Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ri] | سوري

Definisi : sj sisir pd alat tenun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ri] | سوري

Definisi : ; mati ~ kelihatannya sahaja mati (sebenarnya tidak); air ~ Mn air nira yg belum jadi tuak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ri] | سوري

Definisi : raja perempuan, rani; ibu ~ ibunda raja; ~ rumah (tangga) isteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ri] | سوري

Definisi : raja perempuan; permaisuri: ibu ~ bonda kpd raja. ~ rumah tangga isteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suri

Peribahasa

Cuba-cuba menanam mumbang,
     jika tumbuhan sunting (= suri,
turus) negeri.

Bermaksud :

Kerjakan terus walaupun kurang berharga, barangkali ada juga hasilnya kelak.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SHER SHAH SURI

Sher Shah Suri (1486–1545), ialah pengembara

Afghan yang memerintah bahagian utara India

pada awal tahun 1500-an sebagai salah sebuah

daripada dinasti Suri. Dia telah hampir

menggulingkan Empayar Mughal (lihat Empayar

Mughal). Walau bagaimanapun, kesan daripada

ketegasan kerajaan semasa pemerintahannya,

empayar tersebut akhirnya menjadi kuat dan

bersatu.

UMUM 
SITI HASMAH MOHD. ALI

SITI HASMAH MOHD. ALI, Datin Seri (1926 -       ), doktor perubatan dan tokoh kebajikan.  Dia lahir pada 12 Julai 1926 di Kampung Jawa, Kelang, Selangor.  Bapanya, Haji Mohd. Ali bin Taib adalah pegawai kerajaan manakala ibunya Hajah Siti Khatijah binti Ahmad, seorang suri rumah tangga.  Siti Hasmah merupakan anak keenam dalam keluarga.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas