun, tetapi ditegaskan daripada suku kata pertama yang dinaikkan dalam matrik.
amphimaceramfimaserKesusasteraanTiadaKaki matra yang terdiri dari tiga suku kata, suku kata pertama dan yang ketiga menaik, manakala yang kedua menurun.
choriambuskoriambusKesusasteraanTiadaKaki yang terdiri 4 suku kata, 2 suku kata yang menaik, mengapit 2 suku kata yang menurun.
choriambkoriambusKesusasteraanTiadaKaki yang terdiri 4 suku kata, 2 suku kata yang menaik, mengapit 2 suku kata yang menurun.
anapestanapesKesusasteraanTiadaKaki sajak yang terdiri daripada tiga suku kata atau dua suku kata tidak bertekanan, yang diikuti oleh suku kata bertekanan.
anapaestanapesKesusasteraanTiadaKaki sajak yang terdiri daripada tiga suku kata atau dua suku kata tidak bertekanan, yang diikuti oleh suku kata bertekanan.
garis suku bulatangaris suku bulatan (Sepak Takraw)SukanTiadaTiada
nonsense syllable;suku kata tidak bermaknaPsikologiPsikologi UmumSuku kata dalam bentuk pertuturan atau penulisan tetapi tidak memberi sebarang makna. Contohnya, �bok� atau �tul�. Dalam psikologi pembelajaran atau ujian ingatan, banyak suku kata tidak bermakna digunakan untuk menentukan keberkesanan rangsangan. Suku kata ini diperkenalkan oleh Ebbinghause dalam kajian eksperimennya tentang ingatan atau memori.
haikuhaikuKesusasteraanTiadaSejenis puisi lirik Jepun yang ditulis dalam tiga baris, terdiri daripada 17 suku kata, iaitu lima suku kata pada baris pertama dan ketiga, serta tujuh suku kata pada baris kedua. Haiku bermula pada abad ke-16 dan berkembang maju di bawah pengaruh Matsuo Basho, penyair haiku terkenal Jepun. Matsuo menghasilkan karyanya sewaktu beliau berkelana dan bermeditasi. Haiku menampilkan fenomena atau unsur alam yang konkrit. Unsur ini menyarankan pengalaman dan realiti noumena yang abstrak. Haiku yang berjaya ialah haiku yang dapat menampilkan unsur keabadian dan unsur kesementeraan secara serentak dan harmonis. Contohnya, �Haiku Katak� oleh Basho yang amat terkenal dan telah diterjemahkan oleh Amir hamzah adalah seperti yang berikut: Paya tua beradu cendera, Tersingkir, sunyi, katak terjun, plung. Karya haiku lazimnya membangkitkan suatu kesan yang sublim dengan kesan rasa seperti wabi (kedaifan), sabi (kesafian) dan aware (kesementaraan) dalam kehidupan. Dalam haiku di atas, penghayatan terhadap kolam tua (d
12345678910...

Kembali ke atas