Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak senang hati, sedih hati, dukacita: jangan ~, nanti ia akan kembali lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak senang hati; sedih; dukacita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susah (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,

2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat

3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,

Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan,

Puisi
 

Kucing kurus menghembus api,
     Sudah hembus padam menyala;
Kurus kering kerana susah hati,
     Kerana telinga tak mendengar kata.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Apa boleh buat,
     nasi sedap menjadi tawar.

Bermaksud :

Susah hati dapat mengubah perangai seseorang.

 

Lihat selanjutnya...(4)

323

Into every life a little rain must fall

Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)

Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.

Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.

Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Dewa-dewa melihat sakti, Diam dalam gua batu; Jangan encik susah hati, Susah ada Tuhan membantu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Kucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Banyaklah orang bergelang tangan, Saya seorang bergelang kaki; Banyaklah orang mengata senang, Saya seorang susah hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jika tuan merendam jagung, Saya merendam si buah padi; Jika tuan pulang ke kampung, Saya tinggal susah hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Aishah rambut kerinting, Memakai baju kain baldu; Hati susah bertambah runsing, Kepada siapa hendak mengadu?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dayang Esah menghilang pauh, Hilang pauh di Batu Rakit; Hati susah berjalanlah jauh, Dibawa diam jadi penyakit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Di mana didikku tadi, Padi tumpah bawah tangga; Di mana dia adikku tadi, Hati susah kerana dia.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tetak nipah susun nipah, Orang Palembang menjual kayu; Duduk susah berdiri susah, Di dalam hati siapa dirindu?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Budak-budak ramai menimba, Dapat banyak si ikan keli; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati susah sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana padi tidakkan basah, Pagi petang dilimbur pasang; Bagaimana hati tidakkan susah, Sudah bertahun kekasih hilang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas