Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sung.guh.sung.guh] | سوڠݢوه٢

Definisi : tidak main-main, dgn segenap hati, dgn tekun: kelemahan inilah yg harus diketahui, yg harus dicari sungguh-sungguh jika ia mahu berjaya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sung.guh.sung.guh] | سوڠݢوه٢

Definisi : tidak main-main; dgn segenap hati; dgn tekun: Belajarlah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sungguh-sungguh

Puisi
 

Ogah-ogah di dalam bandul,
     Batang kelapa dalam padinya;
Sungguh-sungguh tiada padul,
     Manakan lupa dalam hatinya.


Lihat selanjutnya...(188)
Peribahasa

Sungguh kawat yang dibentuk,
     ikan ditebat yang diadang.

Bermaksud :

Tipu muslihat yang tersembunyi untuk mencari keuntungan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah terjemahan "are you serious?" ialah "awak sungguhkah?" ? Saya tidak mahu menggunakan kata pinjaman "serius".Cadangan terjemahan bagi "are you serious?" ialah "awak sungguh-sungguh?" atau "adakah awak sungguh-sungguh". 

Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini adalah bergantung pada kesesuaian dan  konteks penggunaan tuan.
Penyemakan dan penterjemahan14.04.2023
soalan. 1.Terima kasih banyak-banyak atas pertolongan awak. Adakah betul penggunaan kata banyak-banyak dalam ayat.Banyak-banyak bermaksud sungguh-sungguh atau amat sangat. Boleh digunakan dalam ayat tersebut tetapi ayat yang gramatis cukup sekadar merakamkan ucapan "terima kasih atas pertolongan anda".Tatabahasa03.01.2013
Salam Sejahtera; Saya ingin bertanya tentang penggunaan a) .....belajar dengan sungguh-sungguh b) .....belajar dengan bersungguh-sungguh c) .....belajar bersungguh-sungguh manakah yang betul? Terima kasih.

Andrew,

kedua-dua ayat ini - belajar dengan bersungguh-sungguh dan .....belajar bersungguh-sungguh  - boleh digunakan tetapi kita kena lihat penggunaannya dalam ayat yang penuh.

Tatabahasa26.03.2010
Zulkarami Ibn Hj Rameli SAB 8.57 PTG Salam admin..boleh saya tahu maksud "belit-belit otak"?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tiada perkataan "belit otak" yang ditemukan ialah "putar otak" memikirkan dgn sungguh-sungguh (atau dgn susah payah). dalam Khidmat Nasihat DBP terdapat perkataan belit-belit akal (daripada brain teaser ) yang membawa maksud masalah yang rumit ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ berputar balik (perkataannya).Makna13.06.2017
Saya ingin bertanya betul atau tidak penggunaan perkataan pura dalam ayat dibawah atau saya harus menggunakan perkataan pura-pura. 'Saling pura cinta '

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, "pura-pura" bermaksud "tidak sungguh-sungguh, main-main sahaja". Oleh itu cadangan jawapan yang betul ialah “pura-pura cinta”.

Makna11.06.2022
Alya sangat dipercayai oleh rakan-rakannya. betulkan ayat ini? sebab “sangat” mesti dikuti oleh kata adjektifAyat "Alya sangat dipercayai oleh rakan-rakannya",  betul. Kata "sangat" dalam contoh ayat ini berfungsi untuk mengatakan maksud sungguh-sungguh atau benar-benar.Tatabahasa05.08.2022
Salam sejahtera. Penggunaan "sangat" dalam ayat ini diterima atau tidak? 1. Udara di pantai sangat nyaman dan segar. terima kasihPenggunaan perkataan sangat diterima dalam ayat ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sangat bermaksud terlalu, terlampau, benar-benar, sungguh-sungguh.Lain-lain02.09.2018
Apakah perbezaan antara 'tersangat' dengan 'sangat'?Tersangat ialah terlalu sangat; teramat sangat: ~ pedihnya. Sangat pula ialah kata yang digunakan untuk me­nya­takan perbandingan yang tinggi; ter­lalu; terlampau: Harganya ~ tinggi. 2 makin menjadi (berkenaan penyakit); teruk; kuat: Penyakitnya bertambah ~. 3 dengan sungguh-sungguh benar; tidak main-main: Saya hendak ~ pergi ke sana.Makna22.07.2013
Selamat sejahtera, Saya menghadapi kesukaran utk menentukan perbezaan antara 'sungguh' dan 'sangat' dalam konteks ayat. Ada tak formula untuk menggunakannya?TQ

Sangat bermaksud 1. terlalu, terlampau 2. hebat, kuat, menjadi teruk 3. benar-benar(sungguh-sungguh, sememangnya Contoh: Bilangan murid yang mendapat sijil pertama sangatlah sedikit.

Sungguh bermaksud 1. tidak bohong,tidak lancung, benar,betul 2. amat, sangat, terlalu. Contoh: bising sungguh bunyi kedua-duanya bertengkar.    Penggunaan dalam ayat bergantung pada konteks. 

  

Tatabahasa30.01.2008
kenapa perkataan mengecamkan dipilih dan bukan mengecam sedangkan kedua-duanya sama maksud?Merujuk Kamus Dewan Edisi keempat, mengecam ialah kenal atau ingat kembali rupa dsb seseorang atau sesuatu yg telah dilihat atau didengar sebelumnya. Mengecamkan pula ialah memerhatikan (seseorang atau sesuatu) dgn sungguh-sungguh (supaya dapat mengenalinya atau ingat akannya kemudian), mengamat-amati (supaya tidak lupa kelak). Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat. harap maklum.Makna02.07.2008
12345678910...

Kembali ke atas