Ayat :Pelajar itu membawa surat pengesahan sakit daripada Hospital Sultanah Bahiyah. Soalan : penggunaan kata sendi daripada dalam ayat tersebut betul atau salah. Jika betul, kenapa tidak dari kerana hospital merupakan tempat? | Ayat yang betul ialah pelajar itu membawa surat pengesahan sakit dari Hospital Sultanah Bahiyah. | Tatabahasa | 13.04.2010 |
Jika 'tuanku' digunakan sebagai kata ganti nama diri kedua untuk RAJA dan SULTAN, apakah kata ganti nama diri kedua yang sesuai digunakan oleh rakyat jelata atau bangsawan ketika berbicara dengan RANI/MAHARANI/RATU/SULTANAH/TENGKU AMPUAN/PERMAISURI atau siapa-siapa sahaja yang bertakhta dan berjantina perempuan? | Berdasarkan rujukan kami, kata nama ganti diri yang kedua boleh digunakan ialah tuanku yang merujuk kepada raja atau sultan dan isteri baginda. | Lain-lain | 30.01.2019 |
Selamat sejahtera. 1. Biasanya Bendahara atau Laksamana berkata dengan Sultan, kata ganti nama diri pertama ( patik ) dan KGND kedua ( tuanku ) digunakan. Soalan 1: Kalau sebaliknya, Sultan berkata dengan Bendahara atau Laksamana, apakah KGND pertama dan KGND kedua yang paling sesuai digunakan? Soalan 2: Kalau sultan/raja berkata dengan kerabat raja yang lain seperti Permaisuri/ Sultanah, Putera, dan Puteri, apakah KGND pertama dan KGND kedua yang paling sesuai digunakan? Terima kasih. | Salam Sejahtera. Penggunaan Kata Ganti Nama Diri (KGND) Pertama dan Kedua adalah seperti yang berikut: 1. Sultan berkata dengan Bendahara atau Laksamana: i. Beta (KGND Pertama) ii. Tuan Bendahara / Laksamana (KGND Kedua) 2. Sultan berkata dengan Permaisuri/Sultanah i. Kekanda (KGND Pertama) ii. Adinda (KGND Kedua) 1. Sultan berkata dengan Putera/Puteri i. Ayahanda (KGND Pertama) ii. Anakanda (KGND Kedua) Sekian. Terima kasih. | Tatabahasa | 18.06.2017 |