43


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ibu saya seorang suri rumah atau Ibu saya seorang suri rumah tangga ?Ibu saya seorang suri rumah atau Ibu saya seorang suri rumah tangga ?
Jawapan: Kedua-dua perkataan "suri rumah" dan "suri rumah tangga" adalah betul.
Tatabahasa26.08.2014
1) Istilah kata majmuk berpasangan 'suri rumah ( housewife ) bukankah tanpa tangga ? Mengapakah Kamus Dewan Edisi 4 masih mencatatkan 'suri rumah ( tangga )' Apakah penjelasan tentang tangga dalam kurungan ini ? 2) Istilah 'mertua' ( Bahasa Jawa ) yang salah juga tercatat dalam Kamus yang sama . Adakah kata ini diterima selain 'mentua'?

1. Fungsi (tangga) dalam perkataan suri rumah (tangga) seperti yang tercatat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan pilihan. Pengguna diberi pilihan untuk menggunakan suri rumah sahaja ataupun suri rumah tangga.  Kedua-duanya betul.

 2. Istilah mertua berasal dari Jakarta, tidak digunakan di Malaysia. Yang diterima pakai di negara kita ialah mentua.  

Istilah08.02.2010
Selamat sejahtera. Saya memohon jasa baik pihak tuan untuk memberi penerangan terhadap kesalahan tatatabahasa dalam ayat-ayat berikut: 1. Buku itu ada pada saya. atau 1. Buku itu ada dengan saya. 2. Ibu saya suri rumah tangga. Dia sayang akan saya. atau 2. Ibu saya suri rumah tangga. Beliau sayang akan saya. Sekian, terima kasih.Selamat sejahtera,

Ayat yang betul:

1. Buku itu ada pada saya - Kata sendi nama "pada"  digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu,
2. Ibu saya suri rumah tangga. Beliau sayang akan saya - Beliau merupakan ganti diri ketiga (untuk orang tua atau orang yangg dihormati)
Lain-lain13.09.2015
Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan Mr. Mama? Adakah suami suri rumah boleh diterima? Terima kasih :)Untuk makluman,Mr. Mama yang merujuk kepada suami yang menguruskan hal rumah tangga, tidak ada terjemahan dalam pangkalan data Dewan Bahasa dan Pustaka.Istilah14.09.2017
Saya ingin mencetak kad jemputan perkahwinan. Kebiasaan dalam kad akan ditulis si pulan bin si pulan & si pulan binti si pulan menjemput... Saya ada kemusykilan memandangkan ibu saya adalah seorang yang telah kematian suami. Apakah cara terbaik untuk menulis nama ibu dan arwah ayah (sebagai rujukan)? Saya bercadang menulis nama ibu (Balu kepada Allahyarham si pulan) tapi ada yang mencadangkan nama ibu (Isteri kepada Allahyarham si pulan). Mohon pencerahan dari pihak tuan.Saya ingin mencetak kad jemputan perkahwinan. Kebiasaan dalam kad akan ditulis si pulan bin si pulan & si pulan binti si pulan menjemput... Saya ada kemusykilan memandangkan ibu saya adalah seorang yang telah kematian suami. Apakah cara terbaik untuk menulis nama ibu dan arwah ayah (sebagai rujukan)? Saya bercadang menulis nama ibu (Balu kepada Allahyarham si pulan) tapi ada yang mencadangkan nama ibu (Isteri kepada Allahyarham si pulan). Mohon pencerahan dari pihak tuan.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, isteri ialah perempuan yang menjadi pasangan hidup kepada lelaki; teman hidup, suri rumah. Balu pula merujuk perempuan yang suaminya sudah meninggal. Dari segi penggunaan bahasa Melayu yang betul ialah nama ibu (Balu kepada Allahyarham si polan).
Tatabahasa20.11.2013

Kembali ke atas