Salam sejahtera tuan. Bagaimanakah hendak membetulkan ayat ini. Syabas, kamu telah kalah dalam pertandingan ini! Perkataan apakah yang sesuai digunakan untuk menggantikan perkataan'syabas'? Sekian, terima kasih. | Perkataan yang boleh menggantikan perkataan syabas ialah takziah. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Ucapan syabas kepada DBP kerana memudahkan saya membuat rujukan tentang istilah dan menggunakan puisi nukilan dan dalam simpanan DBP | Salam. Ucapan terima kasih juga kepada sdr. atas ucapan tersebut. Semoga sdr. beroleh kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 08.07.2009 |
Terima kasih atas penerangan yang diberi untuk soalan saya bertarikh 24/03/2011. Satu lagi soalan berkenaan tanda baca. Soalan: Letakkan tanda bacaan dan huruf besar pada tempat yang sesuai. syabas atas kejayaan anda menjadi johan pertandingan berpidato peringkat negeri sembilan Jawapan anak saya: Syabas, atas kejayaan anda menjadi johan Pertandingan Berpidato Peringkat Negeri Sembilan! Soalan saya: Adakah jawapan yang diberi oleh anak saya betul? Terima kasih. | Syabas, atas kejayaan anda menjadi johan Pertandingan Berpidato Peringkat Negeri Sembilan! - penggunaan tanda baca dalam ayat ini adalah betul | Tatabahasa | 29.03.2011 |
Apakaha pemenggalan suku kata perkataan: 1) syak 2) syampu 3) syabas 4) syarahan 5) syiling 6) syarikat 7) syer 8) khabar 9) khazanah 10) ghairah 11) klinik | Apakaha pemenggalan suku kata perkataan: 1) syak - 1 suku kata (tiada pemenggalan) 2) syampu - 2 suku kata [syam + pu] 3) syabas - 2 suku kata [sya + bas] 4) syarahan - 3 suku kata [sya + rah +an] 5) syiling - 2 suku kata [syi + ling] 6) syarikat - 3 suku kata [sya + ri +kat] 7) syer - 1 suku kata (tiada pemenggalan) 8) khabar - 2 suku kata [kha + bar] 9) khazanah - 3 suku kata [kha + za + nah] 10) ghairah - 2 suka kata [ghai + rah] 11) klinik - 2 suku kata [kli + nik] | Tatabahasa | 07.06.2017 |
1. Adakah perkataan 'syabas' tergolong dalam kata seru? 2. Bolehkah perkataan yang dikategorikan sebagai bp (bahasa percakapan) digunakan dalam penulisan karangan pelajar? Contoh perkataan bajet, kompelin, glokal. | 1. Ya, kata yang menyatakan bagus, baik dan lain-lain. 2. Dalam urusan rasmi dan termasuk dalam penulisan rasmi penggunaan bahasa percakapan tidak digalakkan. | Tokoh | 17.08.2015 |
Salam sejahtera Pertama sekali, syabas saya ucapkan pada PRPM kerana berjaya mendekati masyarakat dengan lelaman interaktifnya. Soalan saya berkenaan penggunaan perkataan 'gejala'. Menurut Kamus Dewan, gejala bermaksud sesuatu hal yg menjadi tanda akan terjadinya sesuatu, tanda-tanda akan berlakunya sesuatu, atau keadaan yg menjadi tanda-tanda penyakit. Dewasa ini kita lihat ramai yang mengggunakan frasa "gejala sosial" atau "gejala seks rambang". Perkataan 'gejala' seakan-akan membawa maksud masalah. Apa ini dapat diterima? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan). | Tatabahasa | 06.02.2009 |
Sila lihat lampiran. Terima kasih. | Syabas, atas semangat tuan mendaulatkan bahasa Melayu. Kami akur dengan beberapa kenyataan saudara, dalam banyak perkara bahasa Melayu tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya. Banyak kesalahan bahasa yang kita temui dan yang paling menghiris hati tidak ada langsung penggunaan bahasa Melayu sedangkan penggunaan bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain memenuhi ruang iklan tersebut. Banyak perkara lagi yang menyakitkan mata dan hati kerana seperti yang tuan nyatakan kesalahan/tida ada langsung penggunaan bahasa Melayu ada di mana-mana. Dalam hal ini DBP bertindak melalui undang-undang kecil dan garis panduan yang ada di PBT. DBP belum ada kuasa untuk menguatkuaskan akta yang berkaitan. DBP memantau dan kesalahan yang ditemui disalurkan kepada pihak yang berkaitan. | Lain-lain | 18.06.2012 |
Sayua hendak menerbitkan sebuah novel "Hujan Emas Di Stadium Merdeka" melaui DBP. | Terima kasih dan syabas kerana puan berminat hendak menerbitkan buku dengan DBP. Puan boleh mengirimkan manuskrip novel puan kepada Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Tingkat 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sila kirimkan: (a) Satu salinan manuskrip bertaip komputer atas kertas A4 yang berjilid kemas. (b) Satu salinan lembut (soft copy) manuskrip tersebut dalam disket atau CD. (c) Surat iringan penyerahan manuskrip kepada Ketua Editor. Manuskrip novel puan akan dinilai terlebih dahulu, dan jika sesuai baharulah akan diterbitkan. Selamat menulis dan semoga berjaya. | Lain-lain | 05.08.2011 |
saya ry sralyhas belajar bahas melayu di fatoni universiti umur saya 20 tahun saya belajar jabatan usuluddin | Syabas kerana terpilih mempelajari bahasa Melayu. Sila kemukakan pertanyaan tuan tentang penggunaan bahasa Melayu dengan jelas untuk memudahkan kami membantu masalah yang tuan hadapi. | Lain-lain | 28.10.2015 |
BAGAIMANA SAYA MAHU BERKHIDMAT DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA INI.? | Sdr, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih di atas keinginan sdr untuk berkhidmat dengan kami untuk sama-sama membina dan mengembangkan Bahasa Melayu. Untuk berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, sdr perlulah melihat jawatan yang sesuai dengan kelayakan akademik sdr. Sekiranya ada jawatan kosong diiklankan, sdr bolehlah mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang kami. Sdr perlu mengisi dengan lengkap borang tersebut serta dilampirkan dengan salinan dokumen sokongan yang berkaitan. Hantarkan secara serahan tangan atau dipos kepada kami sebelum tarikh tutup. Permohonan yang memenuhi syarat akan dipertimbangkan untuk dipanggil temu duga | Lain-lain | 15.10.2010 |